Isnin, 25 Mei 2009

PERTAMA di Bukit Beruntung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdullilah, buat kali pertama pelatih-pelatih PERTAMA berkaloborasi dengan para pelatih SMARTS dalam demo sempena Karnival Belia kawasan Hulu Selangor. Ini juga kali pertama pelatih PERTAMA berdemo di luar kawasan Tanjong Malim. Untuk makluman Hulu Selangor ini bukan la kawasan yang hulu yang terperuk jauh seperti di pendalaman hutan belantara. Hulu Selangor merupakan salah sebuah daerah di Negeri Selangor. Kira besar juga lah daerah ni, daerah ni mengandungi beberapa mukim dan pekan besar atau kecil. Yang biasa orang dengar tu pekan Kuala Kubu Bahru, Batang Kali, Hulu Yam, Sungai Choh, Bukit Sentosa, Kalumpang dll.

Ok, Kami bertolak dari Tanjong Malim ke Bukit Beruntung dalam jam 3.45 petang dengan 2 buah kereta. Sir-sir la yang bawa kereta… Takkan pelatih nak bawak kereta pulakkan?…. Sampai di Bukit Beruntung dalam 4.15petang dan terus ke tapak karnival. Luas juga tapak karnival ni ya?… Kelihatan banyak juga khemah-khemah. Ingatkan SMARTS punya tempat di khemah, rupa2nya di salah sebuah gerai. 1 usaha yang bagus dari SMARTS dengan memaparkan info mengenai Taekwon-do dan SMARTS sendiri. Kelihatan ringkas tetapi maksud tercapai. Bersebelahan gerai SMARTS kelihatan Pertubuhan Silat Sendeng Batawi.

Dalam 4.45 petang semua ahli beladiri yang akan membuat demo sudah berbaris. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan doa. Kemudian demo mulakan dengan Seni Silat Gayung Tapak Lima, Sendeng Batawi dan akhirnya demo Taekwon-do.

Terima Kasih kepada SirN kerana meletakkan para pelatih kami di hadapan sekali. Mana tak letak kat depan semua yang datang tu talipinggang hitam. Tu taktik tu, taktik.. supaya kami berada di depan. Hehehehehe. Lain kali kami buat lagi. hihi

Memandangkan setiap kumpulan diberi hanya 5minit untuk demo maka ada beberapa acara tidak dapat dilaksanakan. Malah ada persembahan Pattern, 1 Step Sparing dan Sparring di lakukan sebelah menyebelah. Nak jimat masa punya hal. Walaubagaimanapun berjaya dan mendapat tepukan ramai. Lagu masa demo tu memamg lagu dalam Wong Fei Hung, tak tau camner dan sapa yang suruh bukak lagu tu... Lanjutan dari demo tu ada dalam blog Sir N.

Kemudian kami bertolak ke jamuan ringkas di Restoren Anjung. Tetapi sebelum tu sir-sir pergi melawat Dojang SMARTS. Satu usaha yang bagus dan kami doakan agar Dojang Sir N ‘meletup’ di masa akan datang. Kemudian menjamah selera di Anjung. Dalam pukul 7petang kami bertolak pulang ke Tanjong Malim. Terima Kasih SirN atas jemputan untuk demo. Semoga kerjasama antara SMARTS dan PERTAMA akan berterusan di masa-masa akan datang.

Sir-Sir ni pun nak juga bergambar.

Khamis, 14 Mei 2009

Alamak… Dia Sudah Marah

Salam Semua

Cerita ini semasa kami sedang berkursus di Telok Batik tempohari, ada satu salah faham berlaku. Begini ceritanya, ketika habis 1 kelas modul, para peserta ini diberi masa rehat dalam 30 minit. Makna kata Tea Time la sebelum masuk kelas untuk modul seterusnya. Di Telok Batik Resot itu terdapat beberapa dewan yang memang digunakan untuk kursus atau seminar oleh pihak yang tertentu. Semasa kursus kami tu, ada beberapa kumpulan seperti Setapakian, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) yang ada seminar atau kursus di dewan yang berlainan tetapi di aras yang sama. Mmmm Peserta kursus/seminar anjuran KMM kelihatan seperti doktor-doktor muda yang baru diserap masuk ke KKM.
Waktu rehat sebelum ini, makanan dan minuman diletakkan berdekatan dengan dewan seminar bagi satu-satu kumpulan kursus. Hendak dijadikan cerita, kumpulan kami masa tu sudah habis modul dan keluar rehat. Kami mencari-cari dimanakah minuman dan makanan kami ni. Paling dekat tu, ada tertulis Amanah Iktiar Malaysia (AIM).  Yang kami ni dok pusing, cari mana ni kita punya. Sekali tu ada sorang peserta tanya pada penyelaras dimana kami punya minuman dan makanan sambil menunjuk kearah makanan dan minuman AIM ini boleh di’bedal’ atau tidak. Penyelaras itu dengan senang hati kata “Ok… Boleh”.. Apa lagi sesi membelasah makanan dan minuman di AIM. Habis dibukanya rendang dan disapunya pulut kuning. Pukul 10 pagi makan rendang dan pulut kuning? Takpe lesen sudah diberi. Hampir suku juga lah pulut tu di mamahnya. Makan la dulu sebelum peserta AIM keluar rehat, nanti berebut pula dengan mereka.

Sekali pekerja yang terlibat dalam penyediaan hidang menghidang tu datang, dia tengok sedap je kumpulan kami meratah khazanah di situ… hehehehehe. muka dia tunjuk angin 1 badan siap tanya siapa yang suruh makan kat sini… Kami senyap je la… Sempat juga pekerja tu menghempas pelahan pinggan alas cawan sebagai tanda marah dan protes. Dalam pekerja tu duk marah-marah tu pun ada peserta yang datang nak ambil makanan dari situ. Adoiii… Ini boleh mendatangkan marah lagi.... Tetapi belum sempat di ambilnya makanan itu telah di tegah oleh peserta yang lain sambil mengatakan dan menunjukan yang pekerja tu sudah marah.

Selepas itu dengan muka kelatnya, pekerja tu pun membalut semula makanan tersebut. Kesian juga tengok mukanya yang kelat tu. Apa nak buat. Makanan dah masuk perut. Rupa-rupanya makanan dan minuman untuk kami, nuh… sebelah KKM, jauh tu. Mana la nak perasan dengan ramainya peserta kursus KKM tu..

Moral cerita. Yang Cakap Pun Kena Biar Terang. Letak Minuman dan Makanan Pun Biarlah Terang dan Nyata. Kami semua lapar. hehehehe

Jumaat, 8 Mei 2009

Kejohanan Di MRSM Transkrian

Kejohanan Taekwon-do MRSM Semalaysia 09

Dari Teluk Batik, semua sir menghala menuju ke MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam. Jalan keluar dari Lumut memang jem giler. Tapi apa boleh buat, karnival Jom Heboh sedang berlangsung di sana. Dalam perjalanan tersebut sir-sir ini terserempak dengan seorang ahli Taekwon-do PSAS. Sir-sir yang nampak dia, dia yang tak nampak sir-sir ini. Kantoi-kantoi… Tapi Sir semua tak marah. Sir senyum je. Maklumlah semua sir ni baik-baik orangnya. hehehehe

Sir semua tiba di MRSM Transkrian dalam pukul 5 petang. Kemudian selepas bersalam-salaman dan bertanya khabar dengan para pegawai dan pengadil kejohanan dua orang sir mencari pelatih MRSMF Trolak bagi melihat dan memantau sesi latihan kali terakhir. Buat pengetahuan semua, ini adalah kali pertama MRSMF menghantar peserta kemana-mana kejohanan yang mana hanya 2 atau 3 orang dari 10 orang sahaja yang pernah menyertai kejohanan Taekwon-do. Itu pun masa sekolah rendah. Yang lain adalah muka baru. Semua muka tidak bersalah. baik, putih dan suci lagi tu. Hehehe. Tambahan pula MRSMF ini para pelajarnya hanya terdiri dikalangan pelajar tingkatan 2 sahaja. Kenapa? Bangunan utama tidak siap lagi beb. ‘Intake’ tingkatan tahun ini diserap ke MRSM lain dengarnya. Kalau pergi ke Sungkai ikut jalan lama ke Ipoh, selepas pekan Slim River dalam 14km, anda akan berjumpa lampu trafik, sebelah kiri jalan menghala ke Felda Gunung Besout, cuba lihat sebelah kanan, disitulah jalan masuk ke MRSMF dan pejabat Feldajaya kawasan Trolak. Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan bagi menyiapkan bangunan utama yang dijangkakan siap pada hujung tahun ini.

700 peserta tu. Penuh dewan.

Kontingen MRSMF Trolak

Ucapan alu-aluan dan perasmian.

Perasmian kejohanan di adakan pada sebelah malam dalam pukul 8malam. Upacara yang agak ringkas dan santai tetapi ada pengisian. Tidak membosankan. Bagus sekali. Semua peserta dari seluruh MRSM hadir dalam acara perasmian ini.

Selepas acara perasmian, sesi taklimat diadakan untuk para guru pengiring dan jurulatih seluruh MRSM ini. Taklimat boleh rujuk cerita dalam blog Sir Shariffudin. Walaupun ada masalah berbangkit, Ustaz Mansu berjaya menyelesaikan dengan baik sekali.

Pada hari Isnin, pertandingan bermula pada waktu pagi dengan acara Pattern berkumpulan yang dilakukan secara kalah mati. Pada pendapat saya secara peribadi kaedah kalah ini, agak sukar untuk mencari yang baik untuk tempat ke 2 dan ke 3 kerana, mengikut system kalah mati ini,.jika yang yang terbaik bertemu dengan yang terbaik pada peringkat awal jadi sayanglah pada yang kalah pada peringkat awal ini. Tetapi jika dilakukan persembahan Pattern berkumpulan satu persatu, alamat memakan masa yang lama untuk dihabiskan kesemua 40 MRSM. Ketetapan sudah di putuskan dan seharusnya di ikut. Acara pattern selesai sebelum tengahari. Cuma acara Pattern ini yang dilihat agak membinggungkan sedikit, kebanyakkan kumpulan mempersembahkan Pattern yang campur aduk. Ini mungkin untuk mengalakkan para pelajar MRSM kreatif dalam membuat suatu perkara. Idea memang ada, cuma jika mereka pergi ke satu-satu pattern tidak kira WTF atau Chang Hon, bermacam-macam gaya atau kaedah ‘breaking’ yang kreatif boleh dilakukan atau diolah demi menunjukkan daya kreaviti, tetapi pada masa yang sama tetap mengekalkan keaslian pattern tersebut. Ada juga kumpulan dari aliran WTF mempersembahkan pattern Hwa-Rang. Memang jauh panggang dari api la standardnya jika di bandingkan dengan pengamal aliran Chang Hon itu sendiri. Pattern dalam WTF semuanya tiada ‘sinewave’. Pattern yang digayakan kelihatan seperti ‘old school’ tahun 70an. Bagaimanapun pujian boleh diberikan kerana mereka berani mencuba pattern yang bukan dari aliran mereka dan dibawa bertanding.

Alhamdullilah Senyum. Nasib baik tak tidur masa jadi hakim. geeee

Setiap pattern yang di cipta mempunyai nilai, cerita dan falsafahnya sendiri. Jika Pattern dicampuradukkan dimana letaknya nilai, cerita dan falsafah pattern tersebut. Baik Pattern WTF atau Chang Hon atau pattern karate skali pun. Walaubagaimanpun perkara ini telah dijelaskan pada sesi taklimat pada malam pertama kejohanan dan di ulangi sekali lagi oleh En Abd Rahman pada sesi penutupan.

Pasukan MRSMF lelaki berjaya hingga peringkat suku akhir. Kalah pada naib johan kali ini. Tukar Pattern saat akhir. Pasukan MRSMF perempuan pula lepas pada pusingan pertama. Bagus juga walaupun latihan pada saat akhir.

Cuma kelihatan riak wajah para pengadil semasa acara Pattern berlangsung seakan-akan memberitahu

“Pattern apa yang korang buat ni?….. “
“Apa yang korang mengarut ni.”
“Apa fesyen pattern ni?..”
"Yang macam ni pun ada?!..."

hehehehe. Macam-macam ada.... Bukan semua tetapi memang ada. Sorry, ini hanya pada pengamatan sahaja. Tidak ada kena mengena dengan orang lain.

Acara sparring bermula selepas Isnin petang selepas makan tengahari dan berlanjutan hingga malam. begitu juga pada hari Selasa. Kelihatannya ‘Centre Judge’ ramai yang apabila perlawanan dihentikan seketika atau amaran diberikan terus disambung sahaja pelawanan tersebut.

Dari segi kemeriahan, memang meriah kejohanan Taekwon-do MRSM ini. Sorakan bertali arus dan bersahut-sahutan kedengaran. Memang meriah. 1 lagi perkara yang wajar di puji, bagaimana pihak penganjur mengeluarkan buletin pada setiap hari di sepanjang kejohanan. Buletin walaupun ringkas tetapi 1 usaha yang sangat bagus. Pujian harus diberikan diucapkan kerana dalam kesibukan kejohanan, sempat juga pihak penganjur menyiapkan ‘Slide’ dalam bentuk klip video yang memaparkan serba ringkas perjalanan dari bermula kedatangan peserta hingga akhir pertandingan.

Pada hari penutup iaitu hari Rabu, pagi itu dalam 8pagi, Ustaz Mansur datang ke kediaman para pegawai kejohanan dan memberitahu bahawa pihak penganjur ingin melihat para pegawai kejohanan membuat demontrasi pada masa perasmian penutupan. Oleh kerana pihak penganjur ingin melihat skill para pengadil ini maka latihan ringkas dalam 20-30 minit dilakukan untuk demo ini. Dengan pakaian kemas itu juga para pegawai kejohanan ini melakukan demo. Ini kali pertama pegawai kejohanan melakukan demo dengan pakaian kemas. Bermula dengan Pattern Jee Go oleh Sir Tan, Sir ini kecil sahaja orangnya tetapi dengan keadaan kaki terpacak 75-80 darjah membuatkan hadirin bertepuk tangan. Kagum dengan kakinya yang fleksibel. Di ikuti demo oleh para pegawai yang lain seperti Ustaz Mansur sendiri, Sir Nandakumar dan pegawai yang lain. MC pada ketika itu adalah En Abd Rahman yang amat sesuai, pandai sekali ‘menjual’ dan menaikkan nama para pegawai dan juri kejohanan. Terima kasih En Abd Rahman.

Sir-sir PERTAMA pun ada terlibat dalam demontrasi ini. Sir-sir yang terlibat dalam demontrasi tersebut adalah Sir Azahari dan Sir Ariffin (Sorry laa, memang nak promote PERTAMA hehehe). Demontrasi yang dilakukan oleh Sir Azhari dan Sir Ariffin ini berjalan dengan baik dan ‘brutal’ sekali. Teknik beladiri dengan pukulan yang memang kena betul pada badan kedengaran jelas bunyi dentumannya. Kuat pula tu hingga seluruh dewan dengar. Sempat juga En Abd Rahman mengatakan jangan cuba-cuba melakukan aksi-aksi sebegini sebegini di rumah. Orang WWE kata “Don’t Try this at Home”. Memang agak ganas. Semasa keluar dari dewan ada pelajar menunjukan 2 “tumb-up” kepada Sir-sir PERTAMA ini sambil mengatakan “Best!.. Best!..”. Semasa di meja makan guru penyelaras datang dan mengucapkan terima kasih atas demo tadi. Terima Kasih Cikgu atas keperihatinan anda!!

Hidup PERTAMA!!

Semoga sir-sir PERTAMA dapat mengekalkan dan meningkatan ke’brutal’an itu pada masa-masa yang akan datang. Cuma sayang seribu kali sayang, tiada gambar yang di ambil. Cuma video ada diambil oleh pihak penganjur. Walaubagaimanapun guru yang menyelaras kejohanan tersebut ada mengatakan jika ada kesempatan, Video demo pada hari penutupan tersebut akan di poskan. Insyallah.

Kemudian sir semua berjumpa dengan pelatih MRSMF untuk taklimat akhir. Kemudian berkemas dan pulang ke Tanjong Malim. Esok kerja Yeop!
Muka-muka yang masih suci lagi nih.

Sir ni nampak jer pakai kemera, tapi takkan ni jer gambar yang diambil?... Adoiii... Bagi la lagi...

Siapa Punya Kerja ni?

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Ni ada 1 cerita semasa perjalanan ke Teluk Batik, ketika melepasi Teluk Intan, pada waktu malam ketika tu, sir yang memandu itu tidak memakai talipinggang keledar, tetiba ada pemandu kereta dari arah yang bertentangan memberi high beam, beri isyarat. Biasanya kalau memberi high beam ni menunjukan bahawa ada sekatan di hadapan atau kita yang high beam. Lihat lampu sendiri seperti biasa, apa lagi dengan kadar segera sir yang memandu tu ingin memasang talipinggang keledarnya. Apa yang jadi? Prak!! Kedengaran seperti sesuatu yang patah. Terlerai jua akhirnya pemegang talipinggang. Rosak tu… Berderai tu. Lerai habis… Kejam giler... Adoi.. Ganeh mu ni Sir…

Haaa... Lerai ha... Siapala yang empunya kerja ni?...

Jadi sepanjang perjalanan ke Teluk Batik, kemudian ke Transkrian dan balik ke Tanjong Malim tiada pemakaian tali pinggang kelendar. Dah rosak beb, apa nak nak dikatakan lagi?… Moral cerita, Sila buat kerja dengan "Slow and Steady".

Isi apa yang patut sebelum bergerak.

Khamis, 7 Mei 2009

Kursus Pemantapan & kepimpinan NGO's Sukan MASSA 2009 Di Teluk Batik

Assalamualaikum WBT
Kursus ini pendaftaran dan sesi penerangannya bermula pada pukul 3 petang, Ceramah atau modul pertama sepatutnya bermula pada 8 malam. Tetapi memandangkan ada sir yang tidak mendapat pelepasan maka, sir-sir bertolak dari Tanjong Malim dalam pukul 7 malam. Peserta kursus dari PERTAMA MGTF seramai 4 orang, Iaitu Sir Iwan, Sir Azhari, Sir Ariffin dan Cik Malin kita.

Perjalanan dari Tanjong Malim ke Teluk Batik tidak lah jauh benar, cuma memandangkan hari kursus tu bersamaan dengan Karnival Jom Heboh TV3, jadi traffik agak sibuk dengan kehadiran banyak lori dan deretan kereta di sepanjang perjalanan. Walaubagaimana pun kami sempat juga la menghadiri sesi pertama kursus iaitu sessi Suai kenal & Pembentukan Kumpulan. Sesi ini kalau dimana-mana kursus agak sama la intipatinya. Di akhir sesi tersebut semua kumpulan dikehendaki memberi infomasi mengenai ahli dan kumpulan masing-masing. Ok sahaja tiada masalah.

Sebelum itu, PERTAMA MGTF telah dijemput secara khusus oleh Pejabat JBS Perak untuk menghadiri kursus ini 2 minggu sebelum tarikh tersebut. Antara badan atau pertubuhan beladiri yang dijemput menghadiri ke kursus ini adalah Silat Cekak Malaysia, Silat Seni Gayong Malaysia, Silat Lincah, Majlis Kecergasan dan Senamrobik. Alhamdullilah semua peserta baik-baik belaka.

Modul ke2 mengandungi info yang penting juga, bagaimana kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan mempunyai dasar Sukan Negara yang di programkan untuk rakyat jelata. Memang banyak program pembangunan sukan dirangka demi untuk memajukan, mengalakkan, mendidik dan memasyarakatkan sukan untuk semua lapisan masyarakat. Bukan sukan yang dipertandingkan sahaja tetapi sukan tradisi, reakreasi dan kecergasan juga digalakkan. SUKAN UNTUK SEMUA. Banyak juga program dan kursus yang dirangka untuk Program Pembangunan Sukan Untuk Semua ini. Jadi sebagai persatuan sukan samada kecergasan, senamrobik atau beladiri seperti Taekwon-do yang dekat dengan masyarakat sebenarnya mempunyai peranan yang besar dalam memenuhi matlamat Sukan Untuk Semua ini melalui program-program yang dianjurkan sendiri atau berkerjasama dengan oleh JBS Daerah atau negeri. Di akhir modul ini pembentangan oleh setiap kumpulan bagi melihat pemahaman mereka tentang fungsi, tugas, persamaan dan berbezaan antara KBS, MSN, JBS, KBS dan NGO.

Alhamdullilah, Modul 3 dan Modul 4 disampaikan sendiri oleh pakar 'Moduler' mengenai bab Kepimpinan dan Pengurusan Efektif, sangat bagus bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan persatuan. Walaupun agak ringkas tetapi padat isinya. Kami juga di ingatkan apa tanggungjawap, fungsi, tingkahlaku, pendekatan dll yang berkaitan kepemimpinan. Ada juga diterangkan juga mengenai kesilapan dan masalah dalam kepimpinan. Pengurusan Efektif lebih kepada cara pengawalan, urus sumber, perancangan, pengorganisasian dll.

Modul ke 5, modul ini memang kami nanti-nantikan kerana dalam modul ini, peserta di tunjukajarkan bagaimana membuat perancangan dan kertas kerja yang betul. Yerlah kertas kerja yang di 'draft' itu adalah wakil kepada diri kita atau wakil persatuan untuk dipersembahkan kepada yang ingin menghulurkan dana atau bantuan. Ada ditunjukan contoh sebenar kertas kerja oleh beberapa persatuan yang diutarakan kepada KBS. Ada yang betul mengikut format sebenar ada yang tidak.

Modul ke 6 merupakan modul yang sangat penting yang mana rasanya ramai peserta tidak tahu adanya dana dari KBS untuk persatuan-persatuan sukan, rekreasi dan kecergasan. Bahkan akademi berorentasikan sukan dan beladiri ini boleh mendapat bantuan dengan syarat berdaftar dengan PJS. Modul ke 5 dan Modul ke 6 ini sememangnya bagus, tenaga pengajar menunjukan secara nyata dan jelas bagaimana untuk membuat kertas kerja dan memohon bantuan dana untuk persatuan dengan betul. Dapat dilihat disini bantuan oleh KBS ini tidak memilih 'bulu'. Jika kena objektif dan betul formatnya, Insyallah akan diluluskan.

Jika ada kursus sebegini sememangnya PERTAMA MGTF sedia berkerjasama dengan menghantar wakil ke kursus-kursus sebegini. Semoga kerjasama diantara JBS Perak dan PERTAMA MGTF akan terus berkekalan. Insyallah. Terima Kasih JBS Perak.

Kemudian Sir-sir menghala ke MRSM Transkrian, Nibong Tebal untuk ke Kejohanan Taekwon-do MRSM Semalaysia.
Ni dulu kecik-kecik tak dapat main basikal. Sampai Teluk Batik, belasah la sapa-sapa punya pun. hehehehe

Semangat Tetap Semangat! Yeahhhh!!

Tempat berendam untuk mengurangkan kepanasan kepala akibat input yang banyak.
Ambil masa 'ngulor' kejap di sini. Makan angin, cuci mata, membelibelah, beli tiket dll.