Memaparkan catatan dengan label Emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Emas. Papar semua catatan

Selasa, 27 Julai 2010

Kejohanan Seni Mempertahankan Diri 2010

Salam

 Skuad TAEKWON-Do MGTF Perak

Alhamdullilah PERTAMA sekali lagi berpeluang menyertai Kejohanan Seni Mempertahankan Diri 2010 (SMD 2010) yang berlangsung di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. SMD 2010 berlangsung dari 22 Julai - 25 Julai 2010. Lebih kurang 12 displin seni beladiri berkampung di ibu negeri Perak ini. Antaranya adalah
1. Taekwon-do MGTF
2. Taekwon-do ITF
3. Silat Seni Gayong Malaysia
4. Silat Cekak Malaysia
5. Silat Kegayongan Acheh Helang Putih
6. Wushu
7. Ghosin-Ryu Karate
8. Shito-Ryu Karate
9. Silat Lincah
10. Chenshin Taiji Quan dll

Kumpulan Teknikal - Memudahkan dan Meringankan kerja-kerja semasa Kejohanan Berlangsung. Tahniah!

Sebelum itu pemilihan  telah di jalankan memandangkan ramai fighters PERTAMA telah tamat pengajian. Biasa la People come and go. Ada mula ada akhir. Ada siswa baru, ada siswa lama. Ada yang baru masuk, ada yang telah tamat belajar, berhijrah atau kembali ketempat asal pula. Kita kena buka lembaran baru. Buka cerita baru, sejarah baru..

Tak dapat bergambar dengan DYAM Raja Dihilir pun tidak mengapa.. Bergambar dengan Kereta pun ok lah

SMD 2010 telah di rasmikan oleh D.Y.A.M. Raja Jaafar bin Raja Muda Musa merangkap DYAM Raja Di Hilir Perak pada Jumaat 23 Julai 9 malam. Pada pengamatan saya, upacara perasmian ini di jalankan dengan cara yang ringkas tetapi padat. Tidak meleret-meleret. Bagus juga memandangkan ada peserta yang keletihan.

Untuk displin Taekwon-do MGTF, pertandingan telah dijalankan di Dewan Serbaguna Sekolah Perempuan Raja Taayah. Agak besar juga dewan ini. Lengkap dengan Surau sekali. Cuma alangkah baiknya jika acara yang melibatkan MGTF ini di jalankan di hypermarket atau supermarket seperti Shito-Ryu dan Ghosin-Ryu karate yang berlangsung di hypermarket yang terkenal. Ini secara tidak langsung memberi iklan secara percuma  sekaligus menaikkan imej dan nama  terhadap pertubuhan itu. Walaubagaimanapun, insyallah di masa-masa akan datang, MGTF berpeluang untuk  melangsungkan acara pertandingan di hypermarket. 

Pada Hari Sabtu pagi lebih kurang 10 pagi, Grandmaster Dato Sabree Salleh hadir dan memberi sedikit pesanan kepada para peserta dan hadirin sekelian. Antara yang disentuhnya adalah Seminar beladiri yang lepas dan yang akan datang, kejohanan-kejohanan MGTF dll. Kemudian sesi bergambar di adakan.

Kejohanan di teruskan hingga ke petang. Alhamdullilah Pasukan Perak berjaya memperbaiki prestasi dari tahun lepas dengan pungutan pingat 3 Emas, 1 Perak dan 4 gangsa. Pasukan Perak berada di tangga ke dua di belakang Skuad Pahang.
Kepada peserta yang berjaya diucapkan tahniah. Yang tidak berjaya semoga dapat berusaha dengan lebih gigih lagi. Untuk mendapat kilauan emas memang sukar, untuk mempertahankan kilauan emas adalah lebih sukar.

Semoga Pasukan Perak  lebih maju dan Berjaya di mana-mana kejohanan pada masa akan datang! Insyallah!
Amir:  Emas - Sparring Kategori Middleweight Lelaki. Sudah berubah nampaknya. Dari juara tempat ke 3 ke pemenang pingat emas. hehehehe
 Norfaizah: Emas - Sparring Kategori Middleweight Perempuan.

Norapida: Emas - Sparring Kategori Lightweight Perempuan
Azizah: Perak - Sparring Kategori Microweight Perempuan
Fakrul Faiz: Gangsa - Sparring Kategori Lightweight Lelaki
Nazreen: Gangsa - Sparring Kategori Microweight Lelaki. Datang dari jauh tuuuu.. Sanggup menunggang motorsikal lebih kurang 400km dari Kuantan semata-mata untuk menyertai SMD 2010 ini. Di Kuantan beliau sedang menjalani Latihan Industri.
Helmi: Gangsa - Sparring Kategori Hyperweight Lelaki. Ini bidan terjun punya peserta. Nasib baik dia tidak terjun hotel... hehehehehe.

 Wahid - Gangsa - Acara Pattern. Ni adik Sir Ewan nih... hehehehe


Terima Kasih

Khamis, 7 Januari 2010

PSAS - Perjalanan Pulang

Salam

Selesai sudah pertandingan, maka kami pun bermalamlah untuk semalam lagi. Pada malam akhir itu kami kami keluarlah untuk makan malam sambil menyelusuri sungai di Bandar Kuantan. Ramai kaki pancing disepanjang sungai ini rupa-rupanya. Kalau tahu mahu ada yang bawa joran rasanya. hehehehe
Bergambar dulu sebelum pulang.
Semua 'control' ayu dan 'control' macho.

Pada keesokan harinya waktu pagi sebelum pulang kami menjenguk-jenguk barang sejam dua rakan-rakan kami yang bertanding dalam Silat Olahraga. Silat Olahraga masih belum habis pertandingannya. Agak riuh dan meriah juga keadaan dalam dewan ini kerana sorakan para penyokong masing-masing. Untuk makluman Silat Olahraga dan Taekwon-do dipertandingkan di dewan yang berasingan.

Kami mendapat berita duka bahawa seorang peserta silat PSAS mendapat kecederaan dan terpaksa dimasukkan hospital. Pada mulanya memang kami bercadang untuk melawat peserta tersebut tetapi memandangkan waktu melawat yang diberitakan agak lewat. Dengan berat hati terpaksa kami batalkan niat untuk melawat itu sambil Pn Suhartini mengesa para peserta mendoakan kesembuhan keatas peserta tersebut.

Kami teruskan perjalanan pulang tetapi sebelum itu kami singgah dahulu di rumah seorang peserta PSAS yang kebetulan berada di Kuantan. Eloklah tu, dapatlah makan percuma, 'save' bajet sekit dan bolehlah beli buah tangan semasa singgah dimana-mana nanti. Terima Kasih Nazreen. Setibanya kami di rumah Saudara Nazreen, kami disambut oleh ibubapa dan saudara mara beliau. Besarnya kawasan rumah sampai bas PSAS pun boleh muat. Siap boleh undur lagi. Untunglah siapa yang kahwin dengan Nazreen nanti. heheheheh
Punya kusyuk ambil makanan sampai orang ambil gambar pun tak sedar.
Bedal, bedal jangan tak bedal. Sekali je ni sampai Rumah Nazreen nih.

Gendang Gendut Tali Kecapi
Kenyang Perut Suka hati.
Perhatikan wajah-wajah ceria selepas makan.
hehehehehe
Ini gambar diambil sejurus sebelum berlepas pulang.

Setelah puas mem'bedal' di rumah Nazreen kami pun meneruskan perjalanan pulang. Dalam perjalanan pulang itu kami singgahlah di R&R Temerloh Barat, Ligamas & Masjid Kuala Kubu Bahru Sebelum sampai di PSAS.

Kita Jumpa Lagi Di MSP.

Jumaat, 1 Januari 2010

PSAS - Perjalanan dan Hari Pertama di POLISAS

Salam

Pertama sekali ucapan Selamat Tahun Baru 2010 kepada sekelian pembaca dan pelayar setian blog PERTAMA ini.

Berakhir sudah Kejohanan Taekwon-do Majlis Sukan Politeknik 09 yang berlangsung di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan (POLISAS), Pahang Darul Makmur. Cuma sayangnya blog ini di isi dengan berita yang agak terkini tetapi memandangkan sir-sir agak sibuk pada masa dan hari kejohanan di sambung pula dengan cuti tahun maka berita tentang PSAS di kejohanan MSP ini agak lewat sedkit. Walaubagaimanapun masih hangat lagi. kedapatan para peserta PSAS yang masih lenguh-lenguh, sengal-sengal dan sakit disana-sini pada badan mereka.

Ok Kita mulai...

Pada 26 Disember 09 yang lalu, kontinjen PSAS yang terdiri dari pasukan TKD dan Silat telah bertolak dari PSAS kira-kira pukul 7am. 2.5 jam lewat dari jadual asal. Ini berikutan masalah teknikal yang timbul pada saat akhir. Begitupun, Alhamdullilah setelah selesai masalah tersebut maka perjalanan di berjalan dengan lancar dan selamat sampai ke POLISAS. Rasanya kontinjen PSAS adalah antara kontinjen yang terawal sampai ke POLISAS ini.
Setelah sampai ke POLISAS ini, maka urusan pengindapan untuk para peserta dan pengiring diuruskan dengan baik sekali oleh Pn Suhartini. Dalam 2.30pm kami turun sekali lagi untuk timbang berat. Dalam sesi ini kami terpaksa mengugurkan seorang peserta kami dalam acara sparring oleh kerana mesin penimbang yang 'salah' baca. hehehehe. Walaupun peserta itu sudah berlari & main skipping sampai berpeluh-peluh. Namun masih berat lagi. Makan tembaga rasanya para peserta ini, itu yang berat tu.. heheheheh

Apa nak buat?... Ada peraturan kami ikut sahajalah. Untuk makluman juga, sebelum bertolak seorang peserta terpaksa digugurkan dengan rela atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Jadi 2 orang peserta tidak dapat menyertai kontinjen ini pada awal-awal lagi. Tetapi tidak mengapa, perjuang tetap diteruskan. Dapat diperhatikan dari air muka para peserta tidak terjejas pun semangat mereka untuk bertanding dalam kejohanan ini.

Sesi timbang berat berakhir dengan cepat sekali kerana Kontinjen PSAS adalah yang terawal dalam sesi ini. Jadi kami berangakat ke luar untuk mencari barang sesuap nasi kerana para peserta dilarang untuk makan kerana kuatir berat akan lebih had dari yang sepatutnya. Takut-takut sir marah pula.

Jadi kami menaiki bas dan bertolak ke Teluk Chempedak. Rasanya majoriti diantara kami ini, inilah kali pertama menjejakkan di Pantai Teluk Chempedak (TC). Semasa kami tiba di TC ini, alhamdullilah cuaca sangat baik sekali. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Penunjung tidaklah ramai sangat. Keadaan tidak sesak. Memberi kami peluang untuk menikmati pandangan indah TC ini.

Setelah menjamu selera, ada para dikalangan peserta PSAS bermain pasir dan air laut di pantai TC. Ada juga meronda-ronda di sekitar TC yang mana banyak gerai-gerai di pacak di TC ini. Maklumlah PSAS jauh dari pantai. Lagipun ini peluang yang ada. Jadi para peserta ini bermain air laut sambil mengambil gambar untuk kenangan.Setelah beberapa lama bercanda di pantai TC ini kami pun pulang ke POLISAS.

Bersambung...

Isnin, 22 Disember 2008

Mulanya Disini...

Salam

PERTAMA bermula apabila Encik Mohd Azrul Izwan Anuar atau Sir Ewan ditugaskan di Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim (SKTM), Tanjong Malim, Perak. Alhamdullilah dengan berkat usaha beliau dan sokongan dari rakan-rakan dan masyarakat setempat, beliau dapat membuka Kelab Taekwon-do MGTF di sekolah tersebut. Seterusnya menjadi guru penasihat kepada Kelab Taekwon-do SKTM. Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.
Dengan Usaha beliau untuk mengembangkan Taekwon-do, beliau telah mengadakan kelas latihan 3 kali dalam seminggu dan majoriti pelajar hadir dalam latihan tersebut dan memang bersemangat untuk menjalani latihan. Tambahan lagi apabila Ujian kenaikan Talipinggang sendiri dilakukan oleh Presiden MGTF sendiri Master Amir Md. Noor.
Alhamdullilah pada 2006 SKTM telah menghantar pelatih-pelatih ke Kejohanan anjuran Dins Taekwon-do Academy di Politeknik Shah Alam (PSA). Bermula dari kejohanan di PSA ini, pada tahun yang berikutnya para pelatih cilik ini dihantar ke kejohanan yang lain. Kami mensasarkan sekurang-kurangnya 2 kejohanan Taekwon-do dalam setahun untuk pelatih-pelatih PERTAMA menyertainya.

Rabu, 26 November 2008

LATIHAN SKUAD TAEKWON-DO TG MALIM, PERAK KE WAJADIRI KEBANGSAAN 2008

25 NOVEMBER 2008 (SELASA) 8.30 MALAM

Seramai 14 orang pelatih termasuk jurulatih bertemu untuk kali terakhir sebelum bermulanya Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan di P.Pinang pada 27 -30 November nanti. Ini adalah untuk memastikan persiapan pasukan sudah bersedia dan mantap dari segi teknik, kecergasan dan mental bagi menempuh cabaran di P.Pinang selain mendengar amanat terakhir daripada peg sukan. Bagaimanapun kejohanan ini adalah sebagai pendedahan kepada pelatih junior bagi mencari ilmu dan pengalaman untuk lebih maju suatu hari kelak. Pasukan akan memberi yang terbaik untuk kontinjen Negeri Perak dengan mensasarkan sekurang-kurangnya 2 pingat.

Pada malam tersebut komitmen seperti Amir, Faris, Wahid, Amin, Bad, Malin, Shima dan turut membantu Firdaus serta tak lupa En. Hafiz yang begitu komited membantu aku dan azree dalam latihan…jasamu dikenang.