Isnin, 10 Mei 2010

Ujian Kenaikan Talipinggang

Salam

Alhamdullilah, pada 25 April 2010, hari Ahad bertempat di Bangunan Ipsi di UPSI telah diadakan ujian kenaikan talipinggang kali pertama untuk tahun 2010.

Hampir 90 orang pelatih Taekwon-do PERTAMA yang terdiri dari pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, Sek Keb Methodist Tg Malim, Sek Men Keb Methodist Tg Malim, SMK Khir Johari, Program Pembangunan Pelajar Sekolah Rendah UPSI, Politeknik Sultan Azlan Shah dan Maktab Rendah Sains Mara Felda.

Ujian dikendalikan oleh Master Dr. Amir Mohd Nor.8th Dan Blackbelt, President MGTF/ Vice President GTFInternational merangkap Timb Ketua Pengarah JPP Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Tiada ulasan: