Isnin, 11 Januari 2010

Kelas Akan Bermula

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pengumuman!!

Setelah selesai sudah menjalani cuti akhir tahun yang panjang dan sesi persekolahan pun telah bermula, maka dengan sukacita di umumkan kelas Taekwon-do akan dimulakan dalam bulan Januari 2010 ini.

Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim (SKTM)
Hari: Sabtu
Tarikh: 16 januari 2010
Masa: 9 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna SKTM

Pembangunan Pelajar Sekolah Rendah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Hari: Sabtu
Tarikh: 16 januari 2010
Masa: 3 petang
Tempat: Bangunan IPSI, UPSI

Para pelatih yang lama boleh datang pada masa dan hari yang ditetapkan. Kepada para pelatih yang baru, kedatangan anda dialu-alukan.

Sekian, Terima Kasih

Khamis, 7 Januari 2010

PSAS - Perjalanan Pulang

Salam

Selesai sudah pertandingan, maka kami pun bermalamlah untuk semalam lagi. Pada malam akhir itu kami kami keluarlah untuk makan malam sambil menyelusuri sungai di Bandar Kuantan. Ramai kaki pancing disepanjang sungai ini rupa-rupanya. Kalau tahu mahu ada yang bawa joran rasanya. hehehehe
Bergambar dulu sebelum pulang.
Semua 'control' ayu dan 'control' macho.

Pada keesokan harinya waktu pagi sebelum pulang kami menjenguk-jenguk barang sejam dua rakan-rakan kami yang bertanding dalam Silat Olahraga. Silat Olahraga masih belum habis pertandingannya. Agak riuh dan meriah juga keadaan dalam dewan ini kerana sorakan para penyokong masing-masing. Untuk makluman Silat Olahraga dan Taekwon-do dipertandingkan di dewan yang berasingan.

Kami mendapat berita duka bahawa seorang peserta silat PSAS mendapat kecederaan dan terpaksa dimasukkan hospital. Pada mulanya memang kami bercadang untuk melawat peserta tersebut tetapi memandangkan waktu melawat yang diberitakan agak lewat. Dengan berat hati terpaksa kami batalkan niat untuk melawat itu sambil Pn Suhartini mengesa para peserta mendoakan kesembuhan keatas peserta tersebut.

Kami teruskan perjalanan pulang tetapi sebelum itu kami singgah dahulu di rumah seorang peserta PSAS yang kebetulan berada di Kuantan. Eloklah tu, dapatlah makan percuma, 'save' bajet sekit dan bolehlah beli buah tangan semasa singgah dimana-mana nanti. Terima Kasih Nazreen. Setibanya kami di rumah Saudara Nazreen, kami disambut oleh ibubapa dan saudara mara beliau. Besarnya kawasan rumah sampai bas PSAS pun boleh muat. Siap boleh undur lagi. Untunglah siapa yang kahwin dengan Nazreen nanti. heheheheh
Punya kusyuk ambil makanan sampai orang ambil gambar pun tak sedar.
Bedal, bedal jangan tak bedal. Sekali je ni sampai Rumah Nazreen nih.

Gendang Gendut Tali Kecapi
Kenyang Perut Suka hati.
Perhatikan wajah-wajah ceria selepas makan.
hehehehehe
Ini gambar diambil sejurus sebelum berlepas pulang.

Setelah puas mem'bedal' di rumah Nazreen kami pun meneruskan perjalanan pulang. Dalam perjalanan pulang itu kami singgahlah di R&R Temerloh Barat, Ligamas & Masjid Kuala Kubu Bahru Sebelum sampai di PSAS.

Kita Jumpa Lagi Di MSP.

Isnin, 4 Januari 2010

PSAS - Hari Kejohanan

Salam

Kejohanan bermula pada 27 Disember 09 iaitu pada hari Ahad. Pada pagi itu sir-sir datang dengan membawa khabar yg agak mengejutkan para peserta PSAS semua. Sir memberitahu dan mengarahkan semua pemengang talipinggang hitam di larang untuk mengambil bahagian dalam acara Colour Belt berkumpulan. Arahan dari malam tadi rasanya. Ini menyebabkan 2 orang di gugurkan dari kumpulan dan terpaksa membawa 2 peserta lain untuk berlatih pattern secara berkumpulan. Malah peserta untuk couple pattern di rombak dan ganti dengan peserta lain.

Dengan hanya tinggal beberapa minit sebelum pertandingan boleh bayangkan berapa 'hebat'nya pattern yang akan kami persembahkan nanti. hehehe. Sebelum itu, pada hari rabu iaitu 3 hari sebelum kejohanan bermula, kami juga mendapat makluman bahawa peserta Black Belt dan Colour Belt diasingkan acaranya. Mendengar ini, rombakan terpaksa di buat juga. Pattern lain terpaksa di latih. Kami terpaksa bermula dari bawah semula. Apabila pagi pertandingan itu sir memberi taklimat dan memaklumkan bahawa ada rombakan lagi, maka rombakan kali ke 2 di lakukan. Dimana hanya tinggal beberapa minit sahaja sebelum pertandingan.
Ada peserta pada asalnya memasuki beberapa acara tetapi digugurkan setelah menerima taklimat dan makluman dari Sir. Hanya 2 acara sahaja disertainya. Tengok dari air mukanya memang air muka hampa la. Nasib baik tidak menangis tergolek-golek. hehehehe

Pertandingan di mulakan dengan pattern individu, couple dan berkumpulan. Boleh bayangkan kualiti pattern yang dipersembahkan dengan hanya beberapa minit latihan untuk couple dan berkumpulan. Memang ada kesalahan yang ketara. Walaubagaimana pun syabas diucapkan kepada para peserta PSAS kerana berani ke hadapan dalam mempersembahkan pattern tersebut. Walaupun begitu, dalam acara pattern individu PSAS mendapat 3 pingat gangsa dari peserta yg baru sahaja menyertai mana-mana kejohanan. Tahniah di ucapkan.

Setelah selesai acara pattern maka bermulalah saingan acara Sparring individu dan sparring berkumpulan. Alhamdullilah 5 pingat emas dapat di'kail' di sini. Ada juga peserta yg menjadi 'target' sir untuk mendapat emas dalam acara sparring ini tetapi tidak menjadi. Apa tidaknya?.. Masa perlawanan akhir itu langkah dan lenggoknya persis perlawanan boxing antara si Labu dan Labi dalam cerita Labu Labi. Nasib baik la dia tak tertidur dalam ring tu. hehehehe. Ada juga yang tewas pada awal pusingan akibat 'kurang angin'. Apa yang kamu buat ini sampai 'pancit' sangat haa?..... Orang lain pusingan awal elok sahaja stamina. Adehhhh... Tidak mengapa, lepas ini, memang kena 'dera'lah dengan sir untuk kekuatan stamina.

Peserta PSAS yang mendapat emas adalah
1. Amir - Sparring Middleweight Lelaki.
2. Helmi - Sparring heavyweight Lelaki.
3. Farah - Sparing Lightweight Wanita.
4. Nor Amalina - Sparring Black Belt Terbuka Wanita.
5. Nazreen - Sparring Black Belt Lelaki bawah 56kg.

Cuma acara sparring berkumpulan mendapat pingat gangsa bagi kategori lelaki dan wanita. Alhamdullilah ok la dari tidak mendapat apa-apa.

Jadi keseluruhan pungutan pingat pasukan PSAS adalah 5 Emas, 2 Perak dan 7 Gangsa.

Malam 27 Disember 09 diadakan juga perasmian Majlis Sukan Politeknik yang mana dalam majlis ini menghimpunkan semua para peserta Taekwon-do dan Silat di Dewan Utama. Semua para peserta terlibat tanpa terkecuali.Pada hari Isnin 28 Disember 09 setelah selesai sudah pertandingan maka Majlis Perasmian Penutupan dilakukan sendiri oleh Grandmaster Dato Dr Sabree Salleh yang sudi menjejakkan kali ke POLISAS. Terima Kasih Dato'.

Alhamdullilah PSAS mendapat tempat ke 3 keseluruhan. Lebih baik dari sebelumnya. Insyallah kita kena kuatkan azam, bulatkan tekad, tingkatkan usaha dan jauhkan pandangan supaya dalam Kejohanan MSP pada masa hadapan kita akan mendapat yang lebih baik lagi.

Bersambung....

Jumaat, 1 Januari 2010

PSAS - Perjalanan dan Hari Pertama di POLISAS

Salam

Pertama sekali ucapan Selamat Tahun Baru 2010 kepada sekelian pembaca dan pelayar setian blog PERTAMA ini.

Berakhir sudah Kejohanan Taekwon-do Majlis Sukan Politeknik 09 yang berlangsung di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan (POLISAS), Pahang Darul Makmur. Cuma sayangnya blog ini di isi dengan berita yang agak terkini tetapi memandangkan sir-sir agak sibuk pada masa dan hari kejohanan di sambung pula dengan cuti tahun maka berita tentang PSAS di kejohanan MSP ini agak lewat sedkit. Walaubagaimanapun masih hangat lagi. kedapatan para peserta PSAS yang masih lenguh-lenguh, sengal-sengal dan sakit disana-sini pada badan mereka.

Ok Kita mulai...

Pada 26 Disember 09 yang lalu, kontinjen PSAS yang terdiri dari pasukan TKD dan Silat telah bertolak dari PSAS kira-kira pukul 7am. 2.5 jam lewat dari jadual asal. Ini berikutan masalah teknikal yang timbul pada saat akhir. Begitupun, Alhamdullilah setelah selesai masalah tersebut maka perjalanan di berjalan dengan lancar dan selamat sampai ke POLISAS. Rasanya kontinjen PSAS adalah antara kontinjen yang terawal sampai ke POLISAS ini.
Setelah sampai ke POLISAS ini, maka urusan pengindapan untuk para peserta dan pengiring diuruskan dengan baik sekali oleh Pn Suhartini. Dalam 2.30pm kami turun sekali lagi untuk timbang berat. Dalam sesi ini kami terpaksa mengugurkan seorang peserta kami dalam acara sparring oleh kerana mesin penimbang yang 'salah' baca. hehehehe. Walaupun peserta itu sudah berlari & main skipping sampai berpeluh-peluh. Namun masih berat lagi. Makan tembaga rasanya para peserta ini, itu yang berat tu.. heheheheh

Apa nak buat?... Ada peraturan kami ikut sahajalah. Untuk makluman juga, sebelum bertolak seorang peserta terpaksa digugurkan dengan rela atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Jadi 2 orang peserta tidak dapat menyertai kontinjen ini pada awal-awal lagi. Tetapi tidak mengapa, perjuang tetap diteruskan. Dapat diperhatikan dari air muka para peserta tidak terjejas pun semangat mereka untuk bertanding dalam kejohanan ini.

Sesi timbang berat berakhir dengan cepat sekali kerana Kontinjen PSAS adalah yang terawal dalam sesi ini. Jadi kami berangakat ke luar untuk mencari barang sesuap nasi kerana para peserta dilarang untuk makan kerana kuatir berat akan lebih had dari yang sepatutnya. Takut-takut sir marah pula.

Jadi kami menaiki bas dan bertolak ke Teluk Chempedak. Rasanya majoriti diantara kami ini, inilah kali pertama menjejakkan di Pantai Teluk Chempedak (TC). Semasa kami tiba di TC ini, alhamdullilah cuaca sangat baik sekali. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Penunjung tidaklah ramai sangat. Keadaan tidak sesak. Memberi kami peluang untuk menikmati pandangan indah TC ini.

Setelah menjamu selera, ada para dikalangan peserta PSAS bermain pasir dan air laut di pantai TC. Ada juga meronda-ronda di sekitar TC yang mana banyak gerai-gerai di pacak di TC ini. Maklumlah PSAS jauh dari pantai. Lagipun ini peluang yang ada. Jadi para peserta ini bermain air laut sambil mengambil gambar untuk kenangan.Setelah beberapa lama bercanda di pantai TC ini kami pun pulang ke POLISAS.

Bersambung...