Memaparkan catatan dengan label Pesanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pesanan. Papar semua catatan

Isnin, 11 Januari 2010

Kelas Akan Bermula

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pengumuman!!

Setelah selesai sudah menjalani cuti akhir tahun yang panjang dan sesi persekolahan pun telah bermula, maka dengan sukacita di umumkan kelas Taekwon-do akan dimulakan dalam bulan Januari 2010 ini.

Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim (SKTM)
Hari: Sabtu
Tarikh: 16 januari 2010
Masa: 9 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna SKTM

Pembangunan Pelajar Sekolah Rendah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Hari: Sabtu
Tarikh: 16 januari 2010
Masa: 3 petang
Tempat: Bangunan IPSI, UPSI

Para pelatih yang lama boleh datang pada masa dan hari yang ditetapkan. Kepada para pelatih yang baru, kedatangan anda dialu-alukan.

Sekian, Terima Kasih

Khamis, 23 April 2009

Pengumuman & Pesanan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada Jumaat ini iaitu 24 April 2009 pada waktu petang sir-sir Tanjong Malim akan bertolak ke Teluk Batik untuk menghadiri:-

Mungkin sir-sir akan dikursus & di'kurus'kan disini

Kursus Pemantapan & Kepimpinan NGO's Sukan MASSA 2009

Tempat : Teluk Batik Resort

Tarikh : 24-26 hb April 2009, Jumaat - Ahad

Anjuran : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
  
Habis sahaja kursus berkenaan, Sir-sir semua akan bertolak ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Transkrian untuk menghadiri Kejohanan Taekwon-do MRSM SeMalaysia. Kejohanan tersebut berlangsung dari 26 April hingga 29 April 2009, Ahad hingga Rabu. Sir-Sir hadir kejohanan ini sebagai juri atau pengadil dan ada yang menjadi jurulatih bagi MRSMF Trolak. Jadi Sir-sir semua tidak berada dalam kawasan Tanjong Malim dari petang Jumaat hingga malam Rabu iaitu selama 5 hari.
 
Jadi selama peninggalan Sir-sir ini jagalah kelas baik-baik, controllah hensem, controllah macho, controllah ayu atau semakna dengannya. hehehe. Sir-sir pergi tak lama. Siapa nak buah tangan lebih tu, pandai-pandai la bodek. Banyak 'AFUNDI', banyak la buah tangan. hehehehe
 
Kepada peserta MRSMF yang menyertai Kejohanan Taekwon-do MRSM, teruskan latihan anda. Walaupun ada kekangan masa yang tidak dapat dielakkan. Di harap kekangan masa tersebut tidak menghalang anda membawa nama MRSMF naik walaupun anda masih baru dalam arena Taekwon-do ini. Buat yang terbaik. Tidak perlu fikir apa yang MRSMF beri pada anda, anda harus fikir apa yang anda perlu beri kepada MRSMF. Yeahhh!!
 
Kepada pelatih PSAS yang terlibat dalam demo sempena hari konvokesyen PSAS pada Sabtu, 25 April, 9.00 malam nanti, lakukanlah demo pada hari itu sebagai orang lama dalam Taekwon-do. Bayangkankan anda seperti sudah biasa melakukan demo. Buat apa yang dirancangkan dan diarahkan. Jadikan demo ini sebagai batu loncatan bagi anda menaikan nama Kelab Taekwon-do PSAS dan diri anda sendiri. Yer la muka dah hensem & cun melecun takkan nak buat demo tahap "ZERO" pula. Tetapi Awas!! Jika anda membuat kesilapan yang tegar, bersiap siagalah, takut-takut 'Flying Side Kick' Sir Azhari akan diterbangkan khas datang dari Teluk Batik nanti. hehehe. Yeahhh. Buat la yang terbaik ketika demo itu nanti.
 
Berita atau gambar tentang apa yang terjadi di Teluk Batik & MRSM Transkrian ada pada entri yang akan datang setelah sir-sir balik dari Transkrian. 
 
Sekian Buat Masa Ini.

Khamis, 19 Mac 2009

Kejor Yeop Kejor

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Memula sekali bila merujuk pada tajuk diatas, bukanlah mengatakan para pelatih ni terlibat dalam skuad bola sepak yang dok asyik menggentel atau mengejor bola atau sebagainya. Ini nak citer bab lain ni.. hehehe

Cerita pasal kejor mengejor ni teringat pula teka-teki dalam Nujum Pak Belalang yang mana salah satu teka-teki berbunyi lebih kureng "Ada 2 ekor anak itik, yang mana satu jantan? Yang mana satu betina?". Jadi masa hari sayembara tu si Nujum meletakkan ke2 2 anak itik dalam air dan menunjukkan sambil mengatakan bahawa yang dihadapan itulah betina dan yang dibelakang itulah jantan. Ye la dah jadi rasmi si jantan mencari dan mengejar betina. Tetapi ini bukan juga yang hendak di ceritakan disini. hehehehe

Walabagaimanapun memang banyak para pelatih PERTAMA ini main kejar-kejar semasa rehat. Maklum la dah Sir bagi rehat, apalagi jangan lah lepaskan kan peluang untuk berkejar-kejaran. Sekali sekala yang melampau berkejar-kejaran tu memang kena marah dengan Sir. Mana Sir tak marah, selepas 'bow' Sir bagi laluan untuk pelatih lari dalam 10 pusingan sebelum sesi pemanasan badan. Banyak pusingan tu..

Dah aksi pemanasaan badan dan masuk Silibus Taekwon-do dalam sejam setengah, ruang rehat diberi untuk pelatih menghilangkan dahaga atau ke bilik termenung. Masih ada lagi yang main kejar-kejaran. Kan dah kena marah dengan Sir? hehehe

Cuma kadang-kadang kedapatan (bukan kadang-kadang, dah selalu pun, ni tulih ni nak kaver ni. hehehe) Pelatih perempuan mengejar pelatih lelaki. Tu yang teringat citer si Ahli Nujum Pak Belalang. Yer lah yang mengejar tu jantan. Tiba-tiba lain pula situasi disini lain pulak. Terpikir juga bila pulak "tukar identiti" nih? hehehe

Nak sedapkan hati, para pelatih ini baru nak naik dam belum matang lagi, jadi sudah jadi tugas Jurulatih dan para pembantunya untuk mengawal dan mendidik para pelatih ini. Lagi pun yang kejar tu atas darat bukannya di air seperti 2 ekor itik dalam filem tu. heheheh

Nak larang pun, payah juga sebab ada pelatih PERTAMA menjadi olahragawati semasa hari sukan di sekolahnya. Banyak menang pingat tu. Piala olahragawati sikit punya besar. Ini berkat main kejar-kejar masa rehat kot?.. Tetapi sorang jer pun. Kan kalau elok yang main kejar-kejar ni semua dapat jadi olahragawan & olahragawati di Sekolah masing-masing?

Jadi kepada adik-adik, kurangkanlah berkejar-kejaran. Kalau gian sangat minta pada Sir nak main kejar-kejar dalam 20 pusingan ke, 30 pusingan ke. Stamina pun dapat ditingkatkan. 1 lagi tempat latihan tu keras yang amat. Jatuh alamat benjol la. Bukan hendak melarang terus dari berkejar-kejaran, cuma ada tempat dan masa yang sesuai.

Beringat Sebelum Kena!