Selasa, 9 Disember 2008

Malam Anugerah ...

Salam

Malam Anugerah ini sebenarnya Malam Anugerah Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), dianjurkan oleh unit Sukan dan Ko-Kurikulum PSAS bagi menghargai seterusnya menganugerahkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi Sukan dan Ko-kurikulum...

Ia berlangsung di PSAS iaitu pada ahad, 30 November 08. Alhamdullilah PERTAMA telah dijemput untuk mengisi slot demo pada malam tersebut.

Tahniah diucapkan pada Amir yang telah mendapat Anugerah Olahragawan Terbaik 2008 PSAS. Tidak lupa juga kepada Malin yang mendapat Anugerah Pencapaian Ko-Kurikulum Terbaik 2008 (Individu). Tidak Lupa juga pada para pelajar yang yeng menyertai Taekwon-do pada semester ini dan semester yang lepas. Semoga kejayaan Amir dan Malin menjadi perangsang juga pada para pelajar yang menyertai Taekwon-do pada semester ini dan semester yang akan datang. Semoga pengamal Taekwon-do akan dapat mengharumkan PSAS khususnya dan PERTAMA dan PERAK amnya dengan kejayaan anda. Ribuan terimakasih kepada Jurulatih PSAS dan Penasihat Kelab Taekwon-do yang terlibat secara langsung atau tidak dalam program Taekwon-do pelajar PSAS.

Dewan Berlangsungnya Malam Anugerah tersebut. Ambil sebelum orang datang beramai-ramai.

Malin dan Amir. Tahniah!!
Para pemenang bergambar dengan Penasihat dan Jurulatih.
Peace Brother!!! Kami sedang menunggu giliran Demo ni..Kenapa semua orang pandang sana ek? mmmm Bingung sekejap.

Sekali lagi bergambar tetapi dengan Sir Azhari dan Sir Iwan lepas Demo.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yg sir2 tu suka sgt expose..
e...