Jumaat, 1 Januari 2010

PSAS - Perjalanan dan Hari Pertama di POLISAS

Salam

Pertama sekali ucapan Selamat Tahun Baru 2010 kepada sekelian pembaca dan pelayar setian blog PERTAMA ini.

Berakhir sudah Kejohanan Taekwon-do Majlis Sukan Politeknik 09 yang berlangsung di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan (POLISAS), Pahang Darul Makmur. Cuma sayangnya blog ini di isi dengan berita yang agak terkini tetapi memandangkan sir-sir agak sibuk pada masa dan hari kejohanan di sambung pula dengan cuti tahun maka berita tentang PSAS di kejohanan MSP ini agak lewat sedkit. Walaubagaimanapun masih hangat lagi. kedapatan para peserta PSAS yang masih lenguh-lenguh, sengal-sengal dan sakit disana-sini pada badan mereka.

Ok Kita mulai...

Pada 26 Disember 09 yang lalu, kontinjen PSAS yang terdiri dari pasukan TKD dan Silat telah bertolak dari PSAS kira-kira pukul 7am. 2.5 jam lewat dari jadual asal. Ini berikutan masalah teknikal yang timbul pada saat akhir. Begitupun, Alhamdullilah setelah selesai masalah tersebut maka perjalanan di berjalan dengan lancar dan selamat sampai ke POLISAS. Rasanya kontinjen PSAS adalah antara kontinjen yang terawal sampai ke POLISAS ini.
Setelah sampai ke POLISAS ini, maka urusan pengindapan untuk para peserta dan pengiring diuruskan dengan baik sekali oleh Pn Suhartini. Dalam 2.30pm kami turun sekali lagi untuk timbang berat. Dalam sesi ini kami terpaksa mengugurkan seorang peserta kami dalam acara sparring oleh kerana mesin penimbang yang 'salah' baca. hehehehe. Walaupun peserta itu sudah berlari & main skipping sampai berpeluh-peluh. Namun masih berat lagi. Makan tembaga rasanya para peserta ini, itu yang berat tu.. heheheheh

Apa nak buat?... Ada peraturan kami ikut sahajalah. Untuk makluman juga, sebelum bertolak seorang peserta terpaksa digugurkan dengan rela atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Jadi 2 orang peserta tidak dapat menyertai kontinjen ini pada awal-awal lagi. Tetapi tidak mengapa, perjuang tetap diteruskan. Dapat diperhatikan dari air muka para peserta tidak terjejas pun semangat mereka untuk bertanding dalam kejohanan ini.

Sesi timbang berat berakhir dengan cepat sekali kerana Kontinjen PSAS adalah yang terawal dalam sesi ini. Jadi kami berangakat ke luar untuk mencari barang sesuap nasi kerana para peserta dilarang untuk makan kerana kuatir berat akan lebih had dari yang sepatutnya. Takut-takut sir marah pula.

Jadi kami menaiki bas dan bertolak ke Teluk Chempedak. Rasanya majoriti diantara kami ini, inilah kali pertama menjejakkan di Pantai Teluk Chempedak (TC). Semasa kami tiba di TC ini, alhamdullilah cuaca sangat baik sekali. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Penunjung tidaklah ramai sangat. Keadaan tidak sesak. Memberi kami peluang untuk menikmati pandangan indah TC ini.

Setelah menjamu selera, ada para dikalangan peserta PSAS bermain pasir dan air laut di pantai TC. Ada juga meronda-ronda di sekitar TC yang mana banyak gerai-gerai di pacak di TC ini. Maklumlah PSAS jauh dari pantai. Lagipun ini peluang yang ada. Jadi para peserta ini bermain air laut sambil mengambil gambar untuk kenangan.Setelah beberapa lama bercanda di pantai TC ini kami pun pulang ke POLISAS.

Bersambung...

Tiada ulasan: