Assalamualaikum WBT
Kursus ini pendaftaran dan sesi penerangannya bermula pada pukul 3 petang, Ceramah atau modul pertama sepatutnya bermula pada 8 malam. Tetapi memandangkan ada sir yang tidak mendapat pelepasan maka, sir-sir bertolak dari Tanjong Malim dalam pukul 7 malam. Peserta kursus dari PERTAMA MGTF seramai 4 orang, Iaitu Sir Iwan, Sir Azhari, Sir Ariffin dan Cik Malin kita.
Perjalanan dari Tanjong Malim ke Teluk Batik tidak lah jauh benar, cuma memandangkan hari kursus tu bersamaan dengan Karnival Jom Heboh TV3, jadi traffik agak sibuk dengan kehadiran banyak lori dan deretan kereta di sepanjang perjalanan. Walaubagaimana pun kami sempat juga la menghadiri sesi pertama kursus iaitu sessi Suai kenal & Pembentukan Kumpulan. Sesi ini kalau dimana-mana kursus agak sama la intipatinya. Di akhir sesi tersebut semua kumpulan dikehendaki memberi infomasi mengenai ahli dan kumpulan masing-masing. Ok sahaja tiada masalah.
Sebelum itu, PERTAMA MGTF telah dijemput secara khusus oleh Pejabat JBS Perak untuk menghadiri kursus ini 2 minggu sebelum tarikh tersebut. Antara badan atau pertubuhan beladiri yang dijemput menghadiri ke kursus ini adalah Silat Cekak Malaysia, Silat Seni Gayong Malaysia, Silat Lincah, Majlis Kecergasan dan Senamrobik. Alhamdullilah semua peserta baik-baik belaka.
Modul ke2 mengandungi info yang penting juga, bagaimana kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan mempunyai dasar Sukan Negara yang di programkan untuk rakyat jelata. Memang banyak program pembangunan sukan dirangka demi untuk memajukan, mengalakkan, mendidik dan memasyarakatkan sukan untuk semua lapisan masyarakat. Bukan sukan yang dipertandingkan sahaja tetapi sukan tradisi, reakreasi dan kecergasan juga digalakkan. SUKAN UNTUK SEMUA. Banyak juga program dan kursus yang dirangka untuk Program Pembangunan Sukan Untuk Semua ini. Jadi sebagai persatuan sukan samada kecergasan, senamrobik atau beladiri seperti Taekwon-do yang dekat dengan masyarakat sebenarnya mempunyai peranan yang besar dalam memenuhi matlamat Sukan Untuk Semua ini melalui program-program yang dianjurkan sendiri atau berkerjasama dengan oleh JBS Daerah atau negeri. Di akhir modul ini pembentangan oleh setiap kumpulan bagi melihat pemahaman mereka tentang fungsi, tugas, persamaan dan berbezaan antara KBS, MSN, JBS, KBS dan NGO.
Alhamdullilah, Modul 3 dan Modul 4 disampaikan sendiri oleh pakar 'Moduler' mengenai bab Kepimpinan dan Pengurusan Efektif, sangat bagus bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan persatuan. Walaupun agak ringkas tetapi padat isinya. Kami juga di ingatkan apa tanggungjawap, fungsi, tingkahlaku, pendekatan dll yang berkaitan kepemimpinan. Ada juga diterangkan juga mengenai kesilapan dan masalah dalam kepimpinan. Pengurusan Efektif lebih kepada cara pengawalan, urus sumber, perancangan, pengorganisasian dll.
Modul ke 5, modul ini memang kami nanti-nantikan kerana dalam modul ini, peserta di tunjukajarkan bagaimana membuat perancangan dan kertas kerja yang betul. Yerlah kertas kerja yang di 'draft' itu adalah wakil kepada diri kita atau wakil persatuan untuk dipersembahkan kepada yang ingin menghulurkan dana atau bantuan. Ada ditunjukan contoh sebenar kertas kerja oleh beberapa persatuan yang diutarakan kepada KBS. Ada yang betul mengikut format sebenar ada yang tidak.
Modul ke 6 merupakan modul yang sangat penting yang mana rasanya ramai peserta tidak tahu adanya dana dari KBS untuk persatuan-persatuan sukan, rekreasi dan kecergasan. Bahkan akademi berorentasikan sukan dan beladiri ini boleh mendapat bantuan dengan syarat berdaftar dengan PJS. Modul ke 5 dan Modul ke 6 ini sememangnya bagus, tenaga pengajar menunjukan secara nyata dan jelas bagaimana untuk membuat kertas kerja dan memohon bantuan dana untuk persatuan dengan betul. Dapat dilihat disini bantuan oleh KBS ini tidak memilih 'bulu'. Jika kena objektif dan betul formatnya, Insyallah akan diluluskan.
Jika ada kursus sebegini sememangnya PERTAMA MGTF sedia berkerjasama dengan menghantar wakil ke kursus-kursus sebegini. Semoga kerjasama diantara JBS Perak dan PERTAMA MGTF akan terus berkekalan. Insyallah. Terima Kasih JBS Perak.
Kemudian Sir-sir menghala ke MRSM Transkrian, Nibong Tebal untuk ke Kejohanan Taekwon-do MRSM Semalaysia.
Ni dulu kecik-kecik tak dapat main basikal. Sampai Teluk Batik, belasah la sapa-sapa punya pun. hehehehe
Semangat Tetap Semangat! Yeahhhh!!
Tempat berendam untuk mengurangkan kepanasan kepala akibat input yang banyak.
Ambil masa 'ngulor' kejap di sini. Makan angin, cuci mata, membelibelah, beli tiket dll.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan