Khamis, 23 April 2009

Pengumuman & Pesanan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada Jumaat ini iaitu 24 April 2009 pada waktu petang sir-sir Tanjong Malim akan bertolak ke Teluk Batik untuk menghadiri:-

Mungkin sir-sir akan dikursus & di'kurus'kan disini

Kursus Pemantapan & Kepimpinan NGO's Sukan MASSA 2009

Tempat : Teluk Batik Resort

Tarikh : 24-26 hb April 2009, Jumaat - Ahad

Anjuran : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
  
Habis sahaja kursus berkenaan, Sir-sir semua akan bertolak ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Transkrian untuk menghadiri Kejohanan Taekwon-do MRSM SeMalaysia. Kejohanan tersebut berlangsung dari 26 April hingga 29 April 2009, Ahad hingga Rabu. Sir-Sir hadir kejohanan ini sebagai juri atau pengadil dan ada yang menjadi jurulatih bagi MRSMF Trolak. Jadi Sir-sir semua tidak berada dalam kawasan Tanjong Malim dari petang Jumaat hingga malam Rabu iaitu selama 5 hari.
 
Jadi selama peninggalan Sir-sir ini jagalah kelas baik-baik, controllah hensem, controllah macho, controllah ayu atau semakna dengannya. hehehe. Sir-sir pergi tak lama. Siapa nak buah tangan lebih tu, pandai-pandai la bodek. Banyak 'AFUNDI', banyak la buah tangan. hehehehe
 
Kepada peserta MRSMF yang menyertai Kejohanan Taekwon-do MRSM, teruskan latihan anda. Walaupun ada kekangan masa yang tidak dapat dielakkan. Di harap kekangan masa tersebut tidak menghalang anda membawa nama MRSMF naik walaupun anda masih baru dalam arena Taekwon-do ini. Buat yang terbaik. Tidak perlu fikir apa yang MRSMF beri pada anda, anda harus fikir apa yang anda perlu beri kepada MRSMF. Yeahhh!!
 
Kepada pelatih PSAS yang terlibat dalam demo sempena hari konvokesyen PSAS pada Sabtu, 25 April, 9.00 malam nanti, lakukanlah demo pada hari itu sebagai orang lama dalam Taekwon-do. Bayangkankan anda seperti sudah biasa melakukan demo. Buat apa yang dirancangkan dan diarahkan. Jadikan demo ini sebagai batu loncatan bagi anda menaikan nama Kelab Taekwon-do PSAS dan diri anda sendiri. Yer la muka dah hensem & cun melecun takkan nak buat demo tahap "ZERO" pula. Tetapi Awas!! Jika anda membuat kesilapan yang tegar, bersiap siagalah, takut-takut 'Flying Side Kick' Sir Azhari akan diterbangkan khas datang dari Teluk Batik nanti. hehehe. Yeahhh. Buat la yang terbaik ketika demo itu nanti.
 
Berita atau gambar tentang apa yang terjadi di Teluk Batik & MRSM Transkrian ada pada entri yang akan datang setelah sir-sir balik dari Transkrian. 
 
Sekian Buat Masa Ini.

Jumaat, 17 April 2009

Ujian Kenaikan Talipinggang

Salam Sejahtera

Pada 5 April 2009 Ujian Peningkatan Talipinggang bagi pelatih junior dan senior diadakan bertempat di Pusat Sukan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Program tersebut telah dilaksanakan oleh Master Amir Md Noor 8th Degree Blackbelt selaku pemeriksa dan Presiden MGTF.
Peserta yang terlibat adalah dikalangan Pelatih PERTAMA MGTF, Politeknik Sultan Azlan Shah dan Kelab Taekwon-Do MRSM Felda. Turut memeriahkan majlis adalah Encik Hafiz selaku penasihat kelab Taekwon-do PSAS, Cikgu Hafizah guru Penasihat Kelab Taekwon-Do MRSM dan AJK MGTF Tg Malim Pn Radiah selaku Bendahari Kehormat yang mendapat cuti pada hari tersebut.
Sempat Posing lagi tu...
Teruja sangat nak pecahkan papan sampai terlepas...
Pada ujian tersebut lebih kurang 20 pelatih mendapat DOUBLE PROMOTION dan 4 orang telah dinaikkan ke Darjah Pertama Talipinggang Hitam. Pelatih-pelatih ini mendapat bimbingan daripada Sir Mohd Azrul Izwan Anuar, Sir Azhari Omar dan Sir Ariffin Suratman.
Banyaknya.....

Amboi sedapnya...

Pelatih-Pelatih dari MRSM

Memacam gaya...

Sinar Harian Offline

Salam Sejahtera

Yang hak online dah di keluarkan isunya pada minggu yang lepas. Yang ini pula offline. Sir Iwan dapat masa talian internet dirumahnya 'down' . hehehe
Jika Sir Eizam datang tempohari kemungkinan besar Sir Eizam juga akan keluar akhbar. hehehe.

Khamis, 16 April 2009

Seminar Asas Taekwon-do 2009

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Alhamdullilah, Syukur pada Allah SWT kerana pada 4 April 2009 yang lalu, PERTAMA dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Batang padang dan Kelab Taekwon-do Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) berjaya menganjurkan Seminar Asas Taekwon-do. Sessi yang bermula pada jam 9.00 pagi di Dewan Kuliah Utama PSAS dengan ucapan dan upacara perasmian. Perasmian diadakan oleh Timbalan Pengarah PSAS dan upacara pemecahan papan sebagai simbolik acara perasmian juga dijalankan sendiri oleh Timbalan PSAS.

Sesi Ikrar dan Pertukaran Cenderahati

Aksi Anak-anak kecil.

Seminar ini disertai oleh para pelatih PERTAMA, Pelatih dari MRSMF dan Pelajar PSAS. Setelah selesai acara Perasmian, kemudian para peserta bergerak ke Pusat Sukan PSAS.
















Master Amir memberi tunjuk ajar.

Sessi seminar dan latihan dikendalikan sendiri oleh Presiden MGTF sendiri iaitu Master Amir Mohd Nor. Latihan bermula dari asas gerakan seperti asas kekuda, melangkah, tumbukan, tangkisan dan tendangan. Kemudian di ikuti oleh pembetulan Pattern oleh Master Amir sendiri dari peringkat asas talipinggang putih hingga ke talipinggang hitam darjah pertama.

Apa yang direnungkan tu Sir?..

Seminar pada sesi pagi ditamatkan pada jam 12.45 tengahari dimana Master Amir Mohd Nor perlu menghadiri Acara Perasmian di Kejohanan Terbuka Traditional Taekwon-do Academy (TTA) di The Summit. Untuk pengetahuan tuan-tuan, PERTAMA telah menyusun program Seminar ini sejak dari bulan Disember 2008 yang lepas. Kami tidak menyangka tarikh yang dipilih adalah bertindih dengan tarikh Kejohanan Terbuka TTA. Jadi tidak dapat Pihak PERTAMA berkesempatan untuk menghadiri kejohanan tersebut.

Banyaknya Kuning...

Sesi petang sepatutnya kendalikan oleh Sir Eizam, tetapi memandangkan Sir Eizam mempunyai keperluan yang timbul pada saat akhir, seminar diteruskan juga oleh Sir-sir PERTAMA termasuk Sir Firdaus 2nd Dan. Alhamdullilah walaupun secara "bidan terjun" semua berjalan lancar.

Sir-Sir PERTAMA bersama Pegawai PPD

Bersama Master Amir

Sapa pulak ni?...

Selasa, 7 April 2009

Sinar Harian Online - Taekwando Bentuk Semangat

BEHRANG – Satu seminar asas mempertahankan diri taekwando dan ujian kenaikan tali pinggang telah diadakan di dewan kuliah utama dan Pusat Sukan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Seminar dua hari itu dianjurkan Persatuan taekwondo Tanjung Malim dengan kerjasama daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan juga Kelab taekwondo PSAS yang bermatlamatkan mahu membentuk semangat jitu dari aspek fizikal dan mental. Timbalan Pengarah PSAS, Yaacob Hasran berkata, ini merupakan anjuran kali pertama yang diadakan melibatkan peserta daripada pelbagai golongan.

Menurutnya, penganjuran program itu adalah untuk membina kekuatan fizikal dan mental peserta-peserta yang terlibat. “Kekuatan fizikal dan mental amat penting dalam menempuh kehidupan seharian pada masa hadapan. “Justeru, penganjuran seminar ini diharapkan dapat memenuhi matlamat kita yang ingin menerapkan semangat perpaduan dan juga mengeratkan silaturahim dalam kalangan peserta,” katanya semasa majlis perasmian seminar itu.

Yaacob berkata, seminar yang dijalankan itu mampu memupuk perpaduan dalam kalangan peserta yang terdiri daripada pelbagai bangsa sekali gus dapat mewujudkan satu situasi perpaduan yang amat baik. “Peserta harus menyertai seminar ini dengan semangat yang tinggi dan tingkatkan ilmu pengetahuan sepanjang seminar dijalankan kerana ilmu ini akan dijadikan asas untuk berjaya,” katanya.

Pada seminar itu, dua sesi ceramah telah diadakan yang disampaikan oleh Presiden Taekwondo Global Malaysia (MGTF), Leftenan Komander Master Amir Md Noor dan seramai 140 peserta terlibat dalam seminar berkenaan.
Nota:-
1. Sumber dari Sinar Harian Online. (Link dah tiada)
2. Sedikit Berita dari Blog Sir Eizam
3. Ceritera mengenainya akan disiarkan pada entry akan datang.
Terima Kasih

Jumaat, 3 April 2009

Kemalangan Kecil

Assasalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 1 April yang lepas dalam 9.30pagi Sir Iwan dan isteri telah terlibat dalam kemalangan. Motosikal berlanggar dengan kereta punya kes la ni. Sir Iwan menbonceng motorsikal dengan isterinya, dalam perjalanan ke pekan untuk menempah set Rehal, banner seminar dan whiteboard untuk program pembanguna kanak-kanak dan menunggang 40km/j dengan agak perlahan. Mana tak pelahan, kang bawa laju-laju kena cubit dengan isterinya pulak.. (psstttt Isteri Sir Iwan garang tau! hihihihi.. Sowie gurau jer.. hihi)

Alhamdullilah, kemalangan yang menimpa Sir Iwan dan isteri tidak la seserius mana yang disangka. luka ditangan sampai nampak isi dan isterinya cedera di jari tangan. Walaupun tidak serius, terpaksa juga pergi ke klinik untuk mendapat rawatan kecemasan dan perlu berulang untuk cuci luka 2x sehari. Sir Iwan berjaya mendapat MC selama 3 hari. keadaan skuter sir iwan sampai bengkok handle lah kena dada sir iwan dan kalu tgk dada dia macam tatu sebaris biru, badan lebam sana cini, kaki tangan dah mcm oku jalannyer. dengar kate kena tukor baru handle tuh..ramai sahabat2, pelatih2 yg dtg menjengah tak kire dimana. kalu dgr sir iwan ada di kedai makan ke situ dtg nyer dorang..tq 2 sir azhari yang berada di tempat kejadian semasa berlaku kemalangan dan sir ipin yang bawa gi hosp slim serta individu yang terlibat. dgr kata kekanda dan pengerusi pun turun padang bila dpt call sir iwan eksiden. cam kilat sampai. terdiamlah hamba Allah yang langgar tuh.

Pada petang kejadian kemalangan Sir Iwan selepas balik dari x-ray di hospital slim beliau berkesempatan ke MRSMF untuk melihat dan membantu latihan Taekwon-do disana. Lihat tu, selepas kemalangan pun masih bersemangat untuk hadir memberi latihan kepada para pelatih. Semoga semangat begini kekal membara hingga akhir hayat. Insyallah.
Kami doakan Sir Iwan suami isteri cepat sembuh.