Memaparkan catatan dengan label Team Sparring. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Team Sparring. Papar semua catatan

Isnin, 8 Mac 2010

Kejohanan Taekwon-do Jemputan IPT & Sekolah Daerah Batang Padang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ini satu berita baik.

Pada 3 - 4 April 2010 akan diadakan
Kejohanan Taekwon-do Jemputan IPT dan Sekolah Daerah Batang Padang
Bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah, Tg.Malim

Kejohanan ini penyertaannya adalah dari Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan IPTA dan IPTS.
Ianya telah dipaparkan di portal PPD Batang Padang.

Tuan-tuan di jemput hadir untuk menyaksikan Kejohanan ini.

Sebarang kemuskilan boleh dikemukakan pada Sir Azhari 019 6452 671, Sir Ewan 012 2300 669

Terima Kasih.

Isnin, 4 Januari 2010

PSAS - Hari Kejohanan

Salam

Kejohanan bermula pada 27 Disember 09 iaitu pada hari Ahad. Pada pagi itu sir-sir datang dengan membawa khabar yg agak mengejutkan para peserta PSAS semua. Sir memberitahu dan mengarahkan semua pemengang talipinggang hitam di larang untuk mengambil bahagian dalam acara Colour Belt berkumpulan. Arahan dari malam tadi rasanya. Ini menyebabkan 2 orang di gugurkan dari kumpulan dan terpaksa membawa 2 peserta lain untuk berlatih pattern secara berkumpulan. Malah peserta untuk couple pattern di rombak dan ganti dengan peserta lain.

Dengan hanya tinggal beberapa minit sebelum pertandingan boleh bayangkan berapa 'hebat'nya pattern yang akan kami persembahkan nanti. hehehe. Sebelum itu, pada hari rabu iaitu 3 hari sebelum kejohanan bermula, kami juga mendapat makluman bahawa peserta Black Belt dan Colour Belt diasingkan acaranya. Mendengar ini, rombakan terpaksa di buat juga. Pattern lain terpaksa di latih. Kami terpaksa bermula dari bawah semula. Apabila pagi pertandingan itu sir memberi taklimat dan memaklumkan bahawa ada rombakan lagi, maka rombakan kali ke 2 di lakukan. Dimana hanya tinggal beberapa minit sahaja sebelum pertandingan.
Ada peserta pada asalnya memasuki beberapa acara tetapi digugurkan setelah menerima taklimat dan makluman dari Sir. Hanya 2 acara sahaja disertainya. Tengok dari air mukanya memang air muka hampa la. Nasib baik tidak menangis tergolek-golek. hehehehe

Pertandingan di mulakan dengan pattern individu, couple dan berkumpulan. Boleh bayangkan kualiti pattern yang dipersembahkan dengan hanya beberapa minit latihan untuk couple dan berkumpulan. Memang ada kesalahan yang ketara. Walaubagaimana pun syabas diucapkan kepada para peserta PSAS kerana berani ke hadapan dalam mempersembahkan pattern tersebut. Walaupun begitu, dalam acara pattern individu PSAS mendapat 3 pingat gangsa dari peserta yg baru sahaja menyertai mana-mana kejohanan. Tahniah di ucapkan.

Setelah selesai acara pattern maka bermulalah saingan acara Sparring individu dan sparring berkumpulan. Alhamdullilah 5 pingat emas dapat di'kail' di sini. Ada juga peserta yg menjadi 'target' sir untuk mendapat emas dalam acara sparring ini tetapi tidak menjadi. Apa tidaknya?.. Masa perlawanan akhir itu langkah dan lenggoknya persis perlawanan boxing antara si Labu dan Labi dalam cerita Labu Labi. Nasib baik la dia tak tertidur dalam ring tu. hehehehe. Ada juga yang tewas pada awal pusingan akibat 'kurang angin'. Apa yang kamu buat ini sampai 'pancit' sangat haa?..... Orang lain pusingan awal elok sahaja stamina. Adehhhh... Tidak mengapa, lepas ini, memang kena 'dera'lah dengan sir untuk kekuatan stamina.

Peserta PSAS yang mendapat emas adalah
1. Amir - Sparring Middleweight Lelaki.
2. Helmi - Sparring heavyweight Lelaki.
3. Farah - Sparing Lightweight Wanita.
4. Nor Amalina - Sparring Black Belt Terbuka Wanita.
5. Nazreen - Sparring Black Belt Lelaki bawah 56kg.

Cuma acara sparring berkumpulan mendapat pingat gangsa bagi kategori lelaki dan wanita. Alhamdullilah ok la dari tidak mendapat apa-apa.

Jadi keseluruhan pungutan pingat pasukan PSAS adalah 5 Emas, 2 Perak dan 7 Gangsa.

Malam 27 Disember 09 diadakan juga perasmian Majlis Sukan Politeknik yang mana dalam majlis ini menghimpunkan semua para peserta Taekwon-do dan Silat di Dewan Utama. Semua para peserta terlibat tanpa terkecuali.Pada hari Isnin 28 Disember 09 setelah selesai sudah pertandingan maka Majlis Perasmian Penutupan dilakukan sendiri oleh Grandmaster Dato Dr Sabree Salleh yang sudi menjejakkan kali ke POLISAS. Terima Kasih Dato'.

Alhamdullilah PSAS mendapat tempat ke 3 keseluruhan. Lebih baik dari sebelumnya. Insyallah kita kena kuatkan azam, bulatkan tekad, tingkatkan usaha dan jauhkan pandangan supaya dalam Kejohanan MSP pada masa hadapan kita akan mendapat yang lebih baik lagi.

Bersambung....

Khamis, 24 Disember 2009

Latihan PSAS ke MSP

Salam

Sempena Kejohanan Taekwon-do MGTF Majlis Sukan Politeknik 09 di Polisas Kuantan yang bermula pada 26 - 30 Disember 09 ini. Latihan pusat untuk para pelatih Politeknik Sultan Azlan Shah giat dijalankan.

Latihan fasa pertama telah dijalankan pada pertengahan November 09 yang lalu yang mana hampir semua pelatih hadir dalam sesi latihan. Latihan fasa pertama ini hanya berlangsung selama 4 hari sahaja. Tambahan pula latihan ini hanya dalam bentuk 'pengenalan' bagi mendedahkan kepada para pelatih intipati atau 'isi' dalam kejohanan tersebut.

Alhamdullilah fasa pertama berjalan dengan lancar sekali.

Fasa ke2 pula adalah lanjutan dari fasa pertama. Yang mana jangkamasa latihan adalah lebih panjang lagi. Iaitu selama seminggu atau 7 hari. Latihan pemantapan pattern dan teknik sparring dijalankan sepanjang tempoh ini. Oh ya... Fasa ke2 ini bermula dari Sabtu yang lalu iaitu 19 Disember dan akan berakhir pada 25 Disember iaitu pada hari Jumaat ini.

Para pelatih ditunjukan juga 3 klip video dari Sir yang menunjukan teknik-teknik sparring. Walaupun bukan klip video Taekwon-do sepenuhnya namum dapat juga dilihat akan keberkesanan teknik-teknik yang ditunjukan. Tambahan pula bila sir menyebut orang dalam klip video itu kawan belakang rumahnya. hehehehe. Pandai sir buat lawak.

Semoga Team PSAS berjaya dalam MSP nanti.

Jumpa anda di sana.

Jumaat, 6 Mac 2009

Pemenang Blackbelt Team Sparring di Kejohanan UiTM Pulau Pinang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejatera

Dibawah ialah wajah-wajah peserta PERTAMA & PSAS yang memenangi Free Sparring berkumpulan Blackbelt. Dimana di pusingan akhir mereka menewaskan pasukan Islamic Taekwon-do Academy. Tetapi sebelum acara freesparring berkumpulan, Arfiyandi telah menggondoli emas lelaki dalam acara freesparring, Ariffin memenangi pingat Perak dan Amir telah memenangi pingat gangsa iaitu sama kategori dengan Arfiyandi. Yang mana Arfiyandi & Amir bertemu sesama sendiri di peringkat separuh akhir(Kalau jumpa pusingan awal... Sendiri mau ingat la..) . Firdaus memenangi Perak dalam Pattern Individu 2nd Dan (Baru berlatih seminggu tu..).
Dari Kiri Arfiyandi- PSAS, Firdaus - UPSI, Ariffin - PSAS. Duduk Amir - PSAS
Pasukan Blackbelt Team Sparring bersama dengan Jurulatih - Sir Ariffin & Sir Azhari serta Penasihat Taekwon-do PSAS - En Hafiz.