Isnin, 4 Januari 2010

PSAS - Hari Kejohanan

Salam

Kejohanan bermula pada 27 Disember 09 iaitu pada hari Ahad. Pada pagi itu sir-sir datang dengan membawa khabar yg agak mengejutkan para peserta PSAS semua. Sir memberitahu dan mengarahkan semua pemengang talipinggang hitam di larang untuk mengambil bahagian dalam acara Colour Belt berkumpulan. Arahan dari malam tadi rasanya. Ini menyebabkan 2 orang di gugurkan dari kumpulan dan terpaksa membawa 2 peserta lain untuk berlatih pattern secara berkumpulan. Malah peserta untuk couple pattern di rombak dan ganti dengan peserta lain.

Dengan hanya tinggal beberapa minit sebelum pertandingan boleh bayangkan berapa 'hebat'nya pattern yang akan kami persembahkan nanti. hehehe. Sebelum itu, pada hari rabu iaitu 3 hari sebelum kejohanan bermula, kami juga mendapat makluman bahawa peserta Black Belt dan Colour Belt diasingkan acaranya. Mendengar ini, rombakan terpaksa di buat juga. Pattern lain terpaksa di latih. Kami terpaksa bermula dari bawah semula. Apabila pagi pertandingan itu sir memberi taklimat dan memaklumkan bahawa ada rombakan lagi, maka rombakan kali ke 2 di lakukan. Dimana hanya tinggal beberapa minit sahaja sebelum pertandingan.
Ada peserta pada asalnya memasuki beberapa acara tetapi digugurkan setelah menerima taklimat dan makluman dari Sir. Hanya 2 acara sahaja disertainya. Tengok dari air mukanya memang air muka hampa la. Nasib baik tidak menangis tergolek-golek. hehehehe

Pertandingan di mulakan dengan pattern individu, couple dan berkumpulan. Boleh bayangkan kualiti pattern yang dipersembahkan dengan hanya beberapa minit latihan untuk couple dan berkumpulan. Memang ada kesalahan yang ketara. Walaubagaimana pun syabas diucapkan kepada para peserta PSAS kerana berani ke hadapan dalam mempersembahkan pattern tersebut. Walaupun begitu, dalam acara pattern individu PSAS mendapat 3 pingat gangsa dari peserta yg baru sahaja menyertai mana-mana kejohanan. Tahniah di ucapkan.

Setelah selesai acara pattern maka bermulalah saingan acara Sparring individu dan sparring berkumpulan. Alhamdullilah 5 pingat emas dapat di'kail' di sini. Ada juga peserta yg menjadi 'target' sir untuk mendapat emas dalam acara sparring ini tetapi tidak menjadi. Apa tidaknya?.. Masa perlawanan akhir itu langkah dan lenggoknya persis perlawanan boxing antara si Labu dan Labi dalam cerita Labu Labi. Nasib baik la dia tak tertidur dalam ring tu. hehehehe. Ada juga yang tewas pada awal pusingan akibat 'kurang angin'. Apa yang kamu buat ini sampai 'pancit' sangat haa?..... Orang lain pusingan awal elok sahaja stamina. Adehhhh... Tidak mengapa, lepas ini, memang kena 'dera'lah dengan sir untuk kekuatan stamina.

Peserta PSAS yang mendapat emas adalah
1. Amir - Sparring Middleweight Lelaki.
2. Helmi - Sparring heavyweight Lelaki.
3. Farah - Sparing Lightweight Wanita.
4. Nor Amalina - Sparring Black Belt Terbuka Wanita.
5. Nazreen - Sparring Black Belt Lelaki bawah 56kg.

Cuma acara sparring berkumpulan mendapat pingat gangsa bagi kategori lelaki dan wanita. Alhamdullilah ok la dari tidak mendapat apa-apa.

Jadi keseluruhan pungutan pingat pasukan PSAS adalah 5 Emas, 2 Perak dan 7 Gangsa.

Malam 27 Disember 09 diadakan juga perasmian Majlis Sukan Politeknik yang mana dalam majlis ini menghimpunkan semua para peserta Taekwon-do dan Silat di Dewan Utama. Semua para peserta terlibat tanpa terkecuali.Pada hari Isnin 28 Disember 09 setelah selesai sudah pertandingan maka Majlis Perasmian Penutupan dilakukan sendiri oleh Grandmaster Dato Dr Sabree Salleh yang sudi menjejakkan kali ke POLISAS. Terima Kasih Dato'.

Alhamdullilah PSAS mendapat tempat ke 3 keseluruhan. Lebih baik dari sebelumnya. Insyallah kita kena kuatkan azam, bulatkan tekad, tingkatkan usaha dan jauhkan pandangan supaya dalam Kejohanan MSP pada masa hadapan kita akan mendapat yang lebih baik lagi.

Bersambung....

Tiada ulasan: