Khamis, 25 Jun 2009

Sebelum Kejohanan Kebangsaan 09

Assalamualaikum WBT & Salam Sejantera

Alhamdullilah, tahun ini PERTAMA mewakili Negeri Perak sekali menghantar peserta ke Kejohanan Kebangsaan 2009 (KK09) yang bertempat di Politeknik Shah Alam. Pemilihan peserta untuk KK09 telah diadakan sebulan setengah sebelum kejohanan berlangsung. Atas sebab-sebab tertentu, latihan pusat dijalankan hanya kurang seminggu dari tarikh kejohanan. Apa nak buat, saudara mara sir-sir ni ramai yang berwalimahtulurus, balik kampung & urusan peribadi. Para peserta pun ada hal-hal yang tersendiri juga..

Latihan bermula dari Isnin malam pada 15hb Jun selepas Isya, kemudian di sambung hingga hari Khamis. Kali ini PERTAMA menghantar 2 pasukan. Ramai muka-muka baru dihantar sebagai pendedahan kepada mereka tentang KK09 ini.

Target pingat?... Kalau kurang seminggu latihan, harap nak dapat emas.. mungkin dalam mimpi dapat la. hehehe. Memang ada peserta kontigen PERAK yang mimpi menang pingat emas. Ok la tu dapat dalam mimpi.. kurang-kurang dapat merasa emas dialam mimpi. hehehe. Tambahan pula ramai juga orang-orang baru. Tapi tidak mengapa, pendedahan yang rasanya bagus untuk mereka.

Muka-muka gumbira selepas dapat baju. hehe

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mestilah best dapat sweater mahal cam tu...siap tulis TAEKWANDO PERAK...
pakai baju tu memang beri semangat pada team perak untuk menang pingat...

Kiim Mizmi berkata...

peserta mestilah semangat dapat sweater cantik cam tu...siap tulis TAEKWANDO PERAK...memang beri semangat nak lawan...Go Perak!!!