Khamis, 25 Disember 2008

Dalam Akhbar 2008

Salam

Dibawah ni ada beberapa keratan akhbar untuk tatapan pembaca semua. Biasa la promote. Alhamdullilah sepanjang tahun ini masuk juga PERTAMA dalam akhbar-akhbar (Bunyi macam banyak akhbar pulak. Tapi kalau banyak apa salahnya. hehe) Ok, mari kita lihat apa yang PERTAMA hantar kepada akhbar-akhbar ni..
Keratan akhbar ini memang kami tidak sangka keluar keluar pada bulan yang sama. Kami rasakan akan keluar pada bulan Disember 08. Alhamdullilah keluar juga pada bulan yang sama. jarak grading test dengan tarikh keluar dalam Harian Metro hanya 2 minggu sahaja. Harian Metro, Ahad - 23 November 08. Posting mengenainya ada pada tajuk Ujian Kenaikan Talipinggang Kali Terakhir. Alhamdulillah ada juga kawan-kawan yang sms tentang kelibat keratan ini dalam Harian Metro. Terima kasih atas sokongan tuan-tuan.

Cuba teka siapa dalam bulatan emas itu?

Yang ini pula bukanlah mengenai PERTAMA, tapi dah alang-alang ada kelibat muka familiar tu (sapa tu ek?), terus saje ambil buat simpanan. Dipikir-pikir hendak disimpan, jadi kuning pula, elok juga dipublish disini untuk tatapan semua. Tuan-tuan jangan tidak tahu, malam 31 Ogos tu ada juga dikalangan Sir-sir Perak ni masuk dalam TV3, tapi sesaat 2 je.. Tapi sir-sir ini sumer tak sempat nak melayan dan menonton kelibat sendiri dalam TV (ala PM masuk TV hari-hari orang tak kisah pun). Keesokkan pagi itu pada 1 November 08, bila tahu je ada sorang Sir masuk dalam Kosmo, terus sms sir itu dan Sir tu dengan segera (tak sempat sarapan lagi tu) pergi kedai Mamak dan beli akhbar Kosmo itu. Ingatkan gambar semua kontijen negeri, tetapi seorang sahaja yang masuk. ok la tu dari takde apa-apa.

Yang ini pula keluar dalam Harian Metro, Khamis - 17 April 08. Gambar ini di ambil semasa Kejohanan di Kulim, di Politeknik Sultanah Bahiyah (Salah Sila betulkan) pada bulan March 08, sebulan sebelum keluar Harian Metro. Lama juga untuk keluar dalam akhbar ye? Gambar ni bukan semua perserta PERTAMA yang ada pada hari itu dapat diambil. Biasa la, ada yang sedang makan, bersama ibubapa, ke kantin dll. Jurulatih pun ada sorang sahaja yang bergambar.

Kepada semua pelatih-pelatih, akan datang Insyallah jika ada rezeki dan diizinkan Allah, kita akan masuk akhbar lagi.

Tiada ulasan: