Jumaat, 20 Februari 2009

Mana Uniform?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Cerita tentang uniform ni, Taekwon-do (TKD) samada dari aliran WTF atau Chang-Hon memang ada uniform sendiri. Bukan sahaja TKD, malah Karate-do, Judo, Aikido, Silat dan lain-lain seni beladiri yang lain pun mempunyai uniform sendiri. Tambahan pula uniform tu ada nama panggilan dier sendiri kalu TKD dipanggil dobok, Aikido - hakama, Karate & Judo dengan Gi nya. Nama ni ikutla bahasa negara asal beladiri tersebut. Ini nak menunjukkan bahawasanya (uwahhh bahasa apa ni?), bahawasanya ahli-ahli dalam satu-satu aliran beladiri ini memang berdisplin, melalui program latihan beladiri yang dihadiri oleh pelatih dapat mencerminkan bahawa ahli-ahlinya memang dilatih untuk ikut arahan ketua, kemas, hensem (kalau Sir Tanjong Malim memang banyak yang hansem. hihi), ada bran, tiada malu-malu kucing, boleh menonjolkan bakat yang terpendam, boleh dikehadapankan dll lagi. Makna kata kesan dari apa yang kita dapat dalam gelanggang ini kita bawa keluar untuk diapplikasikan atau diamalkan.

Pada satu ketika di suatu hari latihan (mmm Cam Once Upon Time in China lak), ada bebarapa pelatih datang dengan tidak memakai uniform. Ditanya kenapa tak bawa uniform. Jawapannya adalah:-
1. Sir, Baju basah lagi la sir.
2. Saya lupa mana letak baju saya sir. (Budak ni masalah betul la, agak-agaknya dia selalu mandi lupa sabun badan dia kuts. hehe)
3. Sir, baju baru la sir, sayang nak pakai.
4. Baju lupa nak basuh la sir. ( Adoiiii... Latihan seminggu sekali, takkan balik latihan tak boleh basuh. Ni wat deodoran dalam bilik apo?)
5. Adik saya pakai baju saya sir, dia wat tido. (Tak dapat den nak nolong....)
6. Sir saya baru balik dari luar terus ke tempat latihan, tak sempat balik rumah ambil baju. (Yo la tau awak ni memang semangat sangat ni sampai uniform pun tak sempat ambil..)
7. Saya tadi rasa-rasanya dah masuk dlm beg, bila sampai, saya tengok takde pulak (Haaa... Tu Jin Toncet yang pakai tu.. hihi)
8. Sir, Baju ada dalam beg sir, cuma belt tak bawak sir.
9. Saya baru bangun tidur tadi sir, ambil beg terus datang latihan. Rupa-rupanya saya ambil beg lain sir.
10. Saya tertinggal beg saya sir.
11. Tadi saya dah letak atas meja sir, datang kucing di kencingnya baju saya sir. (Ini kucing nak kena mandi bunga ni.. hehehe)
12. Sir, Baju saya kena curi orang sir. Habis semua kat ampaian rumah saya kena curi.
13. Saya tengok orang lain tak pakai, saya pun tak pakai la sir.
14. Dll.

Bila masuk Point no 12 tu, ia memang terjadi terhadap seorang pelatih PERTAMA yang mana uniformnya memang kena curi bersama-sama dengan pakaian yang lain. Dengan lain perkataan semua yang ada diampaian hilang dikebas pencuri. Apa punya pencuri? Baju budak-budak mau ambil ka? Tak sekolah apa? Apa yang terjadi kepada pelatih tersebut? Pelatih itu tetap datang latihan TKD, walaupun hanya dengan memakai kemeja T. Nak buat camne, uniform tiada. Bagus!! Tetap bersemangat walaupun baju dikebas orang. Walaubagaimanapun, Alhamdullilah pelatih ini membeli juga sepasang uniform. Point No 1 pun ada terjadi. Yang lain-lain tu... Tanya Sir Iwan la.. hehe

Jadi, TKD atau seni beladiri yang berasal dari Timur ni memang menitikberatkan displin dan pemakaian uniform dalam gelanggang. Sudah semestinya para pelatih me'wajib'kan atas diri sendiri memakainya semasa kelas. Sudah pasti jurulatih PERTAMA juga sememangnya me'wajib'kan pemakaian uniform semasa kelas dijalankan.

Terima Kasih.

Isnin, 16 Februari 2009

Semangat Yang Tidak Hilang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Masih ingat tak lagi berita tentang kemalangan yang melibatkan 2 beradik pada bulan lepas? Abangnya yang bernama Mohd Nor Wahid (MNW) dan adiknya bernama Mohd Nor Syafiq (MNS), alhamdullilah ramai juga dikalangan ahli-ahli PERTAMA yang melawat mereka berdua ini setelah mereka pulang dari hospital. Sir-sir pun ada yang melawat rumah keluarga mereka ini. Dekat je rumah keluarga 2 beradik ini, tak jauh pun dari jalan utama. 5 minit pn boleh sampai kalau naik basikal. hehe.

Ada dikalangan pelatih PERTAMA naik basikal untuk datang latihan Taekwon-do di UPSI secara konvoi. Ala naik beramai-ramai yang beratur panjang macam itik pulang petang tu. Amalan berbasikal beramai-ramai masih lagi di amalkan lagi. Memang bagus untuk stamina dan kekuatan otot. Mana tak naik basikal? Umur bawah umur lagi mana nak ada lesen memandu. Lesen memandu motosikal pun tiada apa lagi lesen memandu kereta. Tapi lesen terbang memang ada. hehehe

Apa yang nak diceritakan disini adalah semangat pelatih-pelatih yang sanggup datang walaupun dengan berbasikal, semangat pelatih memang elok diikuti dikala ramai pelatih naik kereta atau motor, dihantar oleh ibubapa atau penjaga masing-masing. Mana tak naik motor atau kereta?.. Mereka ini kecil lagi, kena la ibubapa hantar.. hehehe. Memang la kena hantar atas faktor keselamatan. Ibubapa pun boleh lihat bagaimana sir-sir ni mengajar, silap ke, garang ke, suka bagi 'pumping' ke, suka berceloteh ke, suka tidor ke masa mengajar (Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu... Cikgu Sedang Tidur, Mari kita main. hehehehe) atau apa-apa saja.

Ok kita balik pada cerita 2 beradik ini, 2 beradik ini memang naik basikal apabila datang untuk latihan di UPSI, cuma bila pergi latihan di PSAS ini mereka naik kereta la takkan nak naik basikal pulak. Jauh tu dalam 15km dari Tanjong Malim ke PSAS di Behrang.

Selepas kemalangan yang lepas, 2 minggu selepas itu pada 7 Febuari 09, MNS datang ke latihan di UPSI walaupun masih ada lagi kesan calar balar di muka akibat kemalangan. MNS datang dan menjalani latihan seperti biasa tanpa ada keluhan yang didengari dari mulutnya.

Abangnya MNW pula hadir pada latihan minggu yang lepas, 14 Febuari 09 walaupun dengan tangan yang berbalut dan tulang selangka yang belum sembuh. Malah masih boleh memberi tunjuk ajar dan mengendalikan sessi 'free sparring' untuk pelatih-pelatih junior yang lain. Pada malamnya pula, MNW tetap hadir untuk latihan tambahan yang bertempat di rumah Sir Iwan.

Dengan ini diucapkan kepada 2 beradik ini, MNW dan MNS Selamat Kembali untuk latihan Taekwon-do dan semoga semangat anda kekal dan terus membara sampai bila-bila.

Isnin, 9 Februari 2009

Berhenti?!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Terdapat ramai Para pelatih Taekwon-do apabila mereka sampai tahap talipinggang hitam, mereka 'menggantung' talipinggang mereka. Dalam ertikata sebenarnya tidak turun latihan atau terlibat dalam aktiviti-aktiviti Taekwon-do lagi.

Hendak salahkan mereka ini pun tidak boleh juga, ye lah... Kehidupan mereka, mereka lah uruskan... Itu kata kawan saya lah. Ok la mari kita senaraikan kenapa ramai dikalangan pemegang tali pinggang hitam ini berhenti.

1. Nak belajar la sir, asyik-asyik taekwon-do je.. Mak saya pun dah 'sound' dah. Dia suh belajar. Tahun depan boleh sambung Taekwon-do balik.
2. Saya baru kerja la bos. Sibuk sangat, tak sempat turun.
3. Saya selalu outstation la sir. Balik rumah terus tidur.
4. Saya cuma target sampai talipinggang hitam. Dah dapat dah la.. (Target kasi up la skit)
5. Saya sampai talipinggang hitam je, terus hilang semangat. (ini mmg Biasa)
6. Awek saya asyik nak berkepit dgn saya la sir. Kuat merajuk lak tu. Rimas saya, tu kelas jarang datang tu. (Tak elok tu dik, nnt kawin kena penyakit TB)
7. Saya tiap-tiap minggu balik kampung sir. (Huishhhhh Banyaknya kampung dia)
8. Saya eksiden sir. (ni boleh terima la)
9. Saya tak suka dgn sir tu. Muka cam pecah rumah. hehe (Alhamdullilah muka sir-sir Tanjong Malim ni hensem-hensem belaka)
10. Sir-sir peel ntah apa-apa. (Errr... Apa maksudnya tu?..)
11. Saya memang nak turun latihan tapi dapat jer talipinggang hitam perut saya terus boroi la sir.
12. Saya nak belajar seni lain la sir. (Adoyaiii, Ada sir Perak tu memacam seni dia belajar, Tapi Taekwon-do dia join juga)
13. Saya manjang ada kelas la sir.
14. Saya duduk jauh sir. Baru pindah.
15. Kawan takde la sir.
16. Sir cakap tak serupa bikin. Merajuk la saya.
17. Saya sensitif sangat la... Kena usik, confirm merajuk..
18. Saya nak jadi wanita Melayu Terakhir la sir. Nak control ayu gitu.. hehe
19. Saya dah jadi champion 3 4 kali cukup la. Bagi la pada orang lain pulak.
20. Taekwon-do adalah seni beladiri yang tidak hebat.
21. Saya baru kawin. Lutut dah longgar dah nih. hehe
22. Saya tak reti dan tak mau la cari makan lalu Taekwon-do ni...
23.. Bla bla bla bla bla

Amboi banyaknya alasan. Saya pasti ada banyak lagi alasan-alasan yang tidak tersenarai. Walauapun alasan anda, pasti ada jawapan untuk alasan tersebut.

Terima Kasih.

Isnin, 2 Februari 2009

PERTAMA dalam Seni Beladiri Febuari 09

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pertama sekali terima kasih di ucapkan kepada Ust Mansur Manni atas makluman beliau tentang berita PERTAMA di Majalah Seni Beladiri (SB) bulan Febuari 09. Seorang Sir menerima sms dari Ust Mansur ketika melawat saudara Mohd Nor Wahid yang ketika itu berada di wad kritikal Hospital Slim River. Sir yang menerima sms itu terus mengsms sir-sir dan pelatih-pelatih yang lain tentangnya. Seorang Sir yang menerima sms itu dengan segera mencari majalah tersebut di kedai mamak. mmmm Asyik-asyik sir, sir, sir... Bagitau namakan senang sir?.. Bikin orang baca keliru saja. Entah mana satu sir, entah? Sir sana, sir sini. Saya yang menaip pun naik keliru. hehe. Sorry...

Sms yang diterima itu pada hari Ahad yang lepas, 25 Januari 09 lebih kurang lepas zuhur. Niat hati memang ingin meng'upload' berita di majalah SB pada minggu lepas. Tetapi memandangkan Saudara Mohd Nor Wahid berada di hospital, jadi niat itu ditangguhkan bagi memberi laluan kepada berita Mohd Nor Wahid di siarkan dan dibiarkan selama seminggu. Bagi membolehkan para pelatih yang lain apabila membaca berita Mohd Nor Wahid dan menziarahi beliau di wad atau rumahnya. Lagipun majalah SB itu ada keluaran Febuari. Jadi sedang elok dipaparkan pada awal bulan Febuari. Bagi sesiapa yang tidak pernah melihat majalah SB ini, rupa majalah ini ada lah seperti yang tertera sebelah kiri diatas. Tulisan BELADIRI memang berwarna MERAH sejak dari awal keluarannya. Jika klik pada gambar tersebut untuk paparan yang lebih besar memang nampak bulan dan harganya sekali.

Ok .. Mari kita lihat apa yang ada dalam Majalah SB tentang PERTAMA. Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar dan jelas. Terima Kasih.

Majalah Senibeladiri mukasurat 38
Majalah Senibeladiri mukasurat 39