Memaparkan catatan dengan label Kilauan Permata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kilauan Permata. Papar semua catatan

Isnin, 28 Jun 2010

Kejohanan Kebangsaan

Salam

Alhamdullilah, Segala puji bagi Allah SWT, pada kejohanan kebangsaan 2010 telah berlalu dengan baik sekali tanpa insiden-insiden yang tidak di ingini.

Setelah berkampung selama lebih kurang 2 minggu. Maka dengan muka gembiranya para peserta Perak mendapat baju jaket untuk kejohanan. Jaga elok-elok baju tu. Mahal tuh.. hehehe

Ada Sir kata sapa dapat emas maka dengan baju jaket boleh dibawa pulang. Jika mendapat pingat Perak boleh dibawa balik tetapi dengan syarat 'hidung'nya harus dikerat dahulu.. Aduh sadisnya.. hehehe


Alhamdullilah, Seperti tahun lepas pasukan Perak menghantar 2 pasukan. Tahun ini Pasukan Perak menghantar 2 pasukan juga. Tahun lepas pasukan ke 2 hanya disertai oleh peserta lelaki sahaja. Kali ini pasukan ke 2 di sertai oleh peserta perempuan.


Pengurus pasukan Perak bersama penyumbang-penyumbang pingat.
Dari kiri: Badriah, Naim, Pengurus dan Arfi.

Pengurus Pasukan bersama dengan pemenang pingat emas Lightweight

Pencapaian pingat pasukan Perak:-

Perak A : 1 Emas, 2 Gangsa
Perak B: 1 Emas, 2 Perak

Semoga pada tahun-tahun akan datang pasukan Perak akan lebih menyinar lagi.

Isnin, 4 Januari 2010

PSAS - Hari Kejohanan

Salam

Kejohanan bermula pada 27 Disember 09 iaitu pada hari Ahad. Pada pagi itu sir-sir datang dengan membawa khabar yg agak mengejutkan para peserta PSAS semua. Sir memberitahu dan mengarahkan semua pemengang talipinggang hitam di larang untuk mengambil bahagian dalam acara Colour Belt berkumpulan. Arahan dari malam tadi rasanya. Ini menyebabkan 2 orang di gugurkan dari kumpulan dan terpaksa membawa 2 peserta lain untuk berlatih pattern secara berkumpulan. Malah peserta untuk couple pattern di rombak dan ganti dengan peserta lain.

Dengan hanya tinggal beberapa minit sebelum pertandingan boleh bayangkan berapa 'hebat'nya pattern yang akan kami persembahkan nanti. hehehe. Sebelum itu, pada hari rabu iaitu 3 hari sebelum kejohanan bermula, kami juga mendapat makluman bahawa peserta Black Belt dan Colour Belt diasingkan acaranya. Mendengar ini, rombakan terpaksa di buat juga. Pattern lain terpaksa di latih. Kami terpaksa bermula dari bawah semula. Apabila pagi pertandingan itu sir memberi taklimat dan memaklumkan bahawa ada rombakan lagi, maka rombakan kali ke 2 di lakukan. Dimana hanya tinggal beberapa minit sahaja sebelum pertandingan.
Ada peserta pada asalnya memasuki beberapa acara tetapi digugurkan setelah menerima taklimat dan makluman dari Sir. Hanya 2 acara sahaja disertainya. Tengok dari air mukanya memang air muka hampa la. Nasib baik tidak menangis tergolek-golek. hehehehe

Pertandingan di mulakan dengan pattern individu, couple dan berkumpulan. Boleh bayangkan kualiti pattern yang dipersembahkan dengan hanya beberapa minit latihan untuk couple dan berkumpulan. Memang ada kesalahan yang ketara. Walaubagaimana pun syabas diucapkan kepada para peserta PSAS kerana berani ke hadapan dalam mempersembahkan pattern tersebut. Walaupun begitu, dalam acara pattern individu PSAS mendapat 3 pingat gangsa dari peserta yg baru sahaja menyertai mana-mana kejohanan. Tahniah di ucapkan.

Setelah selesai acara pattern maka bermulalah saingan acara Sparring individu dan sparring berkumpulan. Alhamdullilah 5 pingat emas dapat di'kail' di sini. Ada juga peserta yg menjadi 'target' sir untuk mendapat emas dalam acara sparring ini tetapi tidak menjadi. Apa tidaknya?.. Masa perlawanan akhir itu langkah dan lenggoknya persis perlawanan boxing antara si Labu dan Labi dalam cerita Labu Labi. Nasib baik la dia tak tertidur dalam ring tu. hehehehe. Ada juga yang tewas pada awal pusingan akibat 'kurang angin'. Apa yang kamu buat ini sampai 'pancit' sangat haa?..... Orang lain pusingan awal elok sahaja stamina. Adehhhh... Tidak mengapa, lepas ini, memang kena 'dera'lah dengan sir untuk kekuatan stamina.

Peserta PSAS yang mendapat emas adalah
1. Amir - Sparring Middleweight Lelaki.
2. Helmi - Sparring heavyweight Lelaki.
3. Farah - Sparing Lightweight Wanita.
4. Nor Amalina - Sparring Black Belt Terbuka Wanita.
5. Nazreen - Sparring Black Belt Lelaki bawah 56kg.

Cuma acara sparring berkumpulan mendapat pingat gangsa bagi kategori lelaki dan wanita. Alhamdullilah ok la dari tidak mendapat apa-apa.

Jadi keseluruhan pungutan pingat pasukan PSAS adalah 5 Emas, 2 Perak dan 7 Gangsa.

Malam 27 Disember 09 diadakan juga perasmian Majlis Sukan Politeknik yang mana dalam majlis ini menghimpunkan semua para peserta Taekwon-do dan Silat di Dewan Utama. Semua para peserta terlibat tanpa terkecuali.Pada hari Isnin 28 Disember 09 setelah selesai sudah pertandingan maka Majlis Perasmian Penutupan dilakukan sendiri oleh Grandmaster Dato Dr Sabree Salleh yang sudi menjejakkan kali ke POLISAS. Terima Kasih Dato'.

Alhamdullilah PSAS mendapat tempat ke 3 keseluruhan. Lebih baik dari sebelumnya. Insyallah kita kena kuatkan azam, bulatkan tekad, tingkatkan usaha dan jauhkan pandangan supaya dalam Kejohanan MSP pada masa hadapan kita akan mendapat yang lebih baik lagi.

Bersambung....

Jumaat, 1 Januari 2010

PSAS - Perjalanan dan Hari Pertama di POLISAS

Salam

Pertama sekali ucapan Selamat Tahun Baru 2010 kepada sekelian pembaca dan pelayar setian blog PERTAMA ini.

Berakhir sudah Kejohanan Taekwon-do Majlis Sukan Politeknik 09 yang berlangsung di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan (POLISAS), Pahang Darul Makmur. Cuma sayangnya blog ini di isi dengan berita yang agak terkini tetapi memandangkan sir-sir agak sibuk pada masa dan hari kejohanan di sambung pula dengan cuti tahun maka berita tentang PSAS di kejohanan MSP ini agak lewat sedkit. Walaubagaimanapun masih hangat lagi. kedapatan para peserta PSAS yang masih lenguh-lenguh, sengal-sengal dan sakit disana-sini pada badan mereka.

Ok Kita mulai...

Pada 26 Disember 09 yang lalu, kontinjen PSAS yang terdiri dari pasukan TKD dan Silat telah bertolak dari PSAS kira-kira pukul 7am. 2.5 jam lewat dari jadual asal. Ini berikutan masalah teknikal yang timbul pada saat akhir. Begitupun, Alhamdullilah setelah selesai masalah tersebut maka perjalanan di berjalan dengan lancar dan selamat sampai ke POLISAS. Rasanya kontinjen PSAS adalah antara kontinjen yang terawal sampai ke POLISAS ini.
Setelah sampai ke POLISAS ini, maka urusan pengindapan untuk para peserta dan pengiring diuruskan dengan baik sekali oleh Pn Suhartini. Dalam 2.30pm kami turun sekali lagi untuk timbang berat. Dalam sesi ini kami terpaksa mengugurkan seorang peserta kami dalam acara sparring oleh kerana mesin penimbang yang 'salah' baca. hehehehe. Walaupun peserta itu sudah berlari & main skipping sampai berpeluh-peluh. Namun masih berat lagi. Makan tembaga rasanya para peserta ini, itu yang berat tu.. heheheheh

Apa nak buat?... Ada peraturan kami ikut sahajalah. Untuk makluman juga, sebelum bertolak seorang peserta terpaksa digugurkan dengan rela atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Jadi 2 orang peserta tidak dapat menyertai kontinjen ini pada awal-awal lagi. Tetapi tidak mengapa, perjuang tetap diteruskan. Dapat diperhatikan dari air muka para peserta tidak terjejas pun semangat mereka untuk bertanding dalam kejohanan ini.

Sesi timbang berat berakhir dengan cepat sekali kerana Kontinjen PSAS adalah yang terawal dalam sesi ini. Jadi kami berangakat ke luar untuk mencari barang sesuap nasi kerana para peserta dilarang untuk makan kerana kuatir berat akan lebih had dari yang sepatutnya. Takut-takut sir marah pula.

Jadi kami menaiki bas dan bertolak ke Teluk Chempedak. Rasanya majoriti diantara kami ini, inilah kali pertama menjejakkan di Pantai Teluk Chempedak (TC). Semasa kami tiba di TC ini, alhamdullilah cuaca sangat baik sekali. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Penunjung tidaklah ramai sangat. Keadaan tidak sesak. Memberi kami peluang untuk menikmati pandangan indah TC ini.

Setelah menjamu selera, ada para dikalangan peserta PSAS bermain pasir dan air laut di pantai TC. Ada juga meronda-ronda di sekitar TC yang mana banyak gerai-gerai di pacak di TC ini. Maklumlah PSAS jauh dari pantai. Lagipun ini peluang yang ada. Jadi para peserta ini bermain air laut sambil mengambil gambar untuk kenangan.Setelah beberapa lama bercanda di pantai TC ini kami pun pulang ke POLISAS.

Bersambung...

Khamis, 24 Disember 2009

Latihan PSAS ke MSP

Salam

Sempena Kejohanan Taekwon-do MGTF Majlis Sukan Politeknik 09 di Polisas Kuantan yang bermula pada 26 - 30 Disember 09 ini. Latihan pusat untuk para pelatih Politeknik Sultan Azlan Shah giat dijalankan.

Latihan fasa pertama telah dijalankan pada pertengahan November 09 yang lalu yang mana hampir semua pelatih hadir dalam sesi latihan. Latihan fasa pertama ini hanya berlangsung selama 4 hari sahaja. Tambahan pula latihan ini hanya dalam bentuk 'pengenalan' bagi mendedahkan kepada para pelatih intipati atau 'isi' dalam kejohanan tersebut.

Alhamdullilah fasa pertama berjalan dengan lancar sekali.

Fasa ke2 pula adalah lanjutan dari fasa pertama. Yang mana jangkamasa latihan adalah lebih panjang lagi. Iaitu selama seminggu atau 7 hari. Latihan pemantapan pattern dan teknik sparring dijalankan sepanjang tempoh ini. Oh ya... Fasa ke2 ini bermula dari Sabtu yang lalu iaitu 19 Disember dan akan berakhir pada 25 Disember iaitu pada hari Jumaat ini.

Para pelatih ditunjukan juga 3 klip video dari Sir yang menunjukan teknik-teknik sparring. Walaupun bukan klip video Taekwon-do sepenuhnya namum dapat juga dilihat akan keberkesanan teknik-teknik yang ditunjukan. Tambahan pula bila sir menyebut orang dalam klip video itu kawan belakang rumahnya. hehehehe. Pandai sir buat lawak.

Semoga Team PSAS berjaya dalam MSP nanti.

Jumpa anda di sana.

Khamis, 25 Jun 2009

Kejohanan Kebangsaan 09

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
.
Kontijen Perak bertolak dari Tanjong Malim lebih kurang 3.15 pm dan sampai di Politeknik Shah Alam dalam 4.30pm. Sudah tentu kami datang dengan bas, cuma sir yang seorang tu bawa kereta.
Anak siapalah yang comel nih?...

Dalam 5pm kami ke Dewan Utama untuk timbang berat. Apa yang terjadi?.. Ahaaa ada 2 3 orang peserta yang terlebih berat dan sangat kurang berat. Terpaksa la sir menyuruh peserta ni jogging sambil memakai baju panas tu. Lama juga la jogging, setelah 2 3 kali timbang, Alhamdullilah berjaya juga akhirnya dalam kategori itu. Ada juga peserta kami terpaksa beralih atau turun kategori kerana sangat kurang berat badannya. Maklum la jaga makan 3 4 hari sebelum kejohanan.

Pada hari pertama kejohanan, pasukan Perak dalam acara pattern samada individu, couple dan berkumpulan tidak berjaya meraih pingat. Bahkan ada kesalahan dalam pattern berkumpulan dan couple. Mungkin gugup pertama kali beraksi di peringkat kebangsaan. Tapi tidak mengapa, jadikan ia sebagai pengalaman dan pengajaran yang berguna. Sekurang-kurang kita belajar. Tetapi jika kita melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang kali, itu makna kata tidak belajarlah dari kesilapan sebelum ini.

Pada hari kedua, kontigen Perak masih lagi mengambil bahagian dalam acara sparring. Samada individu dan berkumpulan. Alhamdullilah kami boleh ter"tahan" agak lama sedikit. Mungkin undian yang 'agak' menyebelahi kami dalam acara sparring berkumpulan rasanya.

Jumlah pingat yang diperolehi oleh Kontigen Perak hanya 1 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa. Emas dalam acara Individu Sparring kategori Mikroweight, Perak dalam Team Sparring dan Gangsa dalam acara Individu Sparring kategori Hyperweight. Pencapaian yang agak baik sedikit dari tahun lepas. Tahun lepas Kontigen Perak hanya memperolehi 2 pingat gangsa sahaja.

Kesimpulannya, bagi muka-muka baru yang terlibat dalam kejohanan Kebangsaan ini, ambil sebanyak mungkin pengalaman dan jadikannya sebagai pengajaran seterusnya dapat membaiki dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai Taekwon-do.
Sir Azhari dan Sir Iwan bersama En. Azlan Ghani. Editor Majalah Beladiri
Dengan Kontijen MSP
Bersama Master Amir dan Ustaz Mansur Manni.

Selasa, 25 November 2008

Demo Pada 8 Nov 2008 di PSAS

Pada 8 November, sabtu malam PERTAMA telah mengadakan Demonstrasi Taekwon-Do Atas jemputan Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah bersempena Program Nite-Orientering InterPoli Seluruh Malaysia. Antara yang mengambil bahagian dalam demo tersebut adalah Pasukan Seni Silat Cekak Malaysia PSAS dan Kelab Taekwon-do PSAS berpadu tenaga dengan PERTAMA.

Pasukan Demonstrasi yang dibarisi pelatih senior dan cilik berusia 4,5 dan 6 tahun, Alhamdullilah walaupun demonstrasi ini di rancang secara ad-hoc tetapi pasukan ini berjaya manarik perhatian penonton. Para penonton rata-ratanya gembira dengan gelagat peserta cilik 4, 5 dan 6 tahun itu. Malah ada yang memuji pasukan kerana dengan persembahan si cilik itu dapat menceriakan suasana majlis tersebut.

Latihan Terakhir Sebelum Demo.
Tunggu giliran untuk demo ke dik?..
Sedang Beraksi!!
Sessi Bergambar selepas Demo.