Isnin, 16 Februari 2009

Semangat Yang Tidak Hilang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Masih ingat tak lagi berita tentang kemalangan yang melibatkan 2 beradik pada bulan lepas? Abangnya yang bernama Mohd Nor Wahid (MNW) dan adiknya bernama Mohd Nor Syafiq (MNS), alhamdullilah ramai juga dikalangan ahli-ahli PERTAMA yang melawat mereka berdua ini setelah mereka pulang dari hospital. Sir-sir pun ada yang melawat rumah keluarga mereka ini. Dekat je rumah keluarga 2 beradik ini, tak jauh pun dari jalan utama. 5 minit pn boleh sampai kalau naik basikal. hehe.

Ada dikalangan pelatih PERTAMA naik basikal untuk datang latihan Taekwon-do di UPSI secara konvoi. Ala naik beramai-ramai yang beratur panjang macam itik pulang petang tu. Amalan berbasikal beramai-ramai masih lagi di amalkan lagi. Memang bagus untuk stamina dan kekuatan otot. Mana tak naik basikal? Umur bawah umur lagi mana nak ada lesen memandu. Lesen memandu motosikal pun tiada apa lagi lesen memandu kereta. Tapi lesen terbang memang ada. hehehe

Apa yang nak diceritakan disini adalah semangat pelatih-pelatih yang sanggup datang walaupun dengan berbasikal, semangat pelatih memang elok diikuti dikala ramai pelatih naik kereta atau motor, dihantar oleh ibubapa atau penjaga masing-masing. Mana tak naik motor atau kereta?.. Mereka ini kecil lagi, kena la ibubapa hantar.. hehehe. Memang la kena hantar atas faktor keselamatan. Ibubapa pun boleh lihat bagaimana sir-sir ni mengajar, silap ke, garang ke, suka bagi 'pumping' ke, suka berceloteh ke, suka tidor ke masa mengajar (Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu... Cikgu Sedang Tidur, Mari kita main. hehehehe) atau apa-apa saja.

Ok kita balik pada cerita 2 beradik ini, 2 beradik ini memang naik basikal apabila datang untuk latihan di UPSI, cuma bila pergi latihan di PSAS ini mereka naik kereta la takkan nak naik basikal pulak. Jauh tu dalam 15km dari Tanjong Malim ke PSAS di Behrang.

Selepas kemalangan yang lepas, 2 minggu selepas itu pada 7 Febuari 09, MNS datang ke latihan di UPSI walaupun masih ada lagi kesan calar balar di muka akibat kemalangan. MNS datang dan menjalani latihan seperti biasa tanpa ada keluhan yang didengari dari mulutnya.

Abangnya MNW pula hadir pada latihan minggu yang lepas, 14 Febuari 09 walaupun dengan tangan yang berbalut dan tulang selangka yang belum sembuh. Malah masih boleh memberi tunjuk ajar dan mengendalikan sessi 'free sparring' untuk pelatih-pelatih junior yang lain. Pada malamnya pula, MNW tetap hadir untuk latihan tambahan yang bertempat di rumah Sir Iwan.

Dengan ini diucapkan kepada 2 beradik ini, MNW dan MNS Selamat Kembali untuk latihan Taekwon-do dan semoga semangat anda kekal dan terus membara sampai bila-bila.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semangat saling ingat mengingati dan mengambil berat inila yg sudah byk hlg di sanubari kite. Alhamdulillah, anda telah menghidupkannya dan telah mengembalikan nilai ilmu ke tempat asalnya, iaitu menjadikan insan yg bermaruah, daripada hanya terkejar kejar kilauan pingat semata-mata shj

PERTAMA TAE KWON - DO MGTF berkata...

TQ Sir