Jumaat, 1 Januari 2010

PSAS - Perjalanan dan Hari Pertama di POLISAS

Salam

Pertama sekali ucapan Selamat Tahun Baru 2010 kepada sekelian pembaca dan pelayar setian blog PERTAMA ini.

Berakhir sudah Kejohanan Taekwon-do Majlis Sukan Politeknik 09 yang berlangsung di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan (POLISAS), Pahang Darul Makmur. Cuma sayangnya blog ini di isi dengan berita yang agak terkini tetapi memandangkan sir-sir agak sibuk pada masa dan hari kejohanan di sambung pula dengan cuti tahun maka berita tentang PSAS di kejohanan MSP ini agak lewat sedkit. Walaubagaimanapun masih hangat lagi. kedapatan para peserta PSAS yang masih lenguh-lenguh, sengal-sengal dan sakit disana-sini pada badan mereka.

Ok Kita mulai...

Pada 26 Disember 09 yang lalu, kontinjen PSAS yang terdiri dari pasukan TKD dan Silat telah bertolak dari PSAS kira-kira pukul 7am. 2.5 jam lewat dari jadual asal. Ini berikutan masalah teknikal yang timbul pada saat akhir. Begitupun, Alhamdullilah setelah selesai masalah tersebut maka perjalanan di berjalan dengan lancar dan selamat sampai ke POLISAS. Rasanya kontinjen PSAS adalah antara kontinjen yang terawal sampai ke POLISAS ini.
Setelah sampai ke POLISAS ini, maka urusan pengindapan untuk para peserta dan pengiring diuruskan dengan baik sekali oleh Pn Suhartini. Dalam 2.30pm kami turun sekali lagi untuk timbang berat. Dalam sesi ini kami terpaksa mengugurkan seorang peserta kami dalam acara sparring oleh kerana mesin penimbang yang 'salah' baca. hehehehe. Walaupun peserta itu sudah berlari & main skipping sampai berpeluh-peluh. Namun masih berat lagi. Makan tembaga rasanya para peserta ini, itu yang berat tu.. heheheheh

Apa nak buat?... Ada peraturan kami ikut sahajalah. Untuk makluman juga, sebelum bertolak seorang peserta terpaksa digugurkan dengan rela atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Jadi 2 orang peserta tidak dapat menyertai kontinjen ini pada awal-awal lagi. Tetapi tidak mengapa, perjuang tetap diteruskan. Dapat diperhatikan dari air muka para peserta tidak terjejas pun semangat mereka untuk bertanding dalam kejohanan ini.

Sesi timbang berat berakhir dengan cepat sekali kerana Kontinjen PSAS adalah yang terawal dalam sesi ini. Jadi kami berangakat ke luar untuk mencari barang sesuap nasi kerana para peserta dilarang untuk makan kerana kuatir berat akan lebih had dari yang sepatutnya. Takut-takut sir marah pula.

Jadi kami menaiki bas dan bertolak ke Teluk Chempedak. Rasanya majoriti diantara kami ini, inilah kali pertama menjejakkan di Pantai Teluk Chempedak (TC). Semasa kami tiba di TC ini, alhamdullilah cuaca sangat baik sekali. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Penunjung tidaklah ramai sangat. Keadaan tidak sesak. Memberi kami peluang untuk menikmati pandangan indah TC ini.

Setelah menjamu selera, ada para dikalangan peserta PSAS bermain pasir dan air laut di pantai TC. Ada juga meronda-ronda di sekitar TC yang mana banyak gerai-gerai di pacak di TC ini. Maklumlah PSAS jauh dari pantai. Lagipun ini peluang yang ada. Jadi para peserta ini bermain air laut sambil mengambil gambar untuk kenangan.Setelah beberapa lama bercanda di pantai TC ini kami pun pulang ke POLISAS.

Bersambung...

Khamis, 24 Disember 2009

Latihan PSAS ke MSP

Salam

Sempena Kejohanan Taekwon-do MGTF Majlis Sukan Politeknik 09 di Polisas Kuantan yang bermula pada 26 - 30 Disember 09 ini. Latihan pusat untuk para pelatih Politeknik Sultan Azlan Shah giat dijalankan.

Latihan fasa pertama telah dijalankan pada pertengahan November 09 yang lalu yang mana hampir semua pelatih hadir dalam sesi latihan. Latihan fasa pertama ini hanya berlangsung selama 4 hari sahaja. Tambahan pula latihan ini hanya dalam bentuk 'pengenalan' bagi mendedahkan kepada para pelatih intipati atau 'isi' dalam kejohanan tersebut.

Alhamdullilah fasa pertama berjalan dengan lancar sekali.

Fasa ke2 pula adalah lanjutan dari fasa pertama. Yang mana jangkamasa latihan adalah lebih panjang lagi. Iaitu selama seminggu atau 7 hari. Latihan pemantapan pattern dan teknik sparring dijalankan sepanjang tempoh ini. Oh ya... Fasa ke2 ini bermula dari Sabtu yang lalu iaitu 19 Disember dan akan berakhir pada 25 Disember iaitu pada hari Jumaat ini.

Para pelatih ditunjukan juga 3 klip video dari Sir yang menunjukan teknik-teknik sparring. Walaupun bukan klip video Taekwon-do sepenuhnya namum dapat juga dilihat akan keberkesanan teknik-teknik yang ditunjukan. Tambahan pula bila sir menyebut orang dalam klip video itu kawan belakang rumahnya. hehehehe. Pandai sir buat lawak.

Semoga Team PSAS berjaya dalam MSP nanti.

Jumpa anda di sana.

Isnin, 30 November 2009

Ujian Kenaikan Talipinggang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada 15 Novemver 2009, Ahad yang lalu Ujian Peningkatan Talipinggang bagi pelatih junior dan senior diadakan bertempat di Pusat Sukan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Program tersebut telah dilaksanakan oleh Master Amir Md Noor 8th Degree Blackbelt selaku pemeriksa dan Presiden MGTF.

Seramai kira-kira 50 orang mengambil bahagian dalam ujian ini. Peserta yang terlibat adalah dikalangan Pelatih PERTAMA MGTF, Politeknik Sultan Azlan Shah dan Kelab Taekwon-Do MRSM Felda. Turut serta adalah pelatih-pelatih dari Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim (SKTM) yang pertama kali mengambil ujian talipinggang. Sepatutnya bulan Ogos yang lalu, tetapi dibatalkan disebabkan gejala H1N1.
Pada ujian tersebut lebih kurang 15 pelatih mendapat DOUBLE PROMOTION yang mana 6 pelatih adalah dari SKTM. 2 orang telah dinaikkan ke Darjah Pertama Talipinggang Hitam.

Pelatih-pelatih yang mendapat Talipinggang Darjah Pertama adalah
1. Muhammad B Zulkifly
2. Ruzaini Bt. Azizan

Tahniah diucapkan. Semoga anda kekal dan bersama dalam latihan dan aktiviti yang dijalankan oleh PERTAMA.

Pelatih-pelatih ini mendapat bimbingan daripada Sir Mohd Azrul Izwan Anuar, Sir Azhari Omar dan Sir Ariffin Suratman.

Selasa, 17 November 2009

Anugerah Sukan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pejabat Majlis Sukan Negeri Perak telah menjamput PERTAMA menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negeri Perak 09. Anugerah Sukan ini sememangnya di adakan pada tiap-tiap tahun bagi merai dan memberi penghormatan pada persatuan, badan, orang perseorangan, keluarga yang terlibat secara aktif dan cemerlang dalam aapa jua jenia sukan

Majlis tersebut diadakan di Dewan Pejabat Majlis Sukan Negeri Perak yang bertempat di komplek sukan Majlis Bandaraya Ipoh. Bertarikh31 Nov 09 dan bermula seawall 10.00 pagi.

Alhamdullilah, Majlis Sukan Negeri Perak telah menjemput PERTAMA menghadiri majlis anugerah tersebut. Bagaikan di sorong bantal, kesemua sir telah menghadiri majlis tersebut.

Kehadiran para jemputan kehormat seperti Pengarah Sukan, Exco Belia dan Sukan Negeri Perak dan Menteri Besar sendiri iaitu Dato' Seri Dr.Zambry Abdul Kadir. Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Menteri Besar sendiri.

Majlis berlangsung dengan ringkas tetapi padat dengan isi. Tidak meleret dan berbunga-bunga. Setelah upacara perasmian berlangsung, dengan kadar segera penyampaian anugerah cemerlang sukan kepada yag layak.

Antara keputusannya, dalam kategori persatuan ..

  1. Persatuan Tang Soo Do Negeri Perak
  2. Majlis kecergasan Daerah Larut Matang
  3. Persatuan Seni Silat Gayong Daerah Taiping.

Kemudian anugerah di sampaikan kepada individu dan keluarga yang layak memenuhi kriteria. Setelah majlis penyampaian anugerah.. Acaara yang paling di gemari ramai… Itu dia Makan Tengahari. Hehehe. Sendiri mau ingat lah. Sudah tengahari.. Perut sudah lapar. Mari kita makan. hehe

Majlis tamat pada 12.30 petang.

Terima kasih

Jumaat, 30 Oktober 2009

Baru Pengenalan Sahaja

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdullilah, Kelas Taekwon-do telah beroperasi selepas kita menyambut Aidilfitri. Setelah 2 bulan berehat dari latihan Taekwon-do ini yang bermula dari bahana H1N1, bulan Ramadhan dan Aidilfitri, sudah tentu para pelatih merasa kaki amat berat. Pattern ingat-ingat lupa, teknik tendangan yang menjadi teras pada silibus Taekwon-d0 pun sudah lupa. Apatah lagi teknik 1 step sparring dan 3 step sparring.

Malah semasa kelas baru bermula di UPSI, kehadiran para pelatih amat kurang. Mungkin sibuk dengan 'Open House' dan puasa 6. Alhamdulillah kehadiran bertambah pada minggu-minggu berikutnya. Tahniah diucapkan.

Taekwon-do adalah satu pembelajaran yang berterusan sepanjang hayat. Taekwon-do bukan sekadar tumbuk, tendang, jatuhkan lawan, bertanding dan sebagainya. Ada lagi... Walaupun sudah bergelar jurulatih atau Master. Masih ada lagi pembelajaran samada kita menghalusi dan mandalami seni dalam Taekwon-do itu sendiri. Belajar semasa mengajar dalam lain perkataan "Teaching is Learning". Atau belajar dari segi pengurusan itu sendiri.

Sebahagian dari Taekwon-do adalah Self-defense atau beladiri. Yang mana diajar dan diguna pakai dalam pertarungan jalanan. Ada banyak teknik self-defense dalam Taekwon-do. Percayalah bahawa kita boleh menguasai teknik self-defense walaupun mengambil masa yang agak lama. Ada banyak teknik yang mudah tetapi praktikal dalam menangani musuh.

Pada 2 minggu yang lepas, sir ada menunjukan sedikit teknik Self-Defense. Pada mulanya sir menunjukkan pada para pelatih yang senior. Masih ada dikalangan para pelatih yang agak takut-takut. Walaupun teknik yang diajarkan itu mudah dan nampak mudah. Alhamdullilah ada juga pelatih dapat menangkap dengan cepat. Tambahan lagi setelah di'picit' oleh Sir. hehehe

Pada minggu yang berikutnya pula, sir hanya menunjukkan teknik yang mudah kepada para pelatih bertalipinggang jalur hijau hingga jalur biru. Sambil dibantu oleh Sir Shima. Tujuan sir menunjukan teknik self-defense ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pada para pelatih bahawa ini yang akan di pelajari bila jadi senior.

Hanya pertunjukkan sahaja, untuk menunjukan keberkesanan teknik yang mudah. Tahniah pada beberapa para pelatih yang sudi menjadi model utuk sir pegang, 'picit' dan jatuhkan. Kesian Sir Shima yang jadi model kena 'buli' dengan sir. Nasib baik dia tidak kata sir jahat. Tak mengapa lain kali sir buat lagi. hehehe

Jelas kelihatan kesakitan terpapar pada wajah pelatih-pelatih ini. Malah ada yang mengatakan..
1. "Tangan Patah" sambil mengoyang-goyangkan tangan sendiri.
2. "Urat Putus" Sambil memegang pergelangan tangan sendiri.
Tapi selepas itu elok je main. Menjerit, jatuh cara automatik dan mata terpejam tu biasalah.

Itu baru pengenalan sahaja pada teknik self-defense. Ada banyak lagi teknik yang belum dan harus di pelajari oleh para pelatih.

Insyallah akan datang banyak lagi teknik akan diajar pada para pelatih. Semoga para pelatih akan dapan menguasai seterusnya dapat mencipta teknik-tekni yang baru.

Selasa, 13 Oktober 2009

Sir Shariffudin Masuk Hospital


Di maklumkan kepada semua bahawa Sir Shariffudin ( DTA ) telah masuk wad di Selangor Medical Center atas sebab2 yg kami sendiri belum pasti. InsyaAllah kita semua dapat pakat-pakat ziarah sahabat dan " Guru" kita. Semoga beliau cepat sembuh.

Ahad, 20 September 2009

Selamat Hari Raya

Salam

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Kelas akan bermula selepas seminggu selepas Raya Insyallah!!