Salam Semua
Cerita ini semasa kami sedang berkursus di Telok Batik tempohari, ada satu salah faham berlaku. Begini ceritanya, ketika habis 1 kelas modul, para peserta ini diberi masa rehat dalam 30 minit. Makna kata Tea Time la sebelum masuk kelas untuk modul seterusnya. Di Telok Batik Resot itu terdapat beberapa dewan yang memang digunakan untuk kursus atau seminar oleh pihak yang tertentu. Semasa kursus kami tu, ada beberapa kumpulan seperti Setapakian, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) yang ada seminar atau kursus di dewan yang berlainan tetapi di aras yang sama. Mmmm Peserta kursus/seminar anjuran KMM kelihatan seperti doktor-doktor muda yang baru diserap masuk ke KKM.
Waktu rehat sebelum ini, makanan dan minuman diletakkan berdekatan dengan dewan seminar bagi satu-satu kumpulan kursus. Hendak dijadikan cerita, kumpulan kami masa tu sudah habis modul dan keluar rehat. Kami mencari-cari dimanakah minuman dan makanan kami ni. Paling dekat tu, ada tertulis Amanah Iktiar Malaysia (AIM). Yang kami ni dok pusing, cari mana ni kita punya. Sekali tu ada sorang peserta tanya pada penyelaras dimana kami punya minuman dan makanan sambil menunjuk kearah makanan dan minuman AIM ini boleh di’bedal’ atau tidak. Penyelaras itu dengan senang hati kata “Ok… Boleh”.. Apa lagi sesi membelasah makanan dan minuman di AIM. Habis dibukanya rendang dan disapunya pulut kuning. Pukul 10 pagi makan rendang dan pulut kuning? Takpe lesen sudah diberi. Hampir suku juga lah pulut tu di mamahnya. Makan la dulu sebelum peserta AIM keluar rehat, nanti berebut pula dengan mereka.
Sekali pekerja yang terlibat dalam penyediaan hidang menghidang tu datang, dia tengok sedap je kumpulan kami meratah khazanah di situ… hehehehehe. muka dia tunjuk angin 1 badan siap tanya siapa yang suruh makan kat sini… Kami senyap je la… Sempat juga pekerja tu menghempas pelahan pinggan alas cawan sebagai tanda marah dan protes. Dalam pekerja tu duk marah-marah tu pun ada peserta yang datang nak ambil makanan dari situ. Adoiii… Ini boleh mendatangkan marah lagi.... Tetapi belum sempat di ambilnya makanan itu telah di tegah oleh peserta yang lain sambil mengatakan dan menunjukan yang pekerja tu sudah marah.
Selepas itu dengan muka kelatnya, pekerja tu pun membalut semula makanan tersebut. Kesian juga tengok mukanya yang kelat tu. Apa nak buat. Makanan dah masuk perut. Rupa-rupanya makanan dan minuman untuk kami, nuh… sebelah KKM, jauh tu. Mana la nak perasan dengan ramainya peserta kursus KKM tu..
Moral cerita. Yang Cakap Pun Kena Biar Terang. Letak Minuman dan Makanan Pun Biarlah Terang dan Nyata. Kami semua lapar. hehehehe
Selepas itu dengan muka kelatnya, pekerja tu pun membalut semula makanan tersebut. Kesian juga tengok mukanya yang kelat tu. Apa nak buat. Makanan dah masuk perut. Rupa-rupanya makanan dan minuman untuk kami, nuh… sebelah KKM, jauh tu. Mana la nak perasan dengan ramainya peserta kursus KKM tu..
Moral cerita. Yang Cakap Pun Kena Biar Terang. Letak Minuman dan Makanan Pun Biarlah Terang dan Nyata. Kami semua lapar. hehehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan