Terima Kasih
Selasa, 27 Julai 2010
Kejohanan Seni Mempertahankan Diri 2010
Terima Kasih
Isnin, 28 Jun 2010
Kejohanan Kebangsaan
Pencapaian pingat pasukan Perak:-
Perak A : 1 Emas, 2 Gangsa
Perak B: 1 Emas, 2 Perak
Semoga pada tahun-tahun akan datang pasukan Perak akan lebih menyinar lagi.
Isnin, 31 Mei 2010
Pengumuman - Kelas Batal & Latihan Pusat
Dengan ini di umumkan bahawa:-
1. Kelas Pada Sabtu ini 5 Jun 2010 DIBATALKAN disebabkan oleh Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipetuan Agung.
2. Latihan Pusat untuk Skuad Perak ke Kejohanan Kebangsaan 2010 akan bermula pada 7 Jun 2010, Hari Isnin. Kepada para pelatih yang telah dipilih sila hadirkan diri anda di Pusat Sukan PSAS pada Hari Isnin Jam 8.30 pagi.
Harap Maklum
Isnin, 10 Mei 2010
Ujian Kenaikan Talipinggang
Alhamdullilah, pada 25 April 2010, hari Ahad bertempat di Bangunan Ipsi di UPSI telah diadakan ujian kenaikan talipinggang kali pertama untuk tahun 2010.
Hampir 90 orang pelatih Taekwon-do PERTAMA yang terdiri dari pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, Sek Keb Methodist Tg Malim, Sek Men Keb Methodist Tg Malim, SMK Khir Johari, Program Pembangunan Pelajar Sekolah Rendah UPSI, Politeknik Sultan Azlan Shah dan Maktab Rendah Sains Mara Felda.
Ujian dikendalikan oleh Master Dr. Amir Mohd Nor.8th Dan Blackbelt, President MGTF/ Vice President GTFInternational merangkap Timb Ketua Pengarah JPP Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Sabtu, 13 Mac 2010
Memo : Kepada Semua Sekolah PPD Batang Padang
MOHON PERHATIAN
KEPADA :
GURU-GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SEKOLAH DAERAH BATANG PADANG
MERUJUK KEPADA SURAT PPD.BP.03/015/001 BERTARIKH 10 MAC 2010.
KEPADA SEMUA SEKOLAH-SEKOLAH YANG MEMPUNYAI UNIT BADAN BERUNIFORM DAN KELAB TAEKWON-DO (GTF, ITF, WTF, MTF, MTA, MTC) MENENGAH DAN RENDAH DIKEHENDAKI MENGAMBIL BAHAGIAN BAGI KEJOHANAN TERSEBUT. PENYERTAAN TIDAK TERHAD.
SILA RUJUK INFO SEMASA PORTAL PPD BATANG PADANG, BERTARIKH 24 FEB 2010 ATAU LAYARI www.pibgskmethodist.blogspot.com ATAU www.pertamataekwondo.blogspot.com BAGI MEMUAT TURUN SURAT JEMPUTAN, BORANG PENYERTAAN DAN PERATURAN KEJOHANAN SEPERTI YANG DIPERSETUJUI OLEH PEJABAT PELAJARAN DAERAH BATANG PADANG.
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI
EN. ABDUL RAZAK BIN SALLEH
PENYELIA KOKURIKULUM PPD BATANG PADANG
016-5390096
ATAU
SEKRETARIAT KEJOHANAN :
EN. MOHD MAZLI B MOHD ARIFF
GURU BESAR SK METHODIST
TG MALIM
019-559 1773
TEL/FAX : 05-4596332 PEJABAT
EN MOHD AZRUL IZWAN ANUAR
KETUA PANITIA PEND. JASMANI & PEND. KESIHATAN
SK METHODIST TG MALIM
012-2300669
FUTURE CHAMPIONS!!! BERILMU , BERAMAL DAN BERJAYA
Isnin, 8 Mac 2010
Kejohanan Taekwon-do Jemputan IPT & Sekolah Daerah Batang Padang
Ini satu berita baik.
Pada 3 - 4 April 2010 akan diadakan
Kejohanan Taekwon-do Jemputan IPT dan Sekolah Daerah Batang Padang
Bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah, Tg.Malim
Kejohanan ini penyertaannya adalah dari Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan IPTA dan IPTS.
Ianya telah dipaparkan di portal PPD Batang Padang.
Tuan-tuan di jemput hadir untuk menyaksikan Kejohanan ini.
Sebarang kemuskilan boleh dikemukakan pada Sir Azhari 019 6452 671, Sir Ewan 012 2300 669
Terima Kasih.
Isnin, 11 Januari 2010
Kelas Akan Bermula
Pengumuman!!
Setelah selesai sudah menjalani cuti akhir tahun yang panjang dan sesi persekolahan pun telah bermula, maka dengan sukacita di umumkan kelas Taekwon-do akan dimulakan dalam bulan Januari 2010 ini.
Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim (SKTM)
Hari: Sabtu
Tarikh: 16 januari 2010
Masa: 9 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna SKTM
Pembangunan Pelajar Sekolah Rendah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Hari: Sabtu
Tarikh: 16 januari 2010
Masa: 3 petang
Tempat: Bangunan IPSI, UPSI
Para pelatih yang lama boleh datang pada masa dan hari yang ditetapkan. Kepada para pelatih yang baru, kedatangan anda dialu-alukan.
Sekian, Terima Kasih

















