Khamis, 24 Disember 2009

Latihan PSAS ke MSP

Salam

Sempena Kejohanan Taekwon-do MGTF Majlis Sukan Politeknik 09 di Polisas Kuantan yang bermula pada 26 - 30 Disember 09 ini. Latihan pusat untuk para pelatih Politeknik Sultan Azlan Shah giat dijalankan.

Latihan fasa pertama telah dijalankan pada pertengahan November 09 yang lalu yang mana hampir semua pelatih hadir dalam sesi latihan. Latihan fasa pertama ini hanya berlangsung selama 4 hari sahaja. Tambahan pula latihan ini hanya dalam bentuk 'pengenalan' bagi mendedahkan kepada para pelatih intipati atau 'isi' dalam kejohanan tersebut.

Alhamdullilah fasa pertama berjalan dengan lancar sekali.

Fasa ke2 pula adalah lanjutan dari fasa pertama. Yang mana jangkamasa latihan adalah lebih panjang lagi. Iaitu selama seminggu atau 7 hari. Latihan pemantapan pattern dan teknik sparring dijalankan sepanjang tempoh ini. Oh ya... Fasa ke2 ini bermula dari Sabtu yang lalu iaitu 19 Disember dan akan berakhir pada 25 Disember iaitu pada hari Jumaat ini.

Para pelatih ditunjukan juga 3 klip video dari Sir yang menunjukan teknik-teknik sparring. Walaupun bukan klip video Taekwon-do sepenuhnya namum dapat juga dilihat akan keberkesanan teknik-teknik yang ditunjukan. Tambahan pula bila sir menyebut orang dalam klip video itu kawan belakang rumahnya. hehehehe. Pandai sir buat lawak.

Semoga Team PSAS berjaya dalam MSP nanti.

Jumpa anda di sana.

Isnin, 30 November 2009

Ujian Kenaikan Talipinggang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada 15 Novemver 2009, Ahad yang lalu Ujian Peningkatan Talipinggang bagi pelatih junior dan senior diadakan bertempat di Pusat Sukan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Program tersebut telah dilaksanakan oleh Master Amir Md Noor 8th Degree Blackbelt selaku pemeriksa dan Presiden MGTF.

Seramai kira-kira 50 orang mengambil bahagian dalam ujian ini. Peserta yang terlibat adalah dikalangan Pelatih PERTAMA MGTF, Politeknik Sultan Azlan Shah dan Kelab Taekwon-Do MRSM Felda. Turut serta adalah pelatih-pelatih dari Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim (SKTM) yang pertama kali mengambil ujian talipinggang. Sepatutnya bulan Ogos yang lalu, tetapi dibatalkan disebabkan gejala H1N1.
Pada ujian tersebut lebih kurang 15 pelatih mendapat DOUBLE PROMOTION yang mana 6 pelatih adalah dari SKTM. 2 orang telah dinaikkan ke Darjah Pertama Talipinggang Hitam.

Pelatih-pelatih yang mendapat Talipinggang Darjah Pertama adalah
1. Muhammad B Zulkifly
2. Ruzaini Bt. Azizan

Tahniah diucapkan. Semoga anda kekal dan bersama dalam latihan dan aktiviti yang dijalankan oleh PERTAMA.

Pelatih-pelatih ini mendapat bimbingan daripada Sir Mohd Azrul Izwan Anuar, Sir Azhari Omar dan Sir Ariffin Suratman.

Selasa, 17 November 2009

Anugerah Sukan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pejabat Majlis Sukan Negeri Perak telah menjamput PERTAMA menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negeri Perak 09. Anugerah Sukan ini sememangnya di adakan pada tiap-tiap tahun bagi merai dan memberi penghormatan pada persatuan, badan, orang perseorangan, keluarga yang terlibat secara aktif dan cemerlang dalam aapa jua jenia sukan

Majlis tersebut diadakan di Dewan Pejabat Majlis Sukan Negeri Perak yang bertempat di komplek sukan Majlis Bandaraya Ipoh. Bertarikh31 Nov 09 dan bermula seawall 10.00 pagi.

Alhamdullilah, Majlis Sukan Negeri Perak telah menjemput PERTAMA menghadiri majlis anugerah tersebut. Bagaikan di sorong bantal, kesemua sir telah menghadiri majlis tersebut.

Kehadiran para jemputan kehormat seperti Pengarah Sukan, Exco Belia dan Sukan Negeri Perak dan Menteri Besar sendiri iaitu Dato' Seri Dr.Zambry Abdul Kadir. Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Menteri Besar sendiri.

Majlis berlangsung dengan ringkas tetapi padat dengan isi. Tidak meleret dan berbunga-bunga. Setelah upacara perasmian berlangsung, dengan kadar segera penyampaian anugerah cemerlang sukan kepada yag layak.

Antara keputusannya, dalam kategori persatuan ..

  1. Persatuan Tang Soo Do Negeri Perak
  2. Majlis kecergasan Daerah Larut Matang
  3. Persatuan Seni Silat Gayong Daerah Taiping.

Kemudian anugerah di sampaikan kepada individu dan keluarga yang layak memenuhi kriteria. Setelah majlis penyampaian anugerah.. Acaara yang paling di gemari ramai… Itu dia Makan Tengahari. Hehehe. Sendiri mau ingat lah. Sudah tengahari.. Perut sudah lapar. Mari kita makan. hehe

Majlis tamat pada 12.30 petang.

Terima kasih

Jumaat, 30 Oktober 2009

Baru Pengenalan Sahaja

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdullilah, Kelas Taekwon-do telah beroperasi selepas kita menyambut Aidilfitri. Setelah 2 bulan berehat dari latihan Taekwon-do ini yang bermula dari bahana H1N1, bulan Ramadhan dan Aidilfitri, sudah tentu para pelatih merasa kaki amat berat. Pattern ingat-ingat lupa, teknik tendangan yang menjadi teras pada silibus Taekwon-d0 pun sudah lupa. Apatah lagi teknik 1 step sparring dan 3 step sparring.

Malah semasa kelas baru bermula di UPSI, kehadiran para pelatih amat kurang. Mungkin sibuk dengan 'Open House' dan puasa 6. Alhamdulillah kehadiran bertambah pada minggu-minggu berikutnya. Tahniah diucapkan.

Taekwon-do adalah satu pembelajaran yang berterusan sepanjang hayat. Taekwon-do bukan sekadar tumbuk, tendang, jatuhkan lawan, bertanding dan sebagainya. Ada lagi... Walaupun sudah bergelar jurulatih atau Master. Masih ada lagi pembelajaran samada kita menghalusi dan mandalami seni dalam Taekwon-do itu sendiri. Belajar semasa mengajar dalam lain perkataan "Teaching is Learning". Atau belajar dari segi pengurusan itu sendiri.

Sebahagian dari Taekwon-do adalah Self-defense atau beladiri. Yang mana diajar dan diguna pakai dalam pertarungan jalanan. Ada banyak teknik self-defense dalam Taekwon-do. Percayalah bahawa kita boleh menguasai teknik self-defense walaupun mengambil masa yang agak lama. Ada banyak teknik yang mudah tetapi praktikal dalam menangani musuh.

Pada 2 minggu yang lepas, sir ada menunjukan sedikit teknik Self-Defense. Pada mulanya sir menunjukkan pada para pelatih yang senior. Masih ada dikalangan para pelatih yang agak takut-takut. Walaupun teknik yang diajarkan itu mudah dan nampak mudah. Alhamdullilah ada juga pelatih dapat menangkap dengan cepat. Tambahan lagi setelah di'picit' oleh Sir. hehehe

Pada minggu yang berikutnya pula, sir hanya menunjukkan teknik yang mudah kepada para pelatih bertalipinggang jalur hijau hingga jalur biru. Sambil dibantu oleh Sir Shima. Tujuan sir menunjukan teknik self-defense ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pada para pelatih bahawa ini yang akan di pelajari bila jadi senior.

Hanya pertunjukkan sahaja, untuk menunjukan keberkesanan teknik yang mudah. Tahniah pada beberapa para pelatih yang sudi menjadi model utuk sir pegang, 'picit' dan jatuhkan. Kesian Sir Shima yang jadi model kena 'buli' dengan sir. Nasib baik dia tidak kata sir jahat. Tak mengapa lain kali sir buat lagi. hehehe

Jelas kelihatan kesakitan terpapar pada wajah pelatih-pelatih ini. Malah ada yang mengatakan..
1. "Tangan Patah" sambil mengoyang-goyangkan tangan sendiri.
2. "Urat Putus" Sambil memegang pergelangan tangan sendiri.
Tapi selepas itu elok je main. Menjerit, jatuh cara automatik dan mata terpejam tu biasalah.

Itu baru pengenalan sahaja pada teknik self-defense. Ada banyak lagi teknik yang belum dan harus di pelajari oleh para pelatih.

Insyallah akan datang banyak lagi teknik akan diajar pada para pelatih. Semoga para pelatih akan dapan menguasai seterusnya dapat mencipta teknik-tekni yang baru.

Selasa, 13 Oktober 2009

Sir Shariffudin Masuk Hospital


Di maklumkan kepada semua bahawa Sir Shariffudin ( DTA ) telah masuk wad di Selangor Medical Center atas sebab2 yg kami sendiri belum pasti. InsyaAllah kita semua dapat pakat-pakat ziarah sahabat dan " Guru" kita. Semoga beliau cepat sembuh.

Ahad, 20 September 2009

Selamat Hari Raya

Salam

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Kelas akan bermula selepas seminggu selepas Raya Insyallah!!

Isnin, 24 Ogos 2009

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa." Surah Al Baqarah: ayat 183
Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."
Sumber: Darul Nu'man

Khamis, 20 Ogos 2009

Seminar Asas Seni Beladiri

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Alhamdullilah, Segala Puji & Syukur Bagi Allah. Pada hari sabtu yang lepas iaitu pada 15 Ogos telah diadakan Seminar Asas Beladiri untuk siswa-siswi kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang bertempat di Dewan Kuliah, Bangunan Pentadbiran, Proton City.Seminar selama setengahari ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada para siswa-siswi DPLI tentang perkara asas mengenai anatomi tubuh yang boleh menjadi senjata, titik-titik lemah pada manusia, pemanasan badan dan asas pengurusan pertandingan secara teori dan praktikal. Seminar ini dikendalikan oleh Sir Azhari, Sir Ariffin, Sir Ewan dan dibantu oleh Auni, Wahid dan Malin.Sesi bermula dengan teori mengenai asas beladiri. Para siswa-siswi DPLI ini rata-ratanya tidak mempunyai asas beladiri kelihatan memberi tumpuan penuh tentang perkara ini. Tambahan pula Sir Ewan yang memberi penerangan tersebut tidak meleret-leret dan penuh dengan isi. Tahniah di ucapkan Sir Ewan. Walaubagaimanapun teori ini hanya sejam sahaja.
Selepas sesi teori dan minum pagi, sesi praktikal untuk pergerakkan asas beladiri dimulakan. Kelihatan para pelajar DPLI ini bersungguh-sungguh dalam mengikuti apa yang ditunjukan. Terpaksalah Sir Azhari, Sir Ariffin, Auni, Malin dan Wahid menunjukkan dan memperbetulkan pergerakkan para pelajar ini.
Setelah berlengan selama sejam setengah, maka acara lanjutan adalah pertandingan Pattern berkumpulan. Memandangkan hampir kesemua siswa-siswi tiada asas Taekwon-do, maka masa 30 min diberikan untuk mereka berlatih pattern yang asas. Mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Tidak semuanya mengambil bahagian dalam pertandingan, ada yang melakukan tugas yang lain.
Alhamdulillah di sini dapat di lihat kebanyakkan siswa-siwi ini amat bersungguh melakukan gerak kerja berkumpulan. Terima Kasih atas sokongan anda semua. Hampir semua pasukan yang bertanding melakukannya dengan sehabis baik yang mungkin walaupun masa hanya 30min sahaja di berikan.
Walaupun pertandingan ini dijalankan secara 'olok-olok', namun ada hadiah berbentuk hamper disediakan untuk pemenang. Hadiah disampaikan sendiri oleh Sir Azhari.
Ianya juga bagus untuk pendedahan kepada pemegang Talipinggang Hitam junior terhadap sistem pemarkahan. Begitu juga kepada semua siswa siswi yang terlibat, mereka juga berpeluang belajar mengurus serba sedikit program luar seperti ini. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada penganjur program , Wahid, Auni dan Malin.

Selasa, 18 Ogos 2009

Edisi Lewat Sedikit Update

Salam

Ini berkenaan dengan gambar peserta PERTAMA yang keluar akhbar Harian Metro (HM) pada Isnin, 3 Ogos yang lepas. Sudah 2 minggu terperap. Yang bagusnya masa sir yang beli HM pada hari tersebut menghantar SMS kepada para pelatih dan sir yang lain. Ada sir yang kebetulan berada di Hulu Selangor ketika itu dengan segera membeli akhbar HM. Belek punya belek, tiada kelibat Team Perak pun. Sir itu menghantar SMS semula kepada Sir yang menghantar berita baik tersebut dengan bertanyakan perihal kehilangan kelibat Team Perak tersebut. Sir tersebut memberitahu ada dan memberitahu gambar ada di muka surat 36. Sir yang berada di Hulu Selangor tersebut belek punya belek dan entah berapa kali belek tidak jumpa. Sah lain edisi nih. Lain Negeri, Lain Edisi.

Gambar tersebut diambil pada hari sabtu lepas selepas berakhirnya Program Asas Beladiri Pelajar UPSI. Cerita mengenai program berkenaan akan di siarkan dalam beberapa hari lagi. Tunggu Keluarannya.

Berkenaan Gambar yang keluar Harian Metro adalah seperti di bawah:-
Gambar berkenaan telah pun ada dalam entry Kejohanan Kebangsaan 09 yang lepas.

Terima Kasih

Khamis, 13 Ogos 2009

PSAS Di UIA

Salam
Alhamdullilah, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) menghantar 1 kontingen ke Kejohanan Taekwondo (WTF) Terbuka di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak. Bertempat di Multipurpose Female Sport Complex. Kejohanan ini bermula dari 7 Ogos hingga 9 Ogos 09. Iaitu dari Jumaat hingga Ahad yang lepas. Ini adalah julung-julung kali PSAS menghantar peserta ke Kejohanan terbuka di UIA. Ada diantara perserta PSAS kali pertama menyertai kejohanan dibawah undang-undang WTF ini.
Sebelum menghantar peserta, seperti biasa semua kumpulan mengadakan latihan sebagai persiapan. Begitu juga dengan PSAS yang mana mengadakan latihan pada 3 ogos malam selama 4 malam untuk kejohanan ini. Pelajar senior baru balik dari cuti semesta daaaa. PSAS baru buka...
Walaubagaimanapun pertandingan sebenarnya bermula pada 8 Ogos. 7 Ogos adalah hari pendaftaran untuk semua kontigen, pengambilan berat badan, taklimat untuk pengurus pasukan dan jurulatih, mesyuarat para juri dan cabutan undi. 8 Ogos bermulanya pertandingan dan upacara perasmian kejohanan.

Petandingan yang melibatkan peserta PSAS bermula pada hari akhir iaitu pada 9 Ogos. Peserta PSAS terlibat dalam kategori terbuka yang mana disertai oleh peserta dari ATM, UKM, UPNM, KLUIC, Negeri Sembilan, Punjab - India (belakang baju ada tulisan PUNJAB), UniKL dll.

Sebelum pertandingan berlangsung tu, sir yang menemani kami ini datang lewat sedikit, biasalah naik kenderaan sendiri. Setibanya di Komplek Sukan ini terus sir mencari pasukan PSAS. Sepanjang perjalanan mencari pasukan PSAS itu, sir memerhatikan kebanyakkan para peserta dari kontingen lain sedang membuat sesi pemanasan badan dan teknik tendangan "turning" gaya WTF guna kaki belakang. Hampir semua gaya yang sama. Bila jumpa peserta PSAS, kelihatan peserta PSAS sedang membuat latihan "Choping Kick". Ini memang lain macam ni...
Hampir semua para peserta PSAS melepasi peringkat awal. Sir yang turun padang sekali itu kelihatan seronok benar apabila choping Amir kena betul-betul dikepala lawannya. Begitu juga dengan Naim dengan choping kicknya yang mengenai kepala lawannya dalam 7 atau 8 kali!! Choping kepala orang memang la bagus, cuma bila dah penat benar, buat sepakkan pun terkena punggung orang. Adoiyaiiiii., kan dah banyak Warning?... Sepak Pinggang keatas la dik. Ada peserta yang sir pesan jika jumpa peserta dari ATM, ATM ini askar, pesertanya lasak-lasak belaka. Kalau buat choping tu, kasi benam kepala peserta ATM tu ke bawah.
Tetapi biasalah namanya pun latihan selama 4 hari dan para peserta yang rata-rata kali pertama menyertai kejohanan dibawah undang-undang WTF ini. Sudah semestinya keputusan tidak sama dengan peserta yang menjalani latihan 2 bulan ye tak? Begitupun keputusan tidaklah begitu teruk. Kalah di separuh akhir dan akhir pun disebabkan keletihan. Stamina tidak sempat diusahakan. Skill banyak yang tidak keluar.

Jadi keputusannya PSAS membawa pulang
1 Emas - Khairiah Auni
3 Perak - Amalina, Shima dan Mohd Naim
3 Gangsa - Tan, Arfi dan Badriah
Kepada para pemenang tahniah diucapkan. Yang kalah kita cuba lagi di lain masa. Insyallah, dimasa-masa akan datang kita akan hantar lagi peserta ke kejohanan Taekwon-do di UIA ini.

Khamis, 30 Julai 2009

Di Tunda!!


Salam

Dari Harian Metro Online.

UPSI ditutup seminggu

IPOH: Empat pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim disahkan dijangkiti Influenza A (H1N1) selepas menjalani ujian saringan dilakukan Jabatan Kesihatan.

Berikutan itu, institusi pengajian terletak 130 kilometer ditutup bermula hari ini sehingga 5 Ogos ini bagi mengelakkan penularan wabak itu.

Pendaftar UPSI, Datuk Rusley Taib, berkata beberapa pelajar mengadu demam dan sampel darah diambil Jabatan Kesihatan bagi menjalani ujian saringan untuk mengenalpasti punca sebenar penyakit mereka.

Rusley berkata, selepas keputusan ujian kesihatan itu diperoleh, kampus itu diarahkan ditutup selama seminggu oleh Kementerian Kesihatan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.


Dengan Dukacitanya Kelas Di UPSI dan SKTM pada Sabtu ini, 1 Ogos 2009 DiBATALKAN.

Kelas akan diadakan semula sekiranya wabak H1N1 ni terkawal di Tanjong Malim

Ujian Kenaikan Talipinggang pada 09 Ogos 09 akan di TUNDA pada tarikh yg akan di umum kelak.

TERIMA KASIH

Jumaat, 17 Julai 2009

Latihan PSAS telah bermula!!!!!


Inilah flyers yg di edarkan..Amacam cun tak ???

Alhamdulillah syukur dengan berkat kerjasama pensyarah2 Poli dan jurulatih serta pelatih2 senior yg memang tak kenal jemu membuat promosi dan kempen berterusan, Kelab Taekwond-do PSAS berjaya menarik minat seramai 80 orang pelatih baru dari kalangan pelajar sem 1 sahaja. Latihan pertama telah bermula pada 16 Julai 2009 jam 9:oo malam di mana hampir keseleuruahn pelajar yg mendaftar telah turun. Dan yg baru nak daftar pun ada hadir. Terkejut juga Sir2 tgk ramai nya anak murid kali nie sampai tak tahu nak handle mcm mana sebab tempat pusat sukan tu tak ler besar sgt. Di tambah kan pula ada aktiviti lain di dalam pusat tersebut.

Anyway ucapan tahniah dan syabas pada semua kerana pada malam tersebut PSAS telah bergema dengan sorakkan pelatih2 TKD PSAS berlatih sampai ada pensyarah lain datang tgk sebab dengar bunyi "pekikan kuat" dari pusat sukan. Di tanya pada salah seorang sir yg hadir bagaimana dapat tarik minat pelatih poli ni? Dia kata Pensyarah dan pelatih senior ambil inisiatif sendiri dengan mambuat flyers dan di edarkan pada waktu "MSK". So semua pelajar dapat direct info berkenaan kelab TKD PSAS. Syabass!!! Harap dapat kekalkan jumlah tersebut hingga akhir sem ....Disebabkan oleh kehangatan ini Pensyarah PSAS bercadang membuat 1 perlawanan pershabatan dengan mana IPT atau poli dlm masa terdekat ini supaya MOOD TKD kekal sampai lepas raya dan seterusnya menyahut seruan TKD MSP di Pahang.

Rabu, 8 Julai 2009

Kejohanan Seni Mempertahankan Diri ( SMD ) 2009 part 2

Team pattern Perak in Action

Sorry laa kalau lama sangat tunggu part 2. Biasalah lambat baru suspen kan. Ok la sambung cite kat Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar. First day event tengok muka pelatih-pelatih Perak dah gabra...Semua dah tak confident. Si Faris lagi lahh. Dia dah buat perangai dia melilau sana sini ..resah pasai apa ntah. Last sekali Sir tanya dia..Hang nie pasai apa. Ngko rang semua tahu dia kata apa. Baju saya kecik Sir..Saya pinjam baju Sir Iwan..Sir pun tanya balik . Kecik mcm mana. Dia kat singkat. Sir suruh dia pakai nak tgk sesingkat mana. Dah pakai tgk2 tak singkat mana pun. Dia gabra jee lebih..Sir mcm nak sekeh pala dia tadi tuhh. Event pada hari ntu start dengan team Pattern. Sir rasa mutu pattern MGTF dah makin meningkat compare tahun2 lepas. Tapi mutu pengadilan masih banyak persoalan yg perlu di bincangkan. Master Siva kata nak ubah " marking system" pattern supaya lebih transparence. Aku sokong cadang tu..Tapi bila nak buat ???

Team Perak buat Pattern semua dapat 4, 4,4 dan setrusnya laaa. Sebabnya Auni dah buat silap. Nasib baik dia tak duduk mcm dia buat dalam national Tournament. Kalau tak Perak dapat gelaran " Master Of Pattern" lagi laaa. Sir rasa laa, jurulatih yg train pelatih Perak utk pattern kurang mantap laa latihan dia kekekeke. Jgn mareee. Auni lepas dia buat silap, dia kuar dgn selamba dan cakap..sorry Sir... Itu aje??? Tapi takpe dia tebus kesilapan dia yg dua kali berturut2 dgn memenangi emas untuk kategori Middle weight. Tahniah Auni!!! Kiranya utk acara Pattern nie Team Perak antara yg tercorot laaa. Abis acara pattern start sparring dgn kategori Micro male and female. Perak di wakili oleh Amalina dan Amir. Amalina jumpa dgn budak yg dia kalah tahun lepas dan tahun nie ....hemm dia kalah lagi. Takpelah takde rezeki. usaha lagi. Tu laa lain kali bila Sir suh lari lari..jgn jalan. No fitness. Amir mcm biasalah..JUARA tempat ke tiga. Sebab apa?? Bukan tak boleh menang. Takde Fitness jugak laaa. Skil hebat lawan dah cantik. masuk 2 -3 round dah penat laaa. Tapi Sir respect laa dgn Helmi dan Mustakimi yg menunjukkan perubahan dlm tournament kali ni. Walaupun kalah takpe. Janji kita berubah ke satu tahap yg lebih baik lagi..Nak berubah kena usaha.
Apa tenung. Kang aku sepak kang

kalah menang adat pertandingan. So secara keseluruhannya Perak menag 2 Emas ( Shima dan Auni ), Perak ( Syazwan ) dan Gangsa ( Bad dan Amir ) . Perak dapat Tempat ke 5 dari 12 negeri yg bertanding. Not Bad hah..Tahniah Team Perak. Team perak MGTF juga dapat ucapan tahniah dari JBS perak atas pencapaian yg meningkat dari tahun lepas ( 4 gangsa saje...). So sepanjang pertandingan Shima dan Auni tersenyum memanjang sebab dah menang emas. Sir teringat kata2 sir pada diaorang semua. " Macam mana rasa jadi juara" . Now Shima dan Auni dah rasa. So yg lain mcm mana??? Bagi meraikan kejayaan ni, En Hafiz sponsor makan RFC . apa lagi serbu laaaa

makan RFC. Bukan senang oii Cik Hafiz nak sponsor

Hari ahad dalam perjalanan balik singgah rumah Syazwan. Makanan dia sedappp sgt. Semasa tunggu makanan siap, kami semua lepak2 kat luar sambil minum air kelapa muda..meleleh air liur Shima waktu minum air kelapa nie kekekek.
Antara kami dgn buah kelapa ni sapa yg lawa??

Bad tengah kupas kelapa

Abis makan kami pun balik terus ke Tg.Malim bersama kenangan pahit dan manis berserta Phone-phone number aweks dan balak yg dah dikutip...Hampeh betooiii laa

Anak sapa nie. Woii bau kambing

Isnin, 29 Jun 2009

Kejohanan Seni mempertahankan Diri ( SMD ) 2009 part 1

Alhamdulillah Tahun 2009, PERTAMA sekali lagi di pilih untuk menyertai SMD 2009 bertempat di Alor Setar , Kedah. Mula-mulanya nak di buat di Kelantan, tapi last minut batal sebab Sultan Kelantan gering. Semoga Tuanku cepat sembuh. Tapi tak kisah lah mana pun , janji lawan tetap lawan. Kali ini Perak mempertaruhkan 5 peserta lelaki dan 4 wanita ( Sorang tarik diri last minute, Mak tak bagi ..adoi laa ). Sir yg ikut pun sorang saja, sebab yg lain ada mcm2 urusan..Nasib baik ada 2 pensyarah politeknik yg ikut. So tak lerr rasa terbeban sgt nak jaga anak dara dan teruna yg telah gatai semua tu heheheh. Selepas menjalani latihan intensif selama 2 minggu dan mengharungi kejohanan National 2009 di Shah Alam, Team perak lebih bersedia kali ini. Dengan semangat yg berkobar-kobar pada 25 Jun 2009 jam 10.30 pagi team perak bergerak meninggalkan Tg.Malim menuju ke Alor setar. Di pertengahan perjalanan kami singgah di Tapah sebab ramai yg tak breakfast lagi. Tapi tu kira BRUNCH laa ( breakfast and lunch ).
Kami sampai di Stadium Sultan Abdul Halim lebih kurang jam 4 ptg. Masih ramai lagi kontingen yg belum mendaftarkan diri. Kira kami yg terawal lah juga. Abis daftar, JBS perak bagi lagi baju tambahan warna kuning. Bersilau mata Pokcik tengok hah. Mengenangkan Driver bus penat bawa kami semua, kami bagi baju tu kat dia. So utk Sir takde lah yeee..Lepas daftar pelatih rasa lapar lagi. Semua jak pergi makan. Kuat melantak betoii laa depa nie

Pi pulak kat Food Court depan Mahlamah Alor setar ( lbh kurang 300 meter dari Stadium ). Ada jual durian, manggis dan rambutan. Mmg tengah musim buah kat alor Setar sekarang nie. Apa lagi si Helmi terus beli buah durian. Faris pun follow. Malam tu faris sakit perut..Padan muka hang..sapa suh makan tak baca bismillah. Sir kata ok , hari ni hang pa semua boleh mentekedarah apa saja. malam ni hang pa semua posa. Esok nak kena timbang. Lepas makan check-in kat Hotel Lavender ( Budget Hotel laa nii ). Better laa dari Kontigen Sarawak dan Sabah yg kena kat Puyu Inn. depa kata tempat tu rumah teres jaa. semua masuk dok sekali. Best tu!!!

Malam tu Sir kena pi meeting Teknikal kat Sentosa Hotel. So Sir bersama Sir Kelvin ( Jurulatih Melaka ) dan Jurulatih N9 join sekali naik Van pergi sentosa Hotel. Pelatih, sir suruh pi Stadium buat latihan. Jam 11 malam semua dah balik dan masuk tiduk. Sir pun balik awai sebab takde activity sampingan hehehe. Geng semua tak mai..Lagipun bini ikut mahhh.


Esoknya jam 8 pagi team perak dah terpacak kat Stadium. Sir arahkan utk buat warming-up sikit. Event mcm biasa bermula dgn Pattern dan kemudian free sparring. 1 hari je dah abis semua event. Ok laa. At least boleh rehat dan jalan2 sikit. Oklah sambung at part 2.

Khamis, 25 Jun 2009

Kejohanan Kebangsaan 09

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
.
Kontijen Perak bertolak dari Tanjong Malim lebih kurang 3.15 pm dan sampai di Politeknik Shah Alam dalam 4.30pm. Sudah tentu kami datang dengan bas, cuma sir yang seorang tu bawa kereta.
Anak siapalah yang comel nih?...

Dalam 5pm kami ke Dewan Utama untuk timbang berat. Apa yang terjadi?.. Ahaaa ada 2 3 orang peserta yang terlebih berat dan sangat kurang berat. Terpaksa la sir menyuruh peserta ni jogging sambil memakai baju panas tu. Lama juga la jogging, setelah 2 3 kali timbang, Alhamdullilah berjaya juga akhirnya dalam kategori itu. Ada juga peserta kami terpaksa beralih atau turun kategori kerana sangat kurang berat badannya. Maklum la jaga makan 3 4 hari sebelum kejohanan.

Pada hari pertama kejohanan, pasukan Perak dalam acara pattern samada individu, couple dan berkumpulan tidak berjaya meraih pingat. Bahkan ada kesalahan dalam pattern berkumpulan dan couple. Mungkin gugup pertama kali beraksi di peringkat kebangsaan. Tapi tidak mengapa, jadikan ia sebagai pengalaman dan pengajaran yang berguna. Sekurang-kurang kita belajar. Tetapi jika kita melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang kali, itu makna kata tidak belajarlah dari kesilapan sebelum ini.

Pada hari kedua, kontigen Perak masih lagi mengambil bahagian dalam acara sparring. Samada individu dan berkumpulan. Alhamdullilah kami boleh ter"tahan" agak lama sedikit. Mungkin undian yang 'agak' menyebelahi kami dalam acara sparring berkumpulan rasanya.

Jumlah pingat yang diperolehi oleh Kontigen Perak hanya 1 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa. Emas dalam acara Individu Sparring kategori Mikroweight, Perak dalam Team Sparring dan Gangsa dalam acara Individu Sparring kategori Hyperweight. Pencapaian yang agak baik sedikit dari tahun lepas. Tahun lepas Kontigen Perak hanya memperolehi 2 pingat gangsa sahaja.

Kesimpulannya, bagi muka-muka baru yang terlibat dalam kejohanan Kebangsaan ini, ambil sebanyak mungkin pengalaman dan jadikannya sebagai pengajaran seterusnya dapat membaiki dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai Taekwon-do.
Sir Azhari dan Sir Iwan bersama En. Azlan Ghani. Editor Majalah Beladiri
Dengan Kontijen MSP
Bersama Master Amir dan Ustaz Mansur Manni.

Sebelum Kejohanan Kebangsaan 09

Assalamualaikum WBT & Salam Sejantera

Alhamdullilah, tahun ini PERTAMA mewakili Negeri Perak sekali menghantar peserta ke Kejohanan Kebangsaan 2009 (KK09) yang bertempat di Politeknik Shah Alam. Pemilihan peserta untuk KK09 telah diadakan sebulan setengah sebelum kejohanan berlangsung. Atas sebab-sebab tertentu, latihan pusat dijalankan hanya kurang seminggu dari tarikh kejohanan. Apa nak buat, saudara mara sir-sir ni ramai yang berwalimahtulurus, balik kampung & urusan peribadi. Para peserta pun ada hal-hal yang tersendiri juga..

Latihan bermula dari Isnin malam pada 15hb Jun selepas Isya, kemudian di sambung hingga hari Khamis. Kali ini PERTAMA menghantar 2 pasukan. Ramai muka-muka baru dihantar sebagai pendedahan kepada mereka tentang KK09 ini.

Target pingat?... Kalau kurang seminggu latihan, harap nak dapat emas.. mungkin dalam mimpi dapat la. hehehe. Memang ada peserta kontigen PERAK yang mimpi menang pingat emas. Ok la tu dapat dalam mimpi.. kurang-kurang dapat merasa emas dialam mimpi. hehehe. Tambahan pula ramai juga orang-orang baru. Tapi tidak mengapa, pendedahan yang rasanya bagus untuk mereka.

Muka-muka gumbira selepas dapat baju. hehe

Isnin, 1 Jun 2009

Kepada Para Pelatih yang Ke Wajadiri dan Kejohanan kebangsaan

Assalamualikum WBT & Salam Sejahtera

Selamat bercuti kepada para pelatih PERTAMA semua.

Untuk makluman semua pada 18 – 21 Jun 2009 akan berlangsungnya Kejohanan Taekwon-do MGTF peringkat kebangsaan dan jemputan antarabangsa bertempat di Dewan utama Polteknik Shah Alam dan minggu berikutnya pada 25 – 28 Jun 2009 akan diadakan Kejohanan Wajadiri 2009 di UiTM Machang di Kelantan.

Kepada para pelatih-pelatih yang dipilih mewakili Perak MGTF samada untuk wajadiri atau peringkat kebangsaan diminta hadir untuk latihan pada

Hari: Isnin

Jam: 9 malam

Tarikh: 15 Jun 2009

Tempat: Pusat Sukan PSAS

Sesi latihan akan bermula pada hari tersebut.

Memandangkan kekangan masa yang ada pada musin sekolah ini dimana semua sir PERTAMA mempunyai agenda sendiri yang mana terpaksa balik ke kampung. Mana tak balik kampung.... saudara kahwin, adik ipar kahwin, rakan kahwin, kenduri cukur jambul dll hal.

Jadi dengan diharap semua para pelatih dapat berlatih dengan sendiri dahulu sebelum 14 Jun nanti.

Harap Maklum.

Isnin, 25 Mei 2009

PERTAMA di Bukit Beruntung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdullilah, buat kali pertama pelatih-pelatih PERTAMA berkaloborasi dengan para pelatih SMARTS dalam demo sempena Karnival Belia kawasan Hulu Selangor. Ini juga kali pertama pelatih PERTAMA berdemo di luar kawasan Tanjong Malim. Untuk makluman Hulu Selangor ini bukan la kawasan yang hulu yang terperuk jauh seperti di pendalaman hutan belantara. Hulu Selangor merupakan salah sebuah daerah di Negeri Selangor. Kira besar juga lah daerah ni, daerah ni mengandungi beberapa mukim dan pekan besar atau kecil. Yang biasa orang dengar tu pekan Kuala Kubu Bahru, Batang Kali, Hulu Yam, Sungai Choh, Bukit Sentosa, Kalumpang dll.

Ok, Kami bertolak dari Tanjong Malim ke Bukit Beruntung dalam jam 3.45 petang dengan 2 buah kereta. Sir-sir la yang bawa kereta… Takkan pelatih nak bawak kereta pulakkan?…. Sampai di Bukit Beruntung dalam 4.15petang dan terus ke tapak karnival. Luas juga tapak karnival ni ya?… Kelihatan banyak juga khemah-khemah. Ingatkan SMARTS punya tempat di khemah, rupa2nya di salah sebuah gerai. 1 usaha yang bagus dari SMARTS dengan memaparkan info mengenai Taekwon-do dan SMARTS sendiri. Kelihatan ringkas tetapi maksud tercapai. Bersebelahan gerai SMARTS kelihatan Pertubuhan Silat Sendeng Batawi.

Dalam 4.45 petang semua ahli beladiri yang akan membuat demo sudah berbaris. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan doa. Kemudian demo mulakan dengan Seni Silat Gayung Tapak Lima, Sendeng Batawi dan akhirnya demo Taekwon-do.

Terima Kasih kepada SirN kerana meletakkan para pelatih kami di hadapan sekali. Mana tak letak kat depan semua yang datang tu talipinggang hitam. Tu taktik tu, taktik.. supaya kami berada di depan. Hehehehehe. Lain kali kami buat lagi. hihi

Memandangkan setiap kumpulan diberi hanya 5minit untuk demo maka ada beberapa acara tidak dapat dilaksanakan. Malah ada persembahan Pattern, 1 Step Sparing dan Sparring di lakukan sebelah menyebelah. Nak jimat masa punya hal. Walaubagaimanapun berjaya dan mendapat tepukan ramai. Lagu masa demo tu memamg lagu dalam Wong Fei Hung, tak tau camner dan sapa yang suruh bukak lagu tu... Lanjutan dari demo tu ada dalam blog Sir N.

Kemudian kami bertolak ke jamuan ringkas di Restoren Anjung. Tetapi sebelum tu sir-sir pergi melawat Dojang SMARTS. Satu usaha yang bagus dan kami doakan agar Dojang Sir N ‘meletup’ di masa akan datang. Kemudian menjamah selera di Anjung. Dalam pukul 7petang kami bertolak pulang ke Tanjong Malim. Terima Kasih SirN atas jemputan untuk demo. Semoga kerjasama antara SMARTS dan PERTAMA akan berterusan di masa-masa akan datang.

Sir-Sir ni pun nak juga bergambar.

Khamis, 14 Mei 2009

Alamak… Dia Sudah Marah

Salam Semua

Cerita ini semasa kami sedang berkursus di Telok Batik tempohari, ada satu salah faham berlaku. Begini ceritanya, ketika habis 1 kelas modul, para peserta ini diberi masa rehat dalam 30 minit. Makna kata Tea Time la sebelum masuk kelas untuk modul seterusnya. Di Telok Batik Resot itu terdapat beberapa dewan yang memang digunakan untuk kursus atau seminar oleh pihak yang tertentu. Semasa kursus kami tu, ada beberapa kumpulan seperti Setapakian, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) yang ada seminar atau kursus di dewan yang berlainan tetapi di aras yang sama. Mmmm Peserta kursus/seminar anjuran KMM kelihatan seperti doktor-doktor muda yang baru diserap masuk ke KKM.
Waktu rehat sebelum ini, makanan dan minuman diletakkan berdekatan dengan dewan seminar bagi satu-satu kumpulan kursus. Hendak dijadikan cerita, kumpulan kami masa tu sudah habis modul dan keluar rehat. Kami mencari-cari dimanakah minuman dan makanan kami ni. Paling dekat tu, ada tertulis Amanah Iktiar Malaysia (AIM).  Yang kami ni dok pusing, cari mana ni kita punya. Sekali tu ada sorang peserta tanya pada penyelaras dimana kami punya minuman dan makanan sambil menunjuk kearah makanan dan minuman AIM ini boleh di’bedal’ atau tidak. Penyelaras itu dengan senang hati kata “Ok… Boleh”.. Apa lagi sesi membelasah makanan dan minuman di AIM. Habis dibukanya rendang dan disapunya pulut kuning. Pukul 10 pagi makan rendang dan pulut kuning? Takpe lesen sudah diberi. Hampir suku juga lah pulut tu di mamahnya. Makan la dulu sebelum peserta AIM keluar rehat, nanti berebut pula dengan mereka.

Sekali pekerja yang terlibat dalam penyediaan hidang menghidang tu datang, dia tengok sedap je kumpulan kami meratah khazanah di situ… hehehehehe. muka dia tunjuk angin 1 badan siap tanya siapa yang suruh makan kat sini… Kami senyap je la… Sempat juga pekerja tu menghempas pelahan pinggan alas cawan sebagai tanda marah dan protes. Dalam pekerja tu duk marah-marah tu pun ada peserta yang datang nak ambil makanan dari situ. Adoiii… Ini boleh mendatangkan marah lagi.... Tetapi belum sempat di ambilnya makanan itu telah di tegah oleh peserta yang lain sambil mengatakan dan menunjukan yang pekerja tu sudah marah.

Selepas itu dengan muka kelatnya, pekerja tu pun membalut semula makanan tersebut. Kesian juga tengok mukanya yang kelat tu. Apa nak buat. Makanan dah masuk perut. Rupa-rupanya makanan dan minuman untuk kami, nuh… sebelah KKM, jauh tu. Mana la nak perasan dengan ramainya peserta kursus KKM tu..

Moral cerita. Yang Cakap Pun Kena Biar Terang. Letak Minuman dan Makanan Pun Biarlah Terang dan Nyata. Kami semua lapar. hehehehe

Jumaat, 8 Mei 2009

Kejohanan Di MRSM Transkrian

Kejohanan Taekwon-do MRSM Semalaysia 09

Dari Teluk Batik, semua sir menghala menuju ke MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam. Jalan keluar dari Lumut memang jem giler. Tapi apa boleh buat, karnival Jom Heboh sedang berlangsung di sana. Dalam perjalanan tersebut sir-sir ini terserempak dengan seorang ahli Taekwon-do PSAS. Sir-sir yang nampak dia, dia yang tak nampak sir-sir ini. Kantoi-kantoi… Tapi Sir semua tak marah. Sir senyum je. Maklumlah semua sir ni baik-baik orangnya. hehehehe

Sir semua tiba di MRSM Transkrian dalam pukul 5 petang. Kemudian selepas bersalam-salaman dan bertanya khabar dengan para pegawai dan pengadil kejohanan dua orang sir mencari pelatih MRSMF Trolak bagi melihat dan memantau sesi latihan kali terakhir. Buat pengetahuan semua, ini adalah kali pertama MRSMF menghantar peserta kemana-mana kejohanan yang mana hanya 2 atau 3 orang dari 10 orang sahaja yang pernah menyertai kejohanan Taekwon-do. Itu pun masa sekolah rendah. Yang lain adalah muka baru. Semua muka tidak bersalah. baik, putih dan suci lagi tu. Hehehe. Tambahan pula MRSMF ini para pelajarnya hanya terdiri dikalangan pelajar tingkatan 2 sahaja. Kenapa? Bangunan utama tidak siap lagi beb. ‘Intake’ tingkatan tahun ini diserap ke MRSM lain dengarnya. Kalau pergi ke Sungkai ikut jalan lama ke Ipoh, selepas pekan Slim River dalam 14km, anda akan berjumpa lampu trafik, sebelah kiri jalan menghala ke Felda Gunung Besout, cuba lihat sebelah kanan, disitulah jalan masuk ke MRSMF dan pejabat Feldajaya kawasan Trolak. Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan bagi menyiapkan bangunan utama yang dijangkakan siap pada hujung tahun ini.

700 peserta tu. Penuh dewan.

Kontingen MRSMF Trolak

Ucapan alu-aluan dan perasmian.

Perasmian kejohanan di adakan pada sebelah malam dalam pukul 8malam. Upacara yang agak ringkas dan santai tetapi ada pengisian. Tidak membosankan. Bagus sekali. Semua peserta dari seluruh MRSM hadir dalam acara perasmian ini.

Selepas acara perasmian, sesi taklimat diadakan untuk para guru pengiring dan jurulatih seluruh MRSM ini. Taklimat boleh rujuk cerita dalam blog Sir Shariffudin. Walaupun ada masalah berbangkit, Ustaz Mansu berjaya menyelesaikan dengan baik sekali.

Pada hari Isnin, pertandingan bermula pada waktu pagi dengan acara Pattern berkumpulan yang dilakukan secara kalah mati. Pada pendapat saya secara peribadi kaedah kalah ini, agak sukar untuk mencari yang baik untuk tempat ke 2 dan ke 3 kerana, mengikut system kalah mati ini,.jika yang yang terbaik bertemu dengan yang terbaik pada peringkat awal jadi sayanglah pada yang kalah pada peringkat awal ini. Tetapi jika dilakukan persembahan Pattern berkumpulan satu persatu, alamat memakan masa yang lama untuk dihabiskan kesemua 40 MRSM. Ketetapan sudah di putuskan dan seharusnya di ikut. Acara pattern selesai sebelum tengahari. Cuma acara Pattern ini yang dilihat agak membinggungkan sedikit, kebanyakkan kumpulan mempersembahkan Pattern yang campur aduk. Ini mungkin untuk mengalakkan para pelajar MRSM kreatif dalam membuat suatu perkara. Idea memang ada, cuma jika mereka pergi ke satu-satu pattern tidak kira WTF atau Chang Hon, bermacam-macam gaya atau kaedah ‘breaking’ yang kreatif boleh dilakukan atau diolah demi menunjukkan daya kreaviti, tetapi pada masa yang sama tetap mengekalkan keaslian pattern tersebut. Ada juga kumpulan dari aliran WTF mempersembahkan pattern Hwa-Rang. Memang jauh panggang dari api la standardnya jika di bandingkan dengan pengamal aliran Chang Hon itu sendiri. Pattern dalam WTF semuanya tiada ‘sinewave’. Pattern yang digayakan kelihatan seperti ‘old school’ tahun 70an. Bagaimanapun pujian boleh diberikan kerana mereka berani mencuba pattern yang bukan dari aliran mereka dan dibawa bertanding.

Alhamdullilah Senyum. Nasib baik tak tidur masa jadi hakim. geeee

Setiap pattern yang di cipta mempunyai nilai, cerita dan falsafahnya sendiri. Jika Pattern dicampuradukkan dimana letaknya nilai, cerita dan falsafah pattern tersebut. Baik Pattern WTF atau Chang Hon atau pattern karate skali pun. Walaubagaimanpun perkara ini telah dijelaskan pada sesi taklimat pada malam pertama kejohanan dan di ulangi sekali lagi oleh En Abd Rahman pada sesi penutupan.

Pasukan MRSMF lelaki berjaya hingga peringkat suku akhir. Kalah pada naib johan kali ini. Tukar Pattern saat akhir. Pasukan MRSMF perempuan pula lepas pada pusingan pertama. Bagus juga walaupun latihan pada saat akhir.

Cuma kelihatan riak wajah para pengadil semasa acara Pattern berlangsung seakan-akan memberitahu

“Pattern apa yang korang buat ni?….. “
“Apa yang korang mengarut ni.”
“Apa fesyen pattern ni?..”
"Yang macam ni pun ada?!..."

hehehehe. Macam-macam ada.... Bukan semua tetapi memang ada. Sorry, ini hanya pada pengamatan sahaja. Tidak ada kena mengena dengan orang lain.

Acara sparring bermula selepas Isnin petang selepas makan tengahari dan berlanjutan hingga malam. begitu juga pada hari Selasa. Kelihatannya ‘Centre Judge’ ramai yang apabila perlawanan dihentikan seketika atau amaran diberikan terus disambung sahaja pelawanan tersebut.

Dari segi kemeriahan, memang meriah kejohanan Taekwon-do MRSM ini. Sorakan bertali arus dan bersahut-sahutan kedengaran. Memang meriah. 1 lagi perkara yang wajar di puji, bagaimana pihak penganjur mengeluarkan buletin pada setiap hari di sepanjang kejohanan. Buletin walaupun ringkas tetapi 1 usaha yang sangat bagus. Pujian harus diberikan diucapkan kerana dalam kesibukan kejohanan, sempat juga pihak penganjur menyiapkan ‘Slide’ dalam bentuk klip video yang memaparkan serba ringkas perjalanan dari bermula kedatangan peserta hingga akhir pertandingan.

Pada hari penutup iaitu hari Rabu, pagi itu dalam 8pagi, Ustaz Mansur datang ke kediaman para pegawai kejohanan dan memberitahu bahawa pihak penganjur ingin melihat para pegawai kejohanan membuat demontrasi pada masa perasmian penutupan. Oleh kerana pihak penganjur ingin melihat skill para pengadil ini maka latihan ringkas dalam 20-30 minit dilakukan untuk demo ini. Dengan pakaian kemas itu juga para pegawai kejohanan ini melakukan demo. Ini kali pertama pegawai kejohanan melakukan demo dengan pakaian kemas. Bermula dengan Pattern Jee Go oleh Sir Tan, Sir ini kecil sahaja orangnya tetapi dengan keadaan kaki terpacak 75-80 darjah membuatkan hadirin bertepuk tangan. Kagum dengan kakinya yang fleksibel. Di ikuti demo oleh para pegawai yang lain seperti Ustaz Mansur sendiri, Sir Nandakumar dan pegawai yang lain. MC pada ketika itu adalah En Abd Rahman yang amat sesuai, pandai sekali ‘menjual’ dan menaikkan nama para pegawai dan juri kejohanan. Terima kasih En Abd Rahman.

Sir-sir PERTAMA pun ada terlibat dalam demontrasi ini. Sir-sir yang terlibat dalam demontrasi tersebut adalah Sir Azahari dan Sir Ariffin (Sorry laa, memang nak promote PERTAMA hehehe). Demontrasi yang dilakukan oleh Sir Azhari dan Sir Ariffin ini berjalan dengan baik dan ‘brutal’ sekali. Teknik beladiri dengan pukulan yang memang kena betul pada badan kedengaran jelas bunyi dentumannya. Kuat pula tu hingga seluruh dewan dengar. Sempat juga En Abd Rahman mengatakan jangan cuba-cuba melakukan aksi-aksi sebegini sebegini di rumah. Orang WWE kata “Don’t Try this at Home”. Memang agak ganas. Semasa keluar dari dewan ada pelajar menunjukan 2 “tumb-up” kepada Sir-sir PERTAMA ini sambil mengatakan “Best!.. Best!..”. Semasa di meja makan guru penyelaras datang dan mengucapkan terima kasih atas demo tadi. Terima Kasih Cikgu atas keperihatinan anda!!

Hidup PERTAMA!!

Semoga sir-sir PERTAMA dapat mengekalkan dan meningkatan ke’brutal’an itu pada masa-masa yang akan datang. Cuma sayang seribu kali sayang, tiada gambar yang di ambil. Cuma video ada diambil oleh pihak penganjur. Walaubagaimanapun guru yang menyelaras kejohanan tersebut ada mengatakan jika ada kesempatan, Video demo pada hari penutupan tersebut akan di poskan. Insyallah.

Kemudian sir semua berjumpa dengan pelatih MRSMF untuk taklimat akhir. Kemudian berkemas dan pulang ke Tanjong Malim. Esok kerja Yeop!
Muka-muka yang masih suci lagi nih.

Sir ni nampak jer pakai kemera, tapi takkan ni jer gambar yang diambil?... Adoiii... Bagi la lagi...