Isnin, 31 Mei 2010

Pengumuman - Kelas Batal & Latihan Pusat

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dengan ini di umumkan bahawa:-

1. Kelas Pada Sabtu ini 5 Jun 2010 DIBATALKAN disebabkan oleh Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipetuan Agung.

2. Latihan Pusat untuk Skuad Perak ke Kejohanan Kebangsaan 2010 akan bermula pada 7 Jun 2010, Hari  Isnin. Kepada para pelatih yang telah dipilih sila hadirkan diri anda di Pusat Sukan PSAS pada Hari Isnin Jam 8.30 pagi.

Harap Maklum

Isnin, 10 Mei 2010

Ujian Kenaikan Talipinggang

Salam

Alhamdullilah, pada 25 April 2010, hari Ahad bertempat di Bangunan Ipsi di UPSI telah diadakan ujian kenaikan talipinggang kali pertama untuk tahun 2010.

Hampir 90 orang pelatih Taekwon-do PERTAMA yang terdiri dari pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, Sek Keb Methodist Tg Malim, Sek Men Keb Methodist Tg Malim, SMK Khir Johari, Program Pembangunan Pelajar Sekolah Rendah UPSI, Politeknik Sultan Azlan Shah dan Maktab Rendah Sains Mara Felda.

Ujian dikendalikan oleh Master Dr. Amir Mohd Nor.8th Dan Blackbelt, President MGTF/ Vice President GTFInternational merangkap Timb Ketua Pengarah JPP Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia