Khamis, 20 Ogos 2009

Seminar Asas Seni Beladiri

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Alhamdullilah, Segala Puji & Syukur Bagi Allah. Pada hari sabtu yang lepas iaitu pada 15 Ogos telah diadakan Seminar Asas Beladiri untuk siswa-siswi kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang bertempat di Dewan Kuliah, Bangunan Pentadbiran, Proton City.Seminar selama setengahari ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada para siswa-siswi DPLI tentang perkara asas mengenai anatomi tubuh yang boleh menjadi senjata, titik-titik lemah pada manusia, pemanasan badan dan asas pengurusan pertandingan secara teori dan praktikal. Seminar ini dikendalikan oleh Sir Azhari, Sir Ariffin, Sir Ewan dan dibantu oleh Auni, Wahid dan Malin.Sesi bermula dengan teori mengenai asas beladiri. Para siswa-siswi DPLI ini rata-ratanya tidak mempunyai asas beladiri kelihatan memberi tumpuan penuh tentang perkara ini. Tambahan pula Sir Ewan yang memberi penerangan tersebut tidak meleret-leret dan penuh dengan isi. Tahniah di ucapkan Sir Ewan. Walaubagaimanapun teori ini hanya sejam sahaja.
Selepas sesi teori dan minum pagi, sesi praktikal untuk pergerakkan asas beladiri dimulakan. Kelihatan para pelajar DPLI ini bersungguh-sungguh dalam mengikuti apa yang ditunjukan. Terpaksalah Sir Azhari, Sir Ariffin, Auni, Malin dan Wahid menunjukkan dan memperbetulkan pergerakkan para pelajar ini.
Setelah berlengan selama sejam setengah, maka acara lanjutan adalah pertandingan Pattern berkumpulan. Memandangkan hampir kesemua siswa-siswi tiada asas Taekwon-do, maka masa 30 min diberikan untuk mereka berlatih pattern yang asas. Mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Tidak semuanya mengambil bahagian dalam pertandingan, ada yang melakukan tugas yang lain.
Alhamdulillah di sini dapat di lihat kebanyakkan siswa-siwi ini amat bersungguh melakukan gerak kerja berkumpulan. Terima Kasih atas sokongan anda semua. Hampir semua pasukan yang bertanding melakukannya dengan sehabis baik yang mungkin walaupun masa hanya 30min sahaja di berikan.
Walaupun pertandingan ini dijalankan secara 'olok-olok', namun ada hadiah berbentuk hamper disediakan untuk pemenang. Hadiah disampaikan sendiri oleh Sir Azhari.
Ianya juga bagus untuk pendedahan kepada pemegang Talipinggang Hitam junior terhadap sistem pemarkahan. Begitu juga kepada semua siswa siswi yang terlibat, mereka juga berpeluang belajar mengurus serba sedikit program luar seperti ini. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada penganjur program , Wahid, Auni dan Malin.

Tiada ulasan: