Rabu, 26 November 2008

LATIHAN DEMONSTRASI TKD SEMPENA MALAM ANUGERAH

Assalammualaikum…

Jutaan terima kasih kepada para ibubapa yang turut serta dalam latihan sempena demo untuk ahad malam nanti. Seramai 20 pelatih hadir pada malam tersebut.
Antara pelatih yang terlibat Imran(power ranger merah), Izzat, Fadzli, Aliff, Luqman kesemua mereka ini adalah pelatih antara umur 5,6 tahun. Selain itu pelatih senior seperti faris(1st Dan), wahid(1st Dan), syafiq s.lizan(1st Dan), Izrun(1st Dan), syafiq, ameera, afif, wani,aiman adalah pelatih gred 1, shareena, syahmi, amad, denial, aina dan syahin begitu komited dalam latihan…

Tahniah!!!

Antara yang akan dipertontonkan pada malam tersebut adalah basic teknik(tumbukan + tendangan), pattern Sajo Jirugi, Dan Gun dan Yul Gok. Manakala pelatih senior akan menunjukkan teknik free sparring. Masa latihan sparring teruk izrun dan afif dibelasah bebudak 5,6 tahun nie ala-ala Young and Dangerous huhu..
Latihan berakhir pada pukul 10.30 malam..."Master" Rhee x dapat hadir kerana dalam perjalanan balik kampung kerana ahli keluarganya akan berangkat ke tanah suci Mekah..

LATIHAN SKUAD TAEKWON-DO TG MALIM, PERAK KE WAJADIRI KEBANGSAAN 2008

25 NOVEMBER 2008 (SELASA) 8.30 MALAM

Seramai 14 orang pelatih termasuk jurulatih bertemu untuk kali terakhir sebelum bermulanya Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan di P.Pinang pada 27 -30 November nanti. Ini adalah untuk memastikan persiapan pasukan sudah bersedia dan mantap dari segi teknik, kecergasan dan mental bagi menempuh cabaran di P.Pinang selain mendengar amanat terakhir daripada peg sukan. Bagaimanapun kejohanan ini adalah sebagai pendedahan kepada pelatih junior bagi mencari ilmu dan pengalaman untuk lebih maju suatu hari kelak. Pasukan akan memberi yang terbaik untuk kontinjen Negeri Perak dengan mensasarkan sekurang-kurangnya 2 pingat.

Pada malam tersebut komitmen seperti Amir, Faris, Wahid, Amin, Bad, Malin, Shima dan turut membantu Firdaus serta tak lupa En. Hafiz yang begitu komited membantu aku dan azree dalam latihan…jasamu dikenang.

Selasa, 25 November 2008

Demo Pada 8 Nov 2008 di PSAS

Pada 8 November, sabtu malam PERTAMA telah mengadakan Demonstrasi Taekwon-Do Atas jemputan Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah bersempena Program Nite-Orientering InterPoli Seluruh Malaysia. Antara yang mengambil bahagian dalam demo tersebut adalah Pasukan Seni Silat Cekak Malaysia PSAS dan Kelab Taekwon-do PSAS berpadu tenaga dengan PERTAMA.

Pasukan Demonstrasi yang dibarisi pelatih senior dan cilik berusia 4,5 dan 6 tahun, Alhamdullilah walaupun demonstrasi ini di rancang secara ad-hoc tetapi pasukan ini berjaya manarik perhatian penonton. Para penonton rata-ratanya gembira dengan gelagat peserta cilik 4, 5 dan 6 tahun itu. Malah ada yang memuji pasukan kerana dengan persembahan si cilik itu dapat menceriakan suasana majlis tersebut.

Latihan Terakhir Sebelum Demo.
Tunggu giliran untuk demo ke dik?..
Sedang Beraksi!!
Sessi Bergambar selepas Demo.

Isnin, 24 November 2008

Apa Ada Dengan Latihan Pusat?

Latihan pusat, Latihan pusat... Mula dari Sabtu 8 pagi hingga tengahari. Sambung pula belah petang. "Master" Rhee datang belah petang sabtu dan kena dera dengan VPA ambil kelas.

Pelatih terdiri daripada Amir, Faris, Wahid, Arfi, Syazwan, Jeff, Cma Wabbit, Malin Kodang, Bad, Amin dan Aela.. Training jauh dan setinggi penghargaan kepada Saudara Hafiz(New-Advisor PSAS TKD CLUB)yang sudi bersama berlatih, berpanas dan berhujan..budak2 ni wat kodang, dia pun wat kodang,..Jeff wat Sam-ill, dia pun wat Sam-ill..baguslah Bro..semangat ini yang dituntut..

CERITA2 SEPANJANG TEMPOH LATIHAN...

Sepanjang 2 hari latihan ni...keadaan cuaca agak kurang baik sket pukul 3 mesti hujan akan tetapi tidak mematahkan semangat juang dorang nie...pagi2 dah jogging keliling poly, sampai tak breakfast ish..ish..tapi terima kasih pada BAD dan MALIN(EXCO KELAB & PERSATUAN JPP TUH..) sebagai pembekal CHOKI-CHOKI..

Tengah2 training..si Amir tak habis dengan ucapan "ISH PERUT NI MACAM BERCAKAP JA" maka dengan kuasa yang ada pada "Master" Rhee..telah mengarahkan sms kepada VPA..untuk roti canai...maka latihan diteruskan...tak lama kemudian tibalah VPA dengan roti canainya dan air 100plus...macam anak burung dorang nie..sampaikan kami yang orderkan nie makan bersepah. Lagi2 "Master" Rhee, kesian dier, tinggal jauh dibelakang mengejar makanan itu...huhu...pepun perjuangan belum selesai...si VPA pulak tak habis-habis "dengan kuasa yang ada aku maka aku melantik..." sampai ke hari ini...PADDAYAPPA BETOL...huhu

Ujian Peningkatan Talipinggang Kali Terakhir Bagi Sesi 2008

MGTF Tanjong Malim pada 9 November 2008 telah mengadakan Ujian Peningkatan Talipinggang bagi pelatih junior dan senior dibawah Program Pembangunan Taekwon-Do Sekolah bertempat di Bangunan IPSI, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tg Malim. Program tersebut telah dilaksanakan oleh Master Amir Md Noor 8th Degree Blackbelt selaku pemeriksa dan Presiden MGTF.

Peserta yang terlibat adalah dikalangan Pelatih PERTAMA MGTF, Politeknik Sultan Azlan Shah dan Kelab Taekwon-Do MRSM Felda. Turut memeriahkan majlis adalah Prof Madya Dr. Kamarulzaman selaku penasihat program, En Kamarul Bahari Penyelaras Badan Beruniform wakil kepada Pengarah Pusat Ko UPSI , Cikgu Yazid wakil Penasihat Kelab Taekwon-Do MRSM dan AJK MGTF Tg Malim Pn Radiah selaku Bendahari Kehormat yang mendapat cuti pada hari tersebut.

Pada ujian tersebut ramai pelatih mendapat DOUBLE PROMOTION dan 7 orang telah dinaikkan ke Darjah Pertama Talipinggang Hitam. Terdiri daripada Muhd Faris Zulbakri, Mohd Nor Wahid A.Faris, Muhd Zubair Kamarulzaman, Mohd Syafiq Saiful Lizan, Mohd Izmirul Izrun, Noraliah Basirah M. Sani dan Maizatul Shahima Siali.

Mohd Nor Wahid menerima pemakaian talipinggang dari Master Amir

Bergambar selepas Ujian.


Pelatih-pelatih ini mendapat bimbingan daripada Sir Mohd Azrul Izwan Anuar, Sir Azhari Omar dan Sir Ariffin Suratman. Kami amat berterima kasih kepada Presiden MGTF yang sudi membimbing kami dan pelatih-pelatih dalam mengembangkan seni Taekwon-Do di Tanjong Malim ini. Master Amir Md Noor 8th Degree Blackbelt yang juga Pengarah Bahagian Pembangunan Dasar Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia amat memahami akan dasar dan keperluan pendidikan masa kini.


Juga tidak lupa Cikgu Fiza atas komitmen dan sokongan beliau kepada pembangunan Kelab Taekwon-Do MRSM..Biar Jasa Jadi Kenangan

Latihan Pusat Untuk Wajadiri Kebangsaan 2008

Pada 22 dan 23 November 2008, PERTAMA telah mengadakan sesi latihan intensif bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. Seramai 13 orang pelatih termasuk para jurulatih giat mengadakan persiapan bagi menghadapi kejohanan yang akan berlansung pada 27-30 November di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Ini adalah satu kebanggan apabila PERTAMA sekali lagi diberi mandat oleh Malaysian Global Taekwon-Do Federation dan Jabatan Belia & Sukan Negeri Perak bagi mewakili MGTF Perak. Latihan yang diadakan selama 2 hari ini menitikberatkan aspek kecergasan fizikal, teknik sparring dan seni Pattern.

Sesi latihan telah diadakan pada waktu pagi dan petang ini dikendalikan oleh saudara Azhari selaku Pengurus Pasukan/Jurulatih, saudara Ariffin selaku pengendali teknik sparring dan saudara ewan bagi seni pattern dan kecergasan.

Detik Penubuhan PERTAMA TAEKWON-DO

PERSATUAN TAEKWON-DO DAERAH TANJONG MALIM(MGTF) atau singkatannya PERTAMA adalah persatuan gabungan Malaysian Global Taekwon-Do Federation, mula diasaskan secara tidak rasmi oleh Saudara Mohd Azrul Izwan Anuar pada awal Februari 2006. Ahli seramai 60 orang dikalangan pelajar sekolah kebangsaan pada peringkat awalnya.

Latihan yang diadakan dua kali seminggu pada ketika itu berjaya membuahkan hasil apabila PERTAMA pada penyertaan sulongnya di Kejohanan Taekwon-Do Jemputan Kebangsaan anjuran Din's Taekwon-Do Academy di Shah Alam, telah berjaya mengungguli kategori bawah 12 tahun. Pencapaian yang dikecapi dalam tempoh setahun adalah di luara dugaan dan ia mencetuskan semangat berkobar-kobar untuk menberikan yang terbaik kepada pelatih.

Awal tahun 2007, dengan sokongan sahabat seperjuangan Azhari Omar dan Ariffin Suratman bagi merealisasikan amanah Presiden Persekutuan Taekwon-Do Global Malaysia, Lt Komander Master Amir Md Noor untuk menubuhkan sebuah persatuan taekwon-do MGTF bagi mewakili negeri Perak bukan perkara mudah, kerana pada ketika itu wujud kekosongan badan gabungan bagi mewakili MGTF di peringkat negeri. Maka kami acap kali memerah idea untuk menjana aktiviti Taekwon-Do MGTF di Tanjong Malim. Memandangkan PERTAMA masih lagi hijau usianya, kami kerap kali bekerjasama dengan Kelab Taekwon-Do Politeknik Sultan Azlan Shah dalam sebarang aktiviti dan acap kali mendapat liputan dalam media mengenai kejayaannya.

Setiap aktiviti dan ujian peningkatan talipinggang PERTAMA akan dikawal selia oleh Lt Kdr Master Amir Md Noor, 8th Degree Blackbelt juga merupakan Pengarah Bahagian Pembangunan Dasar, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia amat memahami keperluan dan dasar Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi.

Selama tiga tahun menempuh berbagai halangan dan cabaran, PERTAMA terus berkembang dan menghasilkan kejayaan menerusi kejohanan-kejohanan yang disertainya. Kami sentiasa menjana aktiviti Taekwon-Do MGTF seperti Program Beladiri Wanita, Seminar Taekwon-Do, Rekreasi dan ibadah serta kecemerlangan akademik dan turut serta dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak Persekutuan Taekwon-Do Global Malaysia. Kami juga mengadakan system mentor dikalangan pelatih kerana mentor boleh dijadikan ikutan yang penting bagaimana mentor itu dapat memberi tambah nilai kepada seseorang untuk berjaya dan menjadi lebih baik.

Titik tolak itu kami mengambil inisiatif untuk berdaftar dengan Kementerian Belia Dan Sukan. Para jurulatih PERTAMA juga telah mendapat pengikhtirafan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pengajian Tinggi sebagai Jurulatih Bertauliah dan berdaftar untuk sekolah kebangsaan, menengah dan pengajian tinggi.

Berkat kesabaran dan sokongan daripada semua pihak, kelas taekwon-do di bawah seliaan PERTAMA semakin berkembang antaranya Program Pembangunan Sekolah Rendah, Fakulti Sc Kognitif dan Pembangunan Manusia UPSI, yang menggabungkan pelajar-pelajar sekolah sekitar Tanjong Malim dan daerah berhampiran, Politeknik Sultan Azlan Shah, Maktab Rendah Sains Mara FELDA dan banyak lagi. Pelatih PERTAMA terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Methodist, SK Tanjong Malim, SK Behrang, Sk Slim River, SK Ulu Bernam, Selangor, SMK Khir Johari, MRSM FELDA, Trolak, Politeknik Sultan Azlan Shah dan Program Pembangunan Taekwon-Do Sekolah dengan kerjasama Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia,UPSI.

Kesempatan ini kami mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Abg Sani MD. KSSB EON Servis, Yg Bhg Ayahanda Tn. Haji Mohd Fadzil, YB Dato Mohd Khusairi Ketua UMNO Tg Malim, EXCO Negeri Perak merangkap ADUN BEHRANG YB Jamaluddin Md Radzi, Mrs Joyce Lee-PanjalingamAdvocates & Solicitors, Muhammad Ganeson & Nazri, Manmohan Kuna & Associates, Abg Khairuddin Lim, Teratak Abe Jo, Prof Madya Dr Kamarulzaman, Fook Ban Sin Realty Sdn Bhd, Sahabat2 Jurulatih Senior Sir Eizam, Sir Din DTA, Ustaz Mansur, Sir Nik AKTA, Sir Rosnan, Mr Lee Kin Seng, Sir Din Sariju, Abg Zul, Cheq det (Afif) dan adik beradik seluruhnya...kerana menyokong perjuangan ini.
* maaf jika nama yang x disebut terlalu ramai...Peluang oleh Persekutuan Taekwon-do Global Malaysia untuk mewakili Negeri Perak dalam Kejohanan Taekwon-Do Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa 2008 yang dirasmikan oleh Menteri Belia & Sukan Malaysia adalah sebagai pemangkin semangat. Kejayaan memenangi 2 pingat Gangsa merupakan satu permulaan yang baik bagi kami.

BERSAMA MENJADIKAN MALAYSIA PUSAT BELADIRI DUNIA.
HIDUP SIHAT & CERGAS.
PERAK No 1.

Isnin, 17 November 2008

Isu yang Pertama - Salam Semua

Salam

Blog ini adalah blog tidak rasmi Persatuan Taekwon-do Daerah Tanjong Malim, PERTAMA - PERAK MGTF.

Tujuan blog ini diadakan adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat khususnya para pelatih PERTAMA dan sesiapa sahaja yang mengamalkan seni beladiri diri amnya.

Semoga dengan adanya blog ini dapat memberi manfaat dan informasi kepada kita semua.

HIDUP PERTAMA!!!

UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
PERPADUAN DAN BERDISIPLIN MELALUI SENI BELADIRI