Isnin, 29 Disember 2008

Kau Kunci Kunciku di Bonet Kereta Ku

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Cerita pasal kunci ni bila terdengar lagu RR (siapa terrer boleh teka la), terus teringat peristiwa semasa dalam perjalanan ke Pulau Pinang yang lepas. Sebelum cerita pasal kunci tu kena cerita pasal kereta Saga tu dulu. Kereta saga ni milik seorang Sir di Tanjong Malim. Kira kereta ke 2 la. Kaya orang Malaysia ni, 1 family sampai ada 2, 3 biji kereta. Walaupun saga lama, enjin ok - tip top, penyaman udara pun ok, memang tidur kalau naik kereta ini. Saga ini pernah di pandu uji oleh serorang sir Perak, semasa pergi ke Pejabat Belia & Sukan Perak di Ipoh pada Oktober 08 yang lalu. Semasa bertolak Tanjong Malim ke Ipoh mengambil masa dalam 1 jam 30 min. Itu kira standard lah tu. Semasa balik dari Ipoh ke Tanjong Malim mengambil masa dalam 1 jam 30 min juga, tetapi campur masa makan di R&R selama 30 min. Makna kata perjalanan dari Ipoh ke Tanjong Malim hanya 1 jam sahaja setelah di tolak masa makan 30 min.

Disini bukan hendak cerita betapa cepat dan handal nya sir yang membawa kereta tu tetapi nak cerita mengenai meter saga tu. Ok begini, selepas balik dari Ipoh tu, seperti biasa dah pinjam kereta tu, pulangkan lah balik, nak jadi cerita, empunya kereta bagitau yang saga ni meternya tidak betul. Sir tu kata dia pergi Shah Alam dengan Wajanya pun 1 jam dengan kelajuan 140km/j. Dengan saga ini pun masa yang diambil dalam 1jam. Tetapi meter hanya menunjukan 110 atau 120 km/j. Jadi terkedu sekejap sir yang membawa saga tu ke Ipoh. Ye lah, dari Behrang/Tanjong Malim ke Shah Alam jaraknya +-93km. Pandu +-140km/j boleh sampai dalam sejam. Jarak Behrang/Tanjong Malim ke Ipoh +-126km dan boleh sampai dr Ipoh (dari Pejabat KBS Perak) ke Behrang 1 jam (dah tolak masa makan 30 min), agak-agak berapa laju ek?... Sir tu pun tak tau, yang dia tau meter tu ada la cecah 150km/j, itu pun sekali sekala je. Superb tak kereta saga tu?

Ok la berbalik pada tajuk asal. Hendak dijadikan cerita, kejadian ini berlaku semasa perjalanan ke USM. Lepas taklimat di KBS Perak, kami bertolak ke Pulau Pinang. Dalam pukul 5 petang itu kami singgah di Masjid di Seberang Jaya, Perai untuk solat. Selepas solat tu, masa tu tak lah kelam kabut, seorang peserta ni mahu mengambil bagnya, selepas dibuka bonet saga ni, kunci itu langsung ditanggalkan dan diletakkan di atas bonet, kemudian bonet itu di buka. jadi secara automatik kunci itu dengan senangnya mengelongsur jatuh dan tersangkut dicelah bonet saga tu. pada masa yang sama 2 3 orang yang berada di saga tu pun tidak sedar (Mana nak sedar semua berkobar-kobar, dah nak menyeberang jambatan Pulau Pinang ni) akan kesangkutan kunci itu tadi. Bila sudah barang diambil dari bonet, dengan pantas terus ditutupnya bonet itu. Apa yang terjadi?.. hehehe Kau Kunci Kunciku di Bonet Kereta Ku. Kemudian ramai-ramai pakat-pakat hendak keluarkan kunci itu, segala macam pencungkil digunakan pun tidak berjaya. Akhirnya Sir yang menumpang saga itu mengeluarkan pisau Rambo (dia "rembat" dari Rambo masa si Rambo tu shooting filem. hehe) dan mengerat besi "key-chain" itu. Togel la Kunci tu tanpa "key-chain" dan dapatlah kami bertolak ke USM, Pulau Pinang. Alhamdulillah.

Oh Kunci Ku. Mengapa la kau tersangkut di sini?..

Biasanya memang kita letak barang diatas bonet kereta, kemudian membuka bonet kereta tersebut. Memang biasa beg kecil atau besar akan tersangkut talinya pada bonet itu. Semoga kejadian ini membuatkan kita semua berhati-hati dan sedar semasa membuat sesuatu perkara. Amin.


** Sebelum ini, semasa kejohanan Kebangsaan, Kunci Kereta sorang Sir Perak patah semasa buka bonet (bonet juga). Yang ini pula tersangkut di bonet. mmmm

Tiada ulasan: