
** Sebelum ini, semasa kejohanan Kebangsaan, Kunci Kereta sorang Sir Perak patah semasa buka bonet (bonet juga). Yang ini pula tersangkut di bonet. mmmm
TIDUR yang cukup dan memuaskan merupakan sesuatu yang semakin sukar diperolehi di dalam dunia moden yang amat sibuk.
Banyak kajian telah menunjukkan bahaya waktu tidur terlalu singkat sedangkan manusia memerlukan antara tujuh ke lapan jam tidur setiap hari.
Dari kemalangan seperti kemalangan jalan raya, sehinggalah kepada bermacam penyakit lain telah dikaitkan dengan tidak cukup tidur yang kronik (berlarutan).
Kekurangan masa dan kualiti tidur dikatakan menghakis keupayaan dan fungsi badan sehingga mendedahkan kita kepada penyakit jantung, diabetes dan bermacam penyakit lain lagi.
Kualiti tidur juga kini semakin banyak menerima perhatian penyelidik kerana dikhuatiri menjejaskan hidup lebih banyak hidup penduduk dunia berbanding kurang tidur (insomnia).
Antara yang diberi perhatian adalah halangan laluan udara salur pernafasan seperti Apnea Tidur Halangan (OSA) yang boleh menyebabkan penghidap sering terjaga (tersentak) dari tidur atau berhenti bernafas selama 30 saat, berkali-kali setiap malam.
Pakar Sains Neuro (saraf) Universiti Bandar New York, Dr. William Fishbein menjelaskan terdapat juga kaitan antara tempoh dan kualiti tidur dengan daya ingatan seseorang.
Tahap ‘tidur gelombang perlahan’ iaitu tahap tidur yang nyenyak, sebelum seseorang mencapai tahap tidur bermimpi (tahap REM), dikatakan mungkin memainkan peranan penting dalam membantu kita menyelesaikan masalah.
“Mungkin otak manusia terus bekerja dalam tahap gelombang perlahan ini untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan menimbulkan idea-idea penyelesaian baru (yang tidak difikirkan sebelum tidur),” katanya.
Kajian yang dijalankan Dr. Fishbein mendapati sukarelawan yang hanya tidur pada tahap gelombang perlahan dan tidak bermimpi (tahap REM) secara automatik lebih cekap mengenali huruf-huruf tulisan Cina.
Kumpulan berkenaan dibiarkan tidur (tahap gelombang perlahan) selama 90 minit sahaja tetapi cuma 12 minit tidur pada tahap tersebut didakwa sudah cukup berkesan untuk meningkatkan daya ingatan.
Bagaimanapun, penyelidik dari Universiti California, Los Angeles pula mendapati gangguan tidur, sama ada bunyi luar, kesan usia, dengkur pasangan mahupun OSA akan menjejaskan daya ingatan untuk berminggu-minggu lamanya.
“Gangguan tidur boleh menghalang pembentukan sel baru di dalam bahagian memori otak (hippocampus).
“Ini cukup untuk mengganggu keupayaan seseorang mempelajari sesuatu yang baru, sehingga beberapa minggu lamanya selepas kualiti tidur kembali normal,” jelas Dr. Dennis McGinty dari universiti tersebut.
Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) juga menggambarkan tidak cukup atau kurang kualiti tidur sebagai satu masalah kesihatan umum yang kurang diperakui.
Tambahan pula, kajian awal Institut Kanser Kebangsaan AS sendiri menunjukkan peningkatan risiko kanser sebanyak 47 peratus bagi mereka yang mendapat kurang tujuh jam tidur setiap hari.
Bagi seseorang yang sudah membiasakan diri, mungkin tidur yang nyenyak selama empat setiap hari sudah mencukupi.
Namun, kebanyakan pakar bersetuju gangguan seperti OSA atau mana-mana tahap apnea tidur (gangguan aliran udara), gangguan luar (dengkur pasangan) dan kekangan masa tidur perlu ditangani segera bagi mengekalkan kualiti tidur.
Turut ditekan supaya mengelak amalan ‘bulimia tidur’ iaitu tidur lewat setiap malam, kemudian menghabiskan hujung minggu dengan tidur sepuas-puasnya.
Tidak perlu rasa bersalah jika anda ingin tidur selagi ia memenuhi keperluan waktu rehat dan tidak menjejaskan tugas harian.
LATIHAN
Otak mengendalikan darah sebagai pembawa oksigen dan nutrisi. Jika aliran darah terhalang, maka anda boleh samakan juga dengan aliran oksigen dan nutrisi turut terhalang. Seterusnya ia juga menghalang aliran glukosa ke otak dan menyebabkan otak kekurangan tenaga.
Jadi anda perlukan olahraga untuk melancarkan kembali aliran darah keseluruh anggota tubuh, termasuklah otak.
Olahraga akan meningkatkan kemampuan anda untuk memberi tumpuan. Latihan yang disarankan adalah yang dominan unsur AEROBIK, latihan berstruktur serta berpola tertentu seperti Berenang, Senamrobik, Jalan KakI, Berbasikal, Yoga, Kick-Boxing+Taekwon-Do atau latihan menari.
TIDUR
Tidur yang cukup sangat penting untuk menjaga kesihatan otak. Kurang tidur lebih cenderung kepada sukar member tumpuan dan mudah lupa. Meskipun kita tidur tetapi otak kita tidak tidur. Secara automatik, otak akan melakukan menyegaran, merapikan informasi dan memori. Jadi kalau tak cukup tidur maka otak akan mendapat kesannya..
MAKANAN
Berpengaruh kepada daya kerja otak. Pakar mengatakan bahawa makanan dapat membentuk kewarasan fikiran, tenaga, kekuatan memori dan konsentrasi, serta keadaan mental.
Otak memerlukan makanan yang mengandungi Asid Amino, Asid Lemak Essential dan Gula. Pengambilan makanan yang kaya dengan Omega-3 (seperti ikan, sayur-sayuran, vitamin C, E, dan kunyit banyak membantu daya kerja otak ketahap yang baik.
Typical Warm up exercises include:
Antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.
1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."
6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."
7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."
8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'
9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."
SETIAP tahun, apabila tiba musim haji, lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia bertamu di kota suci Makkatul Mukarramah, menyahut seruan Ilahi bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu.
Dalam ibadat itu, jemaah melakukan pelbagai ritual ibadat mengikut tertib, seperti tawaf, sai dan bercukur, dengan kemuncaknya melakukan wukuf di padang Arafah, yang jatuh pada 9 Zulhijjah.
Baitullah disebut juga Kaabah, yang terletak di tengah kota suci itu. Ia menjadi tumpuan utama pada musim haji, khususnya dalam pelaksanaan tawaf, dengan setiap jemaah mengelilinginya sebanyak tujuh kali.
Rumah Allah itu adalah kiblat kepada umat Islam seluruh dunia ketika menunaikan ibadat solat seharian dan Masjidil Haram yang menaungi kawasan itu menjadi masjid paling mulia dalam Islam.
Baitullah yang penuh berkat dan mulia itu dikenali juga dengan nama lain seperti al-Bait, al-Bait al-Haram, al-Bait al-Atiq dan Qiblat.
“Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Makkah, yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” (Ali-Imran: 96)
Ulama berbeza dalam mentafsirkan ayat berkenaan. Sesetengahnya mengatakan makna bait itu ialah Kaabah, sesetengahnya pula mengatakan bait itu ialah Masjidil Haram dengan dalil hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bermaksud:
“Daripada Abi Zar berkata: Aku bertanya Rasulullah s.a.w mengenai masjid yang paling awal dibina di bumi, sabdanya Masjidil Haram. Aku berkata, kemudian masjid mana? Sabdanya, Masjidil Aqsa. Aku bertanya berapa lama antara keduanya didirikan? Sabdanya, empat puluh tahun.”
Menurut cerita Ibn Zahirah al-Qarsyi, Kaabah dibina beberapa kali, iaitu oleh malaikat, Nabi Adam a.s, Nabi Ibrahim a.s, orang Quraisy, Ibn Zubair dan Hajjaj Yusuf as-Thaqafi.
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail meninggikan binaan asas Baitullah itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:127)
Selain melakukan tawaf di rumah Allah itu, satu fenomena cukup ketara diperhatikan ketika musim haji, malah pada waktu lain ketika mengerjakan umrah, ialah tindakan sesetengah tetamu yang mengucup Batu Hitam atau lebih dikenali Hajarul Aswad.
Amalan itu didakwa sebagai mencontohi kucupan diterima daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ulama menyatakan perbuatan istilam (melambai tangan) terhadapnya ketika memulakan tawaf atau mengucup Hajarul Aswad (sekiranya dapat) termasuk perkara sunat mengerjakan haji dan umrah.
Signifikan tindakan itu, sebagaimana digambarkan Saidina Umar al-Khattab, Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua: “Saya tahu anda adalah sebuah batu yang tidak mendatangkan bahaya dan faedah. Jika tidak aku melihat Rasulullah s.a.w mengucupmu, aku tidak akan mengucupmu.”
Nabi s.a.w menciumnya sebagaimana dilakukan nabi sebelumnya, sehingga Hajarul Aswad menjadi tempat bertemunya bibir kalangan nabi, orang soleh, jemaah haji dan mereka yang menunaikan umrah sepanjang sejarah.
Ia juga menjadi tempat permulaan dan akhir tawaf, sekali gus tempat mustajab dikabulkan doa.
Batu Hitam yang terletak di bahagian penjuru sebelah timur Kaabah adalah objek sangat disanjungi umat Islam. Secara kasar batu itu berukuran diameter 30 sentimeter dan 1.5 meter dari paras bawah.
Ia dikatakan pernah pecah kepada beberapa bahagian pada Zaman Pertengahan. Malah ada pihak mendakwa ia pecah menjadi berkeping-keping kepada lapan gugusan batu kecil.
Keadaan ini berlaku pada zaman Qaramithah, iaitu satu mazhab daripada Syiah Islamiyah al-Batiniyah daripada pengikut Abu Thahir al-Qarmathi yang mencabut Hajarul Aswad dan membawanya ke Ihsa' pada 319 Hijrah, tetapi kemudian dikembalikan lagi pada 339 Hijrah.
Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam di batu besar yang lain dikelilingi oleh ikatan perak dan diperkuatkan lagi dengan paku perak. Batu itulah yang dianjurkan untuk dikucup, bukannya batu di sekitarnya dan yang meliputi perak.
Antara keutamaan Hajarul Aswad kerana ia berasal daripada batu yang mulia (yaqut) dari syurga yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s agar diletakkan di satu sudut Kaabah.
Bahkan menurut tradisi Islam, batu itu berasal dari syurga pada zaman Nabi Adam a.s dan Hawa lagi, dalam keadaan putih berkilau dan bebas daripada unsur kejahatan, tetapi ia menjadi hitam kerana dosa yang diserap tahun ke tahun.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Hajarul Aswad itu diturunkan dari syurga, warna lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.”
Dikatakan juga Nabi Ibrahim a.s yang menemui Batu Hitam dan apabila baginda membina semula Kaabah, Malaikat Jibril a.s membawa batu itu keluar dan memberikan kepada baginda.
Menurut cerita, apabila Nabi Ibrahim siap membina Kaabah, dengan bantuan puteranya, Nabi Ismail a.s, Allah memerintahkan baginda melakukan tawaf.
Baginda tidak dapat menetapkan bilangan yang tepat pusingan dilakukannya. Baginda berasa mereka yang lain juga akan keliru.
Justeru, baginda berdoa kepada Allah untuk memberikannya suatu tanda untuk digunakan bagi mengira pusingan. Malaikat Jibril membawakan batu hitam terbabit kepadanya.
Bahkan, Nabi Muhammad s.a.w turut memainkan peranan dalam sejarah Hajarul Aswad. Ini kerana pada waktu pembinaan semula struktur Kaabah, Hajarul Aswad dipindahkan sementara dan bagindalah yang meletakkan semula batu terbabit di tempat asalnya.
Satu cerita yang ditemui dalam Sirah Rasulullah Ibn Ishaq menunjukkan Nabi Muhammad s.a.w menyelesaikan satu pertelingkahan di antara suku Makkah, yang masing-masing berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya.
Jalan penyelesaiannya ialah dengan memanggil semua pemimpin suku terbabit untuk mengangkat penjuru batu dengan satu kain dan kemudian Nabi Muhammad s.a.w meletakkan batu itu pada tempatnya dengan tangannya sendiri.
Umat Islam dari satu generasi ke generasi apabila mula tawaf dan selesai setiap pusingan, mengucup Hajarul Aswad, menyentuhnya dengan satu tangan atau sekadar memberikan isyarat kepadanya dari jauh
ZULHIJJAH adalah bulan kedua belas dalam takwim hijrah dan tergolong dalam bulan haram selain dari Muharam, Rejab dan Zulkaedah.
Kelebihan bulan mulia ini disebutkan Allah di dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati.
Demikianlah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya dirimu dalam bulan itu; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa. (at-Taubah: 36)
Zulhijjah bermaksud yang memiliki haji kerana rukun Islam kelima itu ditunaikan dalam bulan berkenaan. Amalan mulia ini dilakukan Nabi Ibrahim a.s dan diteruskan anak cucunya daripada keturunan Nabi Ismail a.s sehingga zaman Rasulullah s.a.w.
Bulan ini menghimpunkan banyak keistimewaan yang disediakan Allah bagi Muslim yang mengharapkan keredaan dan pengampunan Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari ini, iaitu sepuluh hari Zulhijjah.
Sahabat Baginda bertanya: Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar Baginda: Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi sesiapa yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkan ucapan tahlil (La Ilaha Illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Rasulullah s.a.w juga tidak ketinggalan menyatakan beberapa amalan yang sangat dianjurkan pada bulan ini, antaranya:
Menunaikan ibadat haji dan umrah sebaik-baik amalan.
Berpuasa pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, terutama pada hari Arafah. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Puasa pada hari Arafah dengan penuh pengharapan keredaan Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang. (Hadis riwayat Muslim)
Bertakbir (Allahu Akbar) dan membasahkan lidah dengan pelbagai zikir pada sepuluh hari Zulhijjah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum.” (al-Hajj: 28)
Disyariatkan juga bertakbir pada hari yang mulia itu sama ada pada siang atau malam terutama selepas menunaikan solat fardu (dikerjakan secara berjemaah). Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadat haji, takbir bermula dari waktu Subuh hari Arafah dan bagi yang menunaikan haji, takbir bermula pada waktu Zuhur Aidiladha pertama iaitu pada 10
Zulhijjah. Semuanya berakhir pada waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.
SEMUA orang sukakan hiburan. Malah ada ketikanya hiburan menjadi suatu keperluan bagi sesetengah orang seperti makanan dan minuman.
Alasannya, hiburan boleh mendatangkan ketenangan, mengurangkan tekanan dan menyegarkan emosi.
Benar, ketegangan dan kegersangan emosi boleh menyebabkan seseorang itu jadi pemarah, perengus, tertekan dan keresahan.
Menyuburkan emosi memang penting kerana dari situ akan timbul sikap kasih sayang, prihatin dan peka pada persekitaran sekeliling.
Tetapi apabila disebut hiburan bukanlah semata-mata yang mungkin difahami anak remaja kini iaitu nyanyian, konsert, pesta, karaoke, kelab malam atau berpeleseran saja. Malah, melihat keindahan alam, melancong, berekspedisi, berkelah atau seumpamanya adalah hiburan.
Bagi lebih jelas, kita lihat tiga kategori hiburan, iaitu:
i- Bagi seorang mukmin iman, amal ibadat, wirid dan zikir atau apa saja perbuatan yang membawa pahala daripada Allah adalah hiburan.
Ini kerana hasil daripada itu adalah ketenangan dan ketenteraman. Jiwa yang sentiasa hidup dan segar. Emosi pula terkawal.
Perkara inilah yang dimaksudkan Allah dalam al-Quran iaitu firman-Nya bermaksud: “Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang.”
ii- Hiburan kategori kedua pula iaitu apa saja cara yang dapat menghilangkan keresahan dan kerunsingan yang tidak bertentangan dengan syariat serta akidah.
Malah, jika dihayati hiburan jenis ini dapat dijadikan cara untuk mendekatkan diri pada Allah. Umpamanya, jika berkelah atau berekspedisi di samping dapat menghilangkan bosan dapat juga merasai kehebatan ciptaan Allah, meresap di jiwa lalu timbul rasa gerun kepada-Nya.
Tetapi hakikatnya, ramai yang tidak menyedari hikmah di sebalik berhibur. Jadi, hiburan hanya sekadar hiburan, terhenti setakat itu saja.
Namun, hiburan kategori ini selagi mana tidak bercanggah dan tidak memberi kesan negatif, ia ibarat ubat mengurangkan kesakitan yang dapat menghilangkan keresahan buat seketika, tetapi tidak dapat menghapuskan punca keresahan itu.
iii- Hiburan kategori ketiga pula ialah yang paling popular di kalangan ramai kini, terutama muda-mudi. Konsert artis, nyanyian yang lalai, pesta, kelab malam, berpasangan dan seumpamanya adalah menjadi hambatan hidup remaja kini.
Hiburan ini bukan saja tidak bersifat menyembuhkan, malah umpama penagihan dadah. Memang seronok, ibarat gula-gula, manis dan sedap tetapi tidak mengenyangkan.
Keseronokan itu bukan bererti kebahagiaan atau ketenangan. Malah, beransur-ansur membawa akibat buruk dan negatif pada jangka masa panjang.
Hiburan kategori ini mendatangkan kesan buruk pada hati yang tidak dapat dikesan. Hati menjadi keras, gelap, lalu terdinding daripada mendapat kelazatan mengingati Allah, malah sukar untuk menerima kebenaran.
Justeru, orang yang mendapat hiburan hakiki (sebenar) umpama mendapat hidangan dan makanan lazat lagi enak, tidak perlu lagi pada gula-gula yang tidak berkhasiat.
Selalunya hanya kanak-kanak yang amat gemar pada gula-gula, manakala golongan dewasa tidak kerana mereka lebih mengutamakan makanan mengenyangkan.
Dewan Berlangsungnya Malam Anugerah tersebut. Ambil sebelum orang datang beramai-ramai.
Malin dan Amir. Tahniah!!
Para pemenang bergambar dengan Penasihat dan Jurulatih.
Peace Brother!!! Kami sedang menunggu giliran Demo ni..
Kenapa semua orang pandang sana ek? mmmm Bingung sekejap.
Sekali lagi bergambar tetapi dengan Sir Azhari dan Sir Iwan lepas Demo.
Ucapan KSU KBS
Perak Pun dapat Yeop!!
Acara Selingan..
Dah Meletup!!
Kaya, Kaya, Kaya.. Kalu la menang Olimpik.. Confirm Kaya!! Hehe Berangan Sekejap.
Ni Gambar sebelum dilepaskan pergi..
Dalam perjalanan perjalanan pulang kami melalui Terminal Bas dan Kompleks Penjaja Majlis Perbandaran Seberang Prai. Sebelum meneruskan perjalanan sempat juga kami singgah McD Bukit Jambul.