Isnin, 29 Jun 2009

Kejohanan Seni mempertahankan Diri ( SMD ) 2009 part 1

Alhamdulillah Tahun 2009, PERTAMA sekali lagi di pilih untuk menyertai SMD 2009 bertempat di Alor Setar , Kedah. Mula-mulanya nak di buat di Kelantan, tapi last minut batal sebab Sultan Kelantan gering. Semoga Tuanku cepat sembuh. Tapi tak kisah lah mana pun , janji lawan tetap lawan. Kali ini Perak mempertaruhkan 5 peserta lelaki dan 4 wanita ( Sorang tarik diri last minute, Mak tak bagi ..adoi laa ). Sir yg ikut pun sorang saja, sebab yg lain ada mcm2 urusan..Nasib baik ada 2 pensyarah politeknik yg ikut. So tak lerr rasa terbeban sgt nak jaga anak dara dan teruna yg telah gatai semua tu heheheh. Selepas menjalani latihan intensif selama 2 minggu dan mengharungi kejohanan National 2009 di Shah Alam, Team perak lebih bersedia kali ini. Dengan semangat yg berkobar-kobar pada 25 Jun 2009 jam 10.30 pagi team perak bergerak meninggalkan Tg.Malim menuju ke Alor setar. Di pertengahan perjalanan kami singgah di Tapah sebab ramai yg tak breakfast lagi. Tapi tu kira BRUNCH laa ( breakfast and lunch ).
Kami sampai di Stadium Sultan Abdul Halim lebih kurang jam 4 ptg. Masih ramai lagi kontingen yg belum mendaftarkan diri. Kira kami yg terawal lah juga. Abis daftar, JBS perak bagi lagi baju tambahan warna kuning. Bersilau mata Pokcik tengok hah. Mengenangkan Driver bus penat bawa kami semua, kami bagi baju tu kat dia. So utk Sir takde lah yeee..Lepas daftar pelatih rasa lapar lagi. Semua jak pergi makan. Kuat melantak betoii laa depa nie

Pi pulak kat Food Court depan Mahlamah Alor setar ( lbh kurang 300 meter dari Stadium ). Ada jual durian, manggis dan rambutan. Mmg tengah musim buah kat alor Setar sekarang nie. Apa lagi si Helmi terus beli buah durian. Faris pun follow. Malam tu faris sakit perut..Padan muka hang..sapa suh makan tak baca bismillah. Sir kata ok , hari ni hang pa semua boleh mentekedarah apa saja. malam ni hang pa semua posa. Esok nak kena timbang. Lepas makan check-in kat Hotel Lavender ( Budget Hotel laa nii ). Better laa dari Kontigen Sarawak dan Sabah yg kena kat Puyu Inn. depa kata tempat tu rumah teres jaa. semua masuk dok sekali. Best tu!!!

Malam tu Sir kena pi meeting Teknikal kat Sentosa Hotel. So Sir bersama Sir Kelvin ( Jurulatih Melaka ) dan Jurulatih N9 join sekali naik Van pergi sentosa Hotel. Pelatih, sir suruh pi Stadium buat latihan. Jam 11 malam semua dah balik dan masuk tiduk. Sir pun balik awai sebab takde activity sampingan hehehe. Geng semua tak mai..Lagipun bini ikut mahhh.


Esoknya jam 8 pagi team perak dah terpacak kat Stadium. Sir arahkan utk buat warming-up sikit. Event mcm biasa bermula dgn Pattern dan kemudian free sparring. 1 hari je dah abis semua event. Ok laa. At least boleh rehat dan jalan2 sikit. Oklah sambung at part 2.

Khamis, 25 Jun 2009

Kejohanan Kebangsaan 09

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
.
Kontijen Perak bertolak dari Tanjong Malim lebih kurang 3.15 pm dan sampai di Politeknik Shah Alam dalam 4.30pm. Sudah tentu kami datang dengan bas, cuma sir yang seorang tu bawa kereta.
Anak siapalah yang comel nih?...

Dalam 5pm kami ke Dewan Utama untuk timbang berat. Apa yang terjadi?.. Ahaaa ada 2 3 orang peserta yang terlebih berat dan sangat kurang berat. Terpaksa la sir menyuruh peserta ni jogging sambil memakai baju panas tu. Lama juga la jogging, setelah 2 3 kali timbang, Alhamdullilah berjaya juga akhirnya dalam kategori itu. Ada juga peserta kami terpaksa beralih atau turun kategori kerana sangat kurang berat badannya. Maklum la jaga makan 3 4 hari sebelum kejohanan.

Pada hari pertama kejohanan, pasukan Perak dalam acara pattern samada individu, couple dan berkumpulan tidak berjaya meraih pingat. Bahkan ada kesalahan dalam pattern berkumpulan dan couple. Mungkin gugup pertama kali beraksi di peringkat kebangsaan. Tapi tidak mengapa, jadikan ia sebagai pengalaman dan pengajaran yang berguna. Sekurang-kurang kita belajar. Tetapi jika kita melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang kali, itu makna kata tidak belajarlah dari kesilapan sebelum ini.

Pada hari kedua, kontigen Perak masih lagi mengambil bahagian dalam acara sparring. Samada individu dan berkumpulan. Alhamdullilah kami boleh ter"tahan" agak lama sedikit. Mungkin undian yang 'agak' menyebelahi kami dalam acara sparring berkumpulan rasanya.

Jumlah pingat yang diperolehi oleh Kontigen Perak hanya 1 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa. Emas dalam acara Individu Sparring kategori Mikroweight, Perak dalam Team Sparring dan Gangsa dalam acara Individu Sparring kategori Hyperweight. Pencapaian yang agak baik sedikit dari tahun lepas. Tahun lepas Kontigen Perak hanya memperolehi 2 pingat gangsa sahaja.

Kesimpulannya, bagi muka-muka baru yang terlibat dalam kejohanan Kebangsaan ini, ambil sebanyak mungkin pengalaman dan jadikannya sebagai pengajaran seterusnya dapat membaiki dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai Taekwon-do.
Sir Azhari dan Sir Iwan bersama En. Azlan Ghani. Editor Majalah Beladiri
Dengan Kontijen MSP
Bersama Master Amir dan Ustaz Mansur Manni.

Sebelum Kejohanan Kebangsaan 09

Assalamualaikum WBT & Salam Sejantera

Alhamdullilah, tahun ini PERTAMA mewakili Negeri Perak sekali menghantar peserta ke Kejohanan Kebangsaan 2009 (KK09) yang bertempat di Politeknik Shah Alam. Pemilihan peserta untuk KK09 telah diadakan sebulan setengah sebelum kejohanan berlangsung. Atas sebab-sebab tertentu, latihan pusat dijalankan hanya kurang seminggu dari tarikh kejohanan. Apa nak buat, saudara mara sir-sir ni ramai yang berwalimahtulurus, balik kampung & urusan peribadi. Para peserta pun ada hal-hal yang tersendiri juga..

Latihan bermula dari Isnin malam pada 15hb Jun selepas Isya, kemudian di sambung hingga hari Khamis. Kali ini PERTAMA menghantar 2 pasukan. Ramai muka-muka baru dihantar sebagai pendedahan kepada mereka tentang KK09 ini.

Target pingat?... Kalau kurang seminggu latihan, harap nak dapat emas.. mungkin dalam mimpi dapat la. hehehe. Memang ada peserta kontigen PERAK yang mimpi menang pingat emas. Ok la tu dapat dalam mimpi.. kurang-kurang dapat merasa emas dialam mimpi. hehehe. Tambahan pula ramai juga orang-orang baru. Tapi tidak mengapa, pendedahan yang rasanya bagus untuk mereka.

Muka-muka gumbira selepas dapat baju. hehe

Isnin, 1 Jun 2009

Kepada Para Pelatih yang Ke Wajadiri dan Kejohanan kebangsaan

Assalamualikum WBT & Salam Sejahtera

Selamat bercuti kepada para pelatih PERTAMA semua.

Untuk makluman semua pada 18 – 21 Jun 2009 akan berlangsungnya Kejohanan Taekwon-do MGTF peringkat kebangsaan dan jemputan antarabangsa bertempat di Dewan utama Polteknik Shah Alam dan minggu berikutnya pada 25 – 28 Jun 2009 akan diadakan Kejohanan Wajadiri 2009 di UiTM Machang di Kelantan.

Kepada para pelatih-pelatih yang dipilih mewakili Perak MGTF samada untuk wajadiri atau peringkat kebangsaan diminta hadir untuk latihan pada

Hari: Isnin

Jam: 9 malam

Tarikh: 15 Jun 2009

Tempat: Pusat Sukan PSAS

Sesi latihan akan bermula pada hari tersebut.

Memandangkan kekangan masa yang ada pada musin sekolah ini dimana semua sir PERTAMA mempunyai agenda sendiri yang mana terpaksa balik ke kampung. Mana tak balik kampung.... saudara kahwin, adik ipar kahwin, rakan kahwin, kenduri cukur jambul dll hal.

Jadi dengan diharap semua para pelatih dapat berlatih dengan sendiri dahulu sebelum 14 Jun nanti.

Harap Maklum.

Isnin, 25 Mei 2009

PERTAMA di Bukit Beruntung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdullilah, buat kali pertama pelatih-pelatih PERTAMA berkaloborasi dengan para pelatih SMARTS dalam demo sempena Karnival Belia kawasan Hulu Selangor. Ini juga kali pertama pelatih PERTAMA berdemo di luar kawasan Tanjong Malim. Untuk makluman Hulu Selangor ini bukan la kawasan yang hulu yang terperuk jauh seperti di pendalaman hutan belantara. Hulu Selangor merupakan salah sebuah daerah di Negeri Selangor. Kira besar juga lah daerah ni, daerah ni mengandungi beberapa mukim dan pekan besar atau kecil. Yang biasa orang dengar tu pekan Kuala Kubu Bahru, Batang Kali, Hulu Yam, Sungai Choh, Bukit Sentosa, Kalumpang dll.

Ok, Kami bertolak dari Tanjong Malim ke Bukit Beruntung dalam jam 3.45 petang dengan 2 buah kereta. Sir-sir la yang bawa kereta… Takkan pelatih nak bawak kereta pulakkan?…. Sampai di Bukit Beruntung dalam 4.15petang dan terus ke tapak karnival. Luas juga tapak karnival ni ya?… Kelihatan banyak juga khemah-khemah. Ingatkan SMARTS punya tempat di khemah, rupa2nya di salah sebuah gerai. 1 usaha yang bagus dari SMARTS dengan memaparkan info mengenai Taekwon-do dan SMARTS sendiri. Kelihatan ringkas tetapi maksud tercapai. Bersebelahan gerai SMARTS kelihatan Pertubuhan Silat Sendeng Batawi.

Dalam 4.45 petang semua ahli beladiri yang akan membuat demo sudah berbaris. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan doa. Kemudian demo mulakan dengan Seni Silat Gayung Tapak Lima, Sendeng Batawi dan akhirnya demo Taekwon-do.

Terima Kasih kepada SirN kerana meletakkan para pelatih kami di hadapan sekali. Mana tak letak kat depan semua yang datang tu talipinggang hitam. Tu taktik tu, taktik.. supaya kami berada di depan. Hehehehehe. Lain kali kami buat lagi. hihi

Memandangkan setiap kumpulan diberi hanya 5minit untuk demo maka ada beberapa acara tidak dapat dilaksanakan. Malah ada persembahan Pattern, 1 Step Sparing dan Sparring di lakukan sebelah menyebelah. Nak jimat masa punya hal. Walaubagaimanapun berjaya dan mendapat tepukan ramai. Lagu masa demo tu memamg lagu dalam Wong Fei Hung, tak tau camner dan sapa yang suruh bukak lagu tu... Lanjutan dari demo tu ada dalam blog Sir N.

Kemudian kami bertolak ke jamuan ringkas di Restoren Anjung. Tetapi sebelum tu sir-sir pergi melawat Dojang SMARTS. Satu usaha yang bagus dan kami doakan agar Dojang Sir N ‘meletup’ di masa akan datang. Kemudian menjamah selera di Anjung. Dalam pukul 7petang kami bertolak pulang ke Tanjong Malim. Terima Kasih SirN atas jemputan untuk demo. Semoga kerjasama antara SMARTS dan PERTAMA akan berterusan di masa-masa akan datang.

Sir-Sir ni pun nak juga bergambar.

Khamis, 14 Mei 2009

Alamak… Dia Sudah Marah

Salam Semua

Cerita ini semasa kami sedang berkursus di Telok Batik tempohari, ada satu salah faham berlaku. Begini ceritanya, ketika habis 1 kelas modul, para peserta ini diberi masa rehat dalam 30 minit. Makna kata Tea Time la sebelum masuk kelas untuk modul seterusnya. Di Telok Batik Resot itu terdapat beberapa dewan yang memang digunakan untuk kursus atau seminar oleh pihak yang tertentu. Semasa kursus kami tu, ada beberapa kumpulan seperti Setapakian, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) yang ada seminar atau kursus di dewan yang berlainan tetapi di aras yang sama. Mmmm Peserta kursus/seminar anjuran KMM kelihatan seperti doktor-doktor muda yang baru diserap masuk ke KKM.
Waktu rehat sebelum ini, makanan dan minuman diletakkan berdekatan dengan dewan seminar bagi satu-satu kumpulan kursus. Hendak dijadikan cerita, kumpulan kami masa tu sudah habis modul dan keluar rehat. Kami mencari-cari dimanakah minuman dan makanan kami ni. Paling dekat tu, ada tertulis Amanah Iktiar Malaysia (AIM).  Yang kami ni dok pusing, cari mana ni kita punya. Sekali tu ada sorang peserta tanya pada penyelaras dimana kami punya minuman dan makanan sambil menunjuk kearah makanan dan minuman AIM ini boleh di’bedal’ atau tidak. Penyelaras itu dengan senang hati kata “Ok… Boleh”.. Apa lagi sesi membelasah makanan dan minuman di AIM. Habis dibukanya rendang dan disapunya pulut kuning. Pukul 10 pagi makan rendang dan pulut kuning? Takpe lesen sudah diberi. Hampir suku juga lah pulut tu di mamahnya. Makan la dulu sebelum peserta AIM keluar rehat, nanti berebut pula dengan mereka.

Sekali pekerja yang terlibat dalam penyediaan hidang menghidang tu datang, dia tengok sedap je kumpulan kami meratah khazanah di situ… hehehehehe. muka dia tunjuk angin 1 badan siap tanya siapa yang suruh makan kat sini… Kami senyap je la… Sempat juga pekerja tu menghempas pelahan pinggan alas cawan sebagai tanda marah dan protes. Dalam pekerja tu duk marah-marah tu pun ada peserta yang datang nak ambil makanan dari situ. Adoiii… Ini boleh mendatangkan marah lagi.... Tetapi belum sempat di ambilnya makanan itu telah di tegah oleh peserta yang lain sambil mengatakan dan menunjukan yang pekerja tu sudah marah.

Selepas itu dengan muka kelatnya, pekerja tu pun membalut semula makanan tersebut. Kesian juga tengok mukanya yang kelat tu. Apa nak buat. Makanan dah masuk perut. Rupa-rupanya makanan dan minuman untuk kami, nuh… sebelah KKM, jauh tu. Mana la nak perasan dengan ramainya peserta kursus KKM tu..

Moral cerita. Yang Cakap Pun Kena Biar Terang. Letak Minuman dan Makanan Pun Biarlah Terang dan Nyata. Kami semua lapar. hehehehe

Jumaat, 8 Mei 2009

Kejohanan Di MRSM Transkrian

Kejohanan Taekwon-do MRSM Semalaysia 09

Dari Teluk Batik, semua sir menghala menuju ke MRSM Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam. Jalan keluar dari Lumut memang jem giler. Tapi apa boleh buat, karnival Jom Heboh sedang berlangsung di sana. Dalam perjalanan tersebut sir-sir ini terserempak dengan seorang ahli Taekwon-do PSAS. Sir-sir yang nampak dia, dia yang tak nampak sir-sir ini. Kantoi-kantoi… Tapi Sir semua tak marah. Sir senyum je. Maklumlah semua sir ni baik-baik orangnya. hehehehe

Sir semua tiba di MRSM Transkrian dalam pukul 5 petang. Kemudian selepas bersalam-salaman dan bertanya khabar dengan para pegawai dan pengadil kejohanan dua orang sir mencari pelatih MRSMF Trolak bagi melihat dan memantau sesi latihan kali terakhir. Buat pengetahuan semua, ini adalah kali pertama MRSMF menghantar peserta kemana-mana kejohanan yang mana hanya 2 atau 3 orang dari 10 orang sahaja yang pernah menyertai kejohanan Taekwon-do. Itu pun masa sekolah rendah. Yang lain adalah muka baru. Semua muka tidak bersalah. baik, putih dan suci lagi tu. Hehehe. Tambahan pula MRSMF ini para pelajarnya hanya terdiri dikalangan pelajar tingkatan 2 sahaja. Kenapa? Bangunan utama tidak siap lagi beb. ‘Intake’ tingkatan tahun ini diserap ke MRSM lain dengarnya. Kalau pergi ke Sungkai ikut jalan lama ke Ipoh, selepas pekan Slim River dalam 14km, anda akan berjumpa lampu trafik, sebelah kiri jalan menghala ke Felda Gunung Besout, cuba lihat sebelah kanan, disitulah jalan masuk ke MRSMF dan pejabat Feldajaya kawasan Trolak. Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan bagi menyiapkan bangunan utama yang dijangkakan siap pada hujung tahun ini.

700 peserta tu. Penuh dewan.

Kontingen MRSMF Trolak

Ucapan alu-aluan dan perasmian.

Perasmian kejohanan di adakan pada sebelah malam dalam pukul 8malam. Upacara yang agak ringkas dan santai tetapi ada pengisian. Tidak membosankan. Bagus sekali. Semua peserta dari seluruh MRSM hadir dalam acara perasmian ini.

Selepas acara perasmian, sesi taklimat diadakan untuk para guru pengiring dan jurulatih seluruh MRSM ini. Taklimat boleh rujuk cerita dalam blog Sir Shariffudin. Walaupun ada masalah berbangkit, Ustaz Mansu berjaya menyelesaikan dengan baik sekali.

Pada hari Isnin, pertandingan bermula pada waktu pagi dengan acara Pattern berkumpulan yang dilakukan secara kalah mati. Pada pendapat saya secara peribadi kaedah kalah ini, agak sukar untuk mencari yang baik untuk tempat ke 2 dan ke 3 kerana, mengikut system kalah mati ini,.jika yang yang terbaik bertemu dengan yang terbaik pada peringkat awal jadi sayanglah pada yang kalah pada peringkat awal ini. Tetapi jika dilakukan persembahan Pattern berkumpulan satu persatu, alamat memakan masa yang lama untuk dihabiskan kesemua 40 MRSM. Ketetapan sudah di putuskan dan seharusnya di ikut. Acara pattern selesai sebelum tengahari. Cuma acara Pattern ini yang dilihat agak membinggungkan sedikit, kebanyakkan kumpulan mempersembahkan Pattern yang campur aduk. Ini mungkin untuk mengalakkan para pelajar MRSM kreatif dalam membuat suatu perkara. Idea memang ada, cuma jika mereka pergi ke satu-satu pattern tidak kira WTF atau Chang Hon, bermacam-macam gaya atau kaedah ‘breaking’ yang kreatif boleh dilakukan atau diolah demi menunjukkan daya kreaviti, tetapi pada masa yang sama tetap mengekalkan keaslian pattern tersebut. Ada juga kumpulan dari aliran WTF mempersembahkan pattern Hwa-Rang. Memang jauh panggang dari api la standardnya jika di bandingkan dengan pengamal aliran Chang Hon itu sendiri. Pattern dalam WTF semuanya tiada ‘sinewave’. Pattern yang digayakan kelihatan seperti ‘old school’ tahun 70an. Bagaimanapun pujian boleh diberikan kerana mereka berani mencuba pattern yang bukan dari aliran mereka dan dibawa bertanding.

Alhamdullilah Senyum. Nasib baik tak tidur masa jadi hakim. geeee

Setiap pattern yang di cipta mempunyai nilai, cerita dan falsafahnya sendiri. Jika Pattern dicampuradukkan dimana letaknya nilai, cerita dan falsafah pattern tersebut. Baik Pattern WTF atau Chang Hon atau pattern karate skali pun. Walaubagaimanpun perkara ini telah dijelaskan pada sesi taklimat pada malam pertama kejohanan dan di ulangi sekali lagi oleh En Abd Rahman pada sesi penutupan.

Pasukan MRSMF lelaki berjaya hingga peringkat suku akhir. Kalah pada naib johan kali ini. Tukar Pattern saat akhir. Pasukan MRSMF perempuan pula lepas pada pusingan pertama. Bagus juga walaupun latihan pada saat akhir.

Cuma kelihatan riak wajah para pengadil semasa acara Pattern berlangsung seakan-akan memberitahu

“Pattern apa yang korang buat ni?….. “
“Apa yang korang mengarut ni.”
“Apa fesyen pattern ni?..”
"Yang macam ni pun ada?!..."

hehehehe. Macam-macam ada.... Bukan semua tetapi memang ada. Sorry, ini hanya pada pengamatan sahaja. Tidak ada kena mengena dengan orang lain.

Acara sparring bermula selepas Isnin petang selepas makan tengahari dan berlanjutan hingga malam. begitu juga pada hari Selasa. Kelihatannya ‘Centre Judge’ ramai yang apabila perlawanan dihentikan seketika atau amaran diberikan terus disambung sahaja pelawanan tersebut.

Dari segi kemeriahan, memang meriah kejohanan Taekwon-do MRSM ini. Sorakan bertali arus dan bersahut-sahutan kedengaran. Memang meriah. 1 lagi perkara yang wajar di puji, bagaimana pihak penganjur mengeluarkan buletin pada setiap hari di sepanjang kejohanan. Buletin walaupun ringkas tetapi 1 usaha yang sangat bagus. Pujian harus diberikan diucapkan kerana dalam kesibukan kejohanan, sempat juga pihak penganjur menyiapkan ‘Slide’ dalam bentuk klip video yang memaparkan serba ringkas perjalanan dari bermula kedatangan peserta hingga akhir pertandingan.

Pada hari penutup iaitu hari Rabu, pagi itu dalam 8pagi, Ustaz Mansur datang ke kediaman para pegawai kejohanan dan memberitahu bahawa pihak penganjur ingin melihat para pegawai kejohanan membuat demontrasi pada masa perasmian penutupan. Oleh kerana pihak penganjur ingin melihat skill para pengadil ini maka latihan ringkas dalam 20-30 minit dilakukan untuk demo ini. Dengan pakaian kemas itu juga para pegawai kejohanan ini melakukan demo. Ini kali pertama pegawai kejohanan melakukan demo dengan pakaian kemas. Bermula dengan Pattern Jee Go oleh Sir Tan, Sir ini kecil sahaja orangnya tetapi dengan keadaan kaki terpacak 75-80 darjah membuatkan hadirin bertepuk tangan. Kagum dengan kakinya yang fleksibel. Di ikuti demo oleh para pegawai yang lain seperti Ustaz Mansur sendiri, Sir Nandakumar dan pegawai yang lain. MC pada ketika itu adalah En Abd Rahman yang amat sesuai, pandai sekali ‘menjual’ dan menaikkan nama para pegawai dan juri kejohanan. Terima kasih En Abd Rahman.

Sir-sir PERTAMA pun ada terlibat dalam demontrasi ini. Sir-sir yang terlibat dalam demontrasi tersebut adalah Sir Azahari dan Sir Ariffin (Sorry laa, memang nak promote PERTAMA hehehe). Demontrasi yang dilakukan oleh Sir Azhari dan Sir Ariffin ini berjalan dengan baik dan ‘brutal’ sekali. Teknik beladiri dengan pukulan yang memang kena betul pada badan kedengaran jelas bunyi dentumannya. Kuat pula tu hingga seluruh dewan dengar. Sempat juga En Abd Rahman mengatakan jangan cuba-cuba melakukan aksi-aksi sebegini sebegini di rumah. Orang WWE kata “Don’t Try this at Home”. Memang agak ganas. Semasa keluar dari dewan ada pelajar menunjukan 2 “tumb-up” kepada Sir-sir PERTAMA ini sambil mengatakan “Best!.. Best!..”. Semasa di meja makan guru penyelaras datang dan mengucapkan terima kasih atas demo tadi. Terima Kasih Cikgu atas keperihatinan anda!!

Hidup PERTAMA!!

Semoga sir-sir PERTAMA dapat mengekalkan dan meningkatan ke’brutal’an itu pada masa-masa yang akan datang. Cuma sayang seribu kali sayang, tiada gambar yang di ambil. Cuma video ada diambil oleh pihak penganjur. Walaubagaimanapun guru yang menyelaras kejohanan tersebut ada mengatakan jika ada kesempatan, Video demo pada hari penutupan tersebut akan di poskan. Insyallah.

Kemudian sir semua berjumpa dengan pelatih MRSMF untuk taklimat akhir. Kemudian berkemas dan pulang ke Tanjong Malim. Esok kerja Yeop!
Muka-muka yang masih suci lagi nih.

Sir ni nampak jer pakai kemera, tapi takkan ni jer gambar yang diambil?... Adoiii... Bagi la lagi...