Isnin, 24 November 2008

Detik Penubuhan PERTAMA TAEKWON-DO

PERSATUAN TAEKWON-DO DAERAH TANJONG MALIM(MGTF) atau singkatannya PERTAMA adalah persatuan gabungan Malaysian Global Taekwon-Do Federation, mula diasaskan secara tidak rasmi oleh Saudara Mohd Azrul Izwan Anuar pada awal Februari 2006. Ahli seramai 60 orang dikalangan pelajar sekolah kebangsaan pada peringkat awalnya.

Latihan yang diadakan dua kali seminggu pada ketika itu berjaya membuahkan hasil apabila PERTAMA pada penyertaan sulongnya di Kejohanan Taekwon-Do Jemputan Kebangsaan anjuran Din's Taekwon-Do Academy di Shah Alam, telah berjaya mengungguli kategori bawah 12 tahun. Pencapaian yang dikecapi dalam tempoh setahun adalah di luara dugaan dan ia mencetuskan semangat berkobar-kobar untuk menberikan yang terbaik kepada pelatih.

Awal tahun 2007, dengan sokongan sahabat seperjuangan Azhari Omar dan Ariffin Suratman bagi merealisasikan amanah Presiden Persekutuan Taekwon-Do Global Malaysia, Lt Komander Master Amir Md Noor untuk menubuhkan sebuah persatuan taekwon-do MGTF bagi mewakili negeri Perak bukan perkara mudah, kerana pada ketika itu wujud kekosongan badan gabungan bagi mewakili MGTF di peringkat negeri. Maka kami acap kali memerah idea untuk menjana aktiviti Taekwon-Do MGTF di Tanjong Malim. Memandangkan PERTAMA masih lagi hijau usianya, kami kerap kali bekerjasama dengan Kelab Taekwon-Do Politeknik Sultan Azlan Shah dalam sebarang aktiviti dan acap kali mendapat liputan dalam media mengenai kejayaannya.

Setiap aktiviti dan ujian peningkatan talipinggang PERTAMA akan dikawal selia oleh Lt Kdr Master Amir Md Noor, 8th Degree Blackbelt juga merupakan Pengarah Bahagian Pembangunan Dasar, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia amat memahami keperluan dan dasar Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi.

Selama tiga tahun menempuh berbagai halangan dan cabaran, PERTAMA terus berkembang dan menghasilkan kejayaan menerusi kejohanan-kejohanan yang disertainya. Kami sentiasa menjana aktiviti Taekwon-Do MGTF seperti Program Beladiri Wanita, Seminar Taekwon-Do, Rekreasi dan ibadah serta kecemerlangan akademik dan turut serta dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak Persekutuan Taekwon-Do Global Malaysia. Kami juga mengadakan system mentor dikalangan pelatih kerana mentor boleh dijadikan ikutan yang penting bagaimana mentor itu dapat memberi tambah nilai kepada seseorang untuk berjaya dan menjadi lebih baik.

Titik tolak itu kami mengambil inisiatif untuk berdaftar dengan Kementerian Belia Dan Sukan. Para jurulatih PERTAMA juga telah mendapat pengikhtirafan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pengajian Tinggi sebagai Jurulatih Bertauliah dan berdaftar untuk sekolah kebangsaan, menengah dan pengajian tinggi.

Berkat kesabaran dan sokongan daripada semua pihak, kelas taekwon-do di bawah seliaan PERTAMA semakin berkembang antaranya Program Pembangunan Sekolah Rendah, Fakulti Sc Kognitif dan Pembangunan Manusia UPSI, yang menggabungkan pelajar-pelajar sekolah sekitar Tanjong Malim dan daerah berhampiran, Politeknik Sultan Azlan Shah, Maktab Rendah Sains Mara FELDA dan banyak lagi. Pelatih PERTAMA terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Methodist, SK Tanjong Malim, SK Behrang, Sk Slim River, SK Ulu Bernam, Selangor, SMK Khir Johari, MRSM FELDA, Trolak, Politeknik Sultan Azlan Shah dan Program Pembangunan Taekwon-Do Sekolah dengan kerjasama Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia,UPSI.

Kesempatan ini kami mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Abg Sani MD. KSSB EON Servis, Yg Bhg Ayahanda Tn. Haji Mohd Fadzil, YB Dato Mohd Khusairi Ketua UMNO Tg Malim, EXCO Negeri Perak merangkap ADUN BEHRANG YB Jamaluddin Md Radzi, Mrs Joyce Lee-PanjalingamAdvocates & Solicitors, Muhammad Ganeson & Nazri, Manmohan Kuna & Associates, Abg Khairuddin Lim, Teratak Abe Jo, Prof Madya Dr Kamarulzaman, Fook Ban Sin Realty Sdn Bhd, Sahabat2 Jurulatih Senior Sir Eizam, Sir Din DTA, Ustaz Mansur, Sir Nik AKTA, Sir Rosnan, Mr Lee Kin Seng, Sir Din Sariju, Abg Zul, Cheq det (Afif) dan adik beradik seluruhnya...kerana menyokong perjuangan ini.
* maaf jika nama yang x disebut terlalu ramai...Peluang oleh Persekutuan Taekwon-do Global Malaysia untuk mewakili Negeri Perak dalam Kejohanan Taekwon-Do Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa 2008 yang dirasmikan oleh Menteri Belia & Sukan Malaysia adalah sebagai pemangkin semangat. Kejayaan memenangi 2 pingat Gangsa merupakan satu permulaan yang baik bagi kami.

BERSAMA MENJADIKAN MALAYSIA PUSAT BELADIRI DUNIA.
HIDUP SIHAT & CERGAS.
PERAK No 1.

Tiada ulasan: