Selasa, 7 April 2009

Sinar Harian Online - Taekwando Bentuk Semangat

BEHRANG – Satu seminar asas mempertahankan diri taekwando dan ujian kenaikan tali pinggang telah diadakan di dewan kuliah utama dan Pusat Sukan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Seminar dua hari itu dianjurkan Persatuan taekwondo Tanjung Malim dengan kerjasama daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan juga Kelab taekwondo PSAS yang bermatlamatkan mahu membentuk semangat jitu dari aspek fizikal dan mental. Timbalan Pengarah PSAS, Yaacob Hasran berkata, ini merupakan anjuran kali pertama yang diadakan melibatkan peserta daripada pelbagai golongan.

Menurutnya, penganjuran program itu adalah untuk membina kekuatan fizikal dan mental peserta-peserta yang terlibat. “Kekuatan fizikal dan mental amat penting dalam menempuh kehidupan seharian pada masa hadapan. “Justeru, penganjuran seminar ini diharapkan dapat memenuhi matlamat kita yang ingin menerapkan semangat perpaduan dan juga mengeratkan silaturahim dalam kalangan peserta,” katanya semasa majlis perasmian seminar itu.

Yaacob berkata, seminar yang dijalankan itu mampu memupuk perpaduan dalam kalangan peserta yang terdiri daripada pelbagai bangsa sekali gus dapat mewujudkan satu situasi perpaduan yang amat baik. “Peserta harus menyertai seminar ini dengan semangat yang tinggi dan tingkatkan ilmu pengetahuan sepanjang seminar dijalankan kerana ilmu ini akan dijadikan asas untuk berjaya,” katanya.

Pada seminar itu, dua sesi ceramah telah diadakan yang disampaikan oleh Presiden Taekwondo Global Malaysia (MGTF), Leftenan Komander Master Amir Md Noor dan seramai 140 peserta terlibat dalam seminar berkenaan.
Nota:-
1. Sumber dari Sinar Harian Online. (Link dah tiada)
2. Sedikit Berita dari Blog Sir Eizam
3. Ceritera mengenainya akan disiarkan pada entry akan datang.
Terima Kasih

Tiada ulasan: