Khamis, 26 Mac 2009

Akhbar Lagi..

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, kami masuk akhbar lagi. Keluar di Harian Metro dan Utusan Malaysia. Harian Metro di halaman 50 ruangan Arena. Gambar yang memaparkan adik-adik yang comel. Orang katalah, biasanya anak murid ini mengikut guru. Kalau sudah begitu comelnya adik-adik ini, boleh bayangkan la betapa comel dan hensemnya Sir-sir ni. hehehehehe. Itu orang kata lah, saya cuma tolong taip je. hehehe

Kami mendapat tahu gambar ini keluar dari seorang Sir yang pada masa itu berada di Bukit Beruntung dalam jam 10 pagi. Lalu di 'sms'nya semua sir dan pelatih yang lain. Yang bagusnya ada pelatih yang mengetahui gambarnya ada dalam akhbar ini, lalu meng'sms' pula pada sanak saudara yang lain seantero Malaysia. Ye la rasa glamer la sekejap bila muka masuk akhbar ye tak?..
Untuk makluman, gambar diatas telah keluar dalam entri yang lepas iaitu mengenai Kejohanan Taekwon-do di UiTM. Gambarnya berada dibawah sekali dalam entri tersebut.

Edisi Khas Kementerian Belia dan Sukan di akhbar Utusan

Di Utusan Malaysia pula keluar di bahagian Keluaran Khas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) muka surat 2. Ada sir menelefon dan memberitahu supaya membeli Utusan Malaysia cepat-cepat. Ingatkan ada la keluar berita mengenai PERTAMA rupa-rupanya gambar 'wakil' PERTAMA sahaja. Ok la tu dari tiada apa-apa. Kurang-kurang pun masuk akhbar dan merasa glamer juga. Orang rumah Sir yang berkenaan dengan kadar segera membeli akhbar Utusan walaupun hari sudah petang. Cuma tidak dapat dipastikan gaya merempit atau 'drift' yang digunapakai semasa ke kedai mamak membeli akhbar Utusan ini. Maklum la teruja yang amat sangat. hehehehe

Anda nampak atau perasan siapa yang ada didalam itu? Macam kenal je. hehehe
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Lain Kali Kita Masuk Akhbar Lagi!

Isnin, 23 Mac 2009

Tahniah!!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Entry kali ini adalah untuk memberi laluan kepada pelatih PERTAMA yang berjaya menempa nama di Sekolah semasa Temasya Sukan, 1 MAC 2009, Ahad yang lepas. Pelatih yang dimaksudkan ialah Nur Ameera Mahadzir. Untuk makluman semua, pelatih ini bersekolah di Sekolah kebangsaan Tanjong Malim (SKTM).

Untuk makluman juga, hari sukan SKTM adalah jatuh pada hari Ahad, 1 Mac 2009. Pada masa yang sama berlangsungnya Kejohanan Taekwon-do Terbuka UiTM Pulau Pinang iaitu pada 28 Febuari - 1 Mac 2009. Para pelatih PERTAMA ini sememangnya bersemangat untuk menyertai kejohanan walaupun waktunya bertindihan dengan hari Sukan di sekolah atau ada apa-apa aktiviti sekolah, jika mereka sempat hadir, mereka akan hadir. Memang bagus punya semangat. Semoga kekal sampai akhir hayat.

Untuk kejohanan Taekwon-do di UiTM Pulau Pinang ini kebanyakkan pelatih sekolah rendah bertolak pada petang Jumaat dan tiba di Pulau Pinang pada malam atau tengah malam. Mana tak sampai tengah malam, yang naik van takkan nak "beset" sampai 150km/j kot? Meter van tu pun cuma 140km/j je. Laju-laju pun 120km/j je. Memang la sampai tengah malam. Kesian sir yang bawa van tu, dah la 7-8 tahun yang lepas kali terakhir bawa van. Masa ini pula kena bawa pelatih ke Pulau Pinang. Walaubagaimanapun Alhamdulillah semua selamat pergi dan pulang.

Pada hari pertama kejohanan di UiTM itu, acara untuk pelajar-pelajar sekolah rendah bawah 12 tahun diadakan dan barjaya diselesaikan dengan jayanya. Jadi bagi pelajar SKTM yang meyertai hari sukan bertolak balik pada petang atau malam itu juga ke Tanjong Malim. Jarak antara UiTM Pulau Pinang dan Tanjong Malim lebih kurang 250km. Dalam masa 2 hari ulangalik, jauh tu. Siapa yang tak biasa jalan jauh, memang penat yang amat sangat bila sampai Tanjong Malim.

Alhamdullilah walaupun
sudah berjam-jam dalam kenderaan, kemudian terlibat dalam pertandingan Taekwon-do dan pulang semula ke Tanjong Malim, masih ada yang berjaya mendapat pingat pada hari sukan SKTM.

Mari kita berkenalan dengan pelatih tersebut:-
Nur Ameera Mahadzir - Pelajar 6 Amanah SKTM
EMAS - 400 meter, 4X200 Meter dan Tarik Tali
Perak - Lompat Tinggi dan Lompat Jauh
Temasya Sukan SKTM

Walaubagaimana pun seorang pelatih PERTAMA yang merupakan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Methodist (SKM) juga menempa nama di Anugerah Pelajar Terbaik Tahun 3 2008 di SKM. Pelajarnya adalah

Nur Syuhadah Ariffin - Pelajar 4 Nilam SKM
Pelajar Terbaik PJK
Anugerah Pelajar Terba
ik Tahun 3 2008

Nur Ameera & Nur Syuhadah

Tahniah di uca
pkan!!

Khamis, 19 Mac 2009

Kejor Yeop Kejor

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Memula sekali bila merujuk pada tajuk diatas, bukanlah mengatakan para pelatih ni terlibat dalam skuad bola sepak yang dok asyik menggentel atau mengejor bola atau sebagainya. Ini nak citer bab lain ni.. hehehe

Cerita pasal kejor mengejor ni teringat pula teka-teki dalam Nujum Pak Belalang yang mana salah satu teka-teki berbunyi lebih kureng "Ada 2 ekor anak itik, yang mana satu jantan? Yang mana satu betina?". Jadi masa hari sayembara tu si Nujum meletakkan ke2 2 anak itik dalam air dan menunjukkan sambil mengatakan bahawa yang dihadapan itulah betina dan yang dibelakang itulah jantan. Ye la dah jadi rasmi si jantan mencari dan mengejar betina. Tetapi ini bukan juga yang hendak di ceritakan disini. hehehehe

Walabagaimanapun memang banyak para pelatih PERTAMA ini main kejar-kejar semasa rehat. Maklum la dah Sir bagi rehat, apalagi jangan lah lepaskan kan peluang untuk berkejar-kejaran. Sekali sekala yang melampau berkejar-kejaran tu memang kena marah dengan Sir. Mana Sir tak marah, selepas 'bow' Sir bagi laluan untuk pelatih lari dalam 10 pusingan sebelum sesi pemanasan badan. Banyak pusingan tu..

Dah aksi pemanasaan badan dan masuk Silibus Taekwon-do dalam sejam setengah, ruang rehat diberi untuk pelatih menghilangkan dahaga atau ke bilik termenung. Masih ada lagi yang main kejar-kejaran. Kan dah kena marah dengan Sir? hehehe

Cuma kadang-kadang kedapatan (bukan kadang-kadang, dah selalu pun, ni tulih ni nak kaver ni. hehehe) Pelatih perempuan mengejar pelatih lelaki. Tu yang teringat citer si Ahli Nujum Pak Belalang. Yer lah yang mengejar tu jantan. Tiba-tiba lain pula situasi disini lain pulak. Terpikir juga bila pulak "tukar identiti" nih? hehehe

Nak sedapkan hati, para pelatih ini baru nak naik dam belum matang lagi, jadi sudah jadi tugas Jurulatih dan para pembantunya untuk mengawal dan mendidik para pelatih ini. Lagi pun yang kejar tu atas darat bukannya di air seperti 2 ekor itik dalam filem tu. heheheh

Nak larang pun, payah juga sebab ada pelatih PERTAMA menjadi olahragawati semasa hari sukan di sekolahnya. Banyak menang pingat tu. Piala olahragawati sikit punya besar. Ini berkat main kejar-kejar masa rehat kot?.. Tetapi sorang jer pun. Kan kalau elok yang main kejar-kejar ni semua dapat jadi olahragawan & olahragawati di Sekolah masing-masing?

Jadi kepada adik-adik, kurangkanlah berkejar-kejaran. Kalau gian sangat minta pada Sir nak main kejar-kejar dalam 20 pusingan ke, 30 pusingan ke. Stamina pun dapat ditingkatkan. 1 lagi tempat latihan tu keras yang amat. Jatuh alamat benjol la. Bukan hendak melarang terus dari berkejar-kejaran, cuma ada tempat dan masa yang sesuai.

Beringat Sebelum Kena!

Jumaat, 6 Mac 2009

Pemenang Blackbelt Team Sparring di Kejohanan UiTM Pulau Pinang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejatera

Dibawah ialah wajah-wajah peserta PERTAMA & PSAS yang memenangi Free Sparring berkumpulan Blackbelt. Dimana di pusingan akhir mereka menewaskan pasukan Islamic Taekwon-do Academy. Tetapi sebelum acara freesparring berkumpulan, Arfiyandi telah menggondoli emas lelaki dalam acara freesparring, Ariffin memenangi pingat Perak dan Amir telah memenangi pingat gangsa iaitu sama kategori dengan Arfiyandi. Yang mana Arfiyandi & Amir bertemu sesama sendiri di peringkat separuh akhir(Kalau jumpa pusingan awal... Sendiri mau ingat la..) . Firdaus memenangi Perak dalam Pattern Individu 2nd Dan (Baru berlatih seminggu tu..).
Dari Kiri Arfiyandi- PSAS, Firdaus - UPSI, Ariffin - PSAS. Duduk Amir - PSAS
Pasukan Blackbelt Team Sparring bersama dengan Jurulatih - Sir Ariffin & Sir Azhari serta Penasihat Taekwon-do PSAS - En Hafiz.

Khamis, 5 Mac 2009

PERTAMA di Kejohanan UiTM Pulau Pinang

GABUNGAN PERTAMA MGTF DAN PSAS TG MALIM BOLOT KEJUARAAN

Gabungan Persatuan Taekwon-Do (MGTF) Tanjong Malim atau PERTAMA MGTF dan Politeknik Sultan Azlan Shah Tg Malim membuat kejutan dengan merangkul 60 pingat untuk muncul Juara peringkat sekolah-sekolah dan Naib Juara Keseluruhan di belakang penyandang juara Islamic Taekwon-Do Academy Kulim pada Kejohanan Taekwon-Do Jemputan Kebangsaan 2009, Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang yang berlangsung pada 28 Feb hingga 1 Mac baru-baru ini.

Pasukan Taekwon-Do Tanjong Malim terdiri daripada pelatih Program Pembangunan Taekwon-Do Sekolah-Sekolah Tanjong Malim antaranya pelatih dari SK Methodist, SK Tg Malim, SK Slim, SMK Khir Johari, dan pelatih Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang.

Kejohanan tersebut anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Kelab Taekwon-Do Uitm dengan kerjasama Persekutuan Taekwon-Do Global Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pengajian Tinggi.

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah UITM Pulau Pinang Prof Madya Ahmad Ismail dan En Abd Razak Timbalan Presiden MGTF telah disertai lebih 500 peserta daripada akademi, sekolah-sekolah kementerian pelajaran malaysia, institut pengajian tinggi dan persatuan negeri seluruh Negara.

Menurut Timbalan Pengerusinya Pn Joyce Lee Panjalingam, kolaborasi antara pasukannya dan Politeknik Sultan Azlan Shah membuktikan keunggulan dengan merangkul 24 pingat emas, 10 perak, dan 26 gangsa menerusi acara individu Pattern, sparring dan sparring berpasukan. Lebih mengejutkan Tg Malim Berjaya mengumpul 20 pingat emas pada hari pertama kejohanan dan kejutan kedua pasukan blackbeltnya bagi kategori Sparring berpasukan lelaki berjaya menggondol pingat emas.

Pihak persatuan amat berbangga dengan pencapaian cemerlang dan semangat juang yang ditunjukkan pelatih-pelatih, malah mendapat pujian syabas dan tahniah daripada Presiden MGTF Lt Kdr Master Amir Md Noor.
Antara pelatih yang menyinar seperti Danial 2 emas, Anuar 2 emas, Zubair 3 emas, Hazwani 2 emas, Ameera 2 emas, Ashikin 2 emas dan seluruhnya merakamkan penghargaan kepada pegawai pasukan mereka iaitu pengurus pasukan Sir Azhari Omar, Ketua Jurulatih Sir Mohd Azrul izwan Anuar, Sir Ariffin Suratman, Puan Radiah dan En Hafis atas komitmen mereka,

Bagi pihak kontinjen kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mohammad Reffel dari Mentari Ria Resources, Lee-Panjalingam, En. Khairuddin Lim, En. Mahadzir, En. Shaheri, En Shuhaili, En.M.Redzuan, En Mohd Nizar, En Abd Karim. En Ariffin, Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah, Master Amir Md Noor, Sir Eizam, Sir Din, Ustaz Mansur serta sokongan ibu bapa yang turut serta memimpin pasukan hingga ketahap ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih dan penyelaras Program Pembangunan Taekwon-Do Sekolah, berkata pihaknya akan terus merancang program pembangunan Taekwon-Do yang berterusan dalam melahirkan jaguh Taekwon-Do Negara.

Bersama mempromosi Malaysia sebagai Pusat Beladiri Dunia.
“BERILMU, BERAMAL DAN BERJAYA”

Selasa, 3 Mac 2009

Dialog Yang 'Ingin' Kita Dengar

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dialog ini terjadi ketika perjalanan ke Kejohanan Taekwon-do UiTM Pulau Pinang. Kami berhenti di Hentian Tapah untuk solat dan istirehat sebelum meneruskan perjalanan. Entah macamana ada seorang pelatih (Pelatih A) bertanya kepada Sir-sir dan pelatih yang lain.

Pelatih A : Kita ni nak pergi Pulau Pinang ke Penang?
Sir A : Kita menginap di Penang tetapi kejohanan di Pulau Pinang.

Adoiyaiiiii!!!