Isnin, 9 Februari 2009

Berhenti?!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Terdapat ramai Para pelatih Taekwon-do apabila mereka sampai tahap talipinggang hitam, mereka 'menggantung' talipinggang mereka. Dalam ertikata sebenarnya tidak turun latihan atau terlibat dalam aktiviti-aktiviti Taekwon-do lagi.

Hendak salahkan mereka ini pun tidak boleh juga, ye lah... Kehidupan mereka, mereka lah uruskan... Itu kata kawan saya lah. Ok la mari kita senaraikan kenapa ramai dikalangan pemegang tali pinggang hitam ini berhenti.

1. Nak belajar la sir, asyik-asyik taekwon-do je.. Mak saya pun dah 'sound' dah. Dia suh belajar. Tahun depan boleh sambung Taekwon-do balik.
2. Saya baru kerja la bos. Sibuk sangat, tak sempat turun.
3. Saya selalu outstation la sir. Balik rumah terus tidur.
4. Saya cuma target sampai talipinggang hitam. Dah dapat dah la.. (Target kasi up la skit)
5. Saya sampai talipinggang hitam je, terus hilang semangat. (ini mmg Biasa)
6. Awek saya asyik nak berkepit dgn saya la sir. Kuat merajuk lak tu. Rimas saya, tu kelas jarang datang tu. (Tak elok tu dik, nnt kawin kena penyakit TB)
7. Saya tiap-tiap minggu balik kampung sir. (Huishhhhh Banyaknya kampung dia)
8. Saya eksiden sir. (ni boleh terima la)
9. Saya tak suka dgn sir tu. Muka cam pecah rumah. hehe (Alhamdullilah muka sir-sir Tanjong Malim ni hensem-hensem belaka)
10. Sir-sir peel ntah apa-apa. (Errr... Apa maksudnya tu?..)
11. Saya memang nak turun latihan tapi dapat jer talipinggang hitam perut saya terus boroi la sir.
12. Saya nak belajar seni lain la sir. (Adoyaiii, Ada sir Perak tu memacam seni dia belajar, Tapi Taekwon-do dia join juga)
13. Saya manjang ada kelas la sir.
14. Saya duduk jauh sir. Baru pindah.
15. Kawan takde la sir.
16. Sir cakap tak serupa bikin. Merajuk la saya.
17. Saya sensitif sangat la... Kena usik, confirm merajuk..
18. Saya nak jadi wanita Melayu Terakhir la sir. Nak control ayu gitu.. hehe
19. Saya dah jadi champion 3 4 kali cukup la. Bagi la pada orang lain pulak.
20. Taekwon-do adalah seni beladiri yang tidak hebat.
21. Saya baru kawin. Lutut dah longgar dah nih. hehe
22. Saya tak reti dan tak mau la cari makan lalu Taekwon-do ni...
23.. Bla bla bla bla bla

Amboi banyaknya alasan. Saya pasti ada banyak lagi alasan-alasan yang tidak tersenarai. Walauapun alasan anda, pasti ada jawapan untuk alasan tersebut.

Terima Kasih.

3 ulasan:

Noordin Khalid berkata...

Topix yang menarik.
Sebenarnya atas kehendak dan minat sendiri. Kita sendiri harus mencetuskan 'mahu' untuk terus 'tahu' ... kerana semakin kita mengetahui ..semakin kita tak tahu.

Sir N

Tanpa Nama berkata...

nothing weird about this. dah kira fitrah azali. Yg jadi ikan bilis byk, yg jadi paus boleh di kira. so, makan lama naik, makin itula chances untuk pupus..so, black belt itu sedikit, biar sedikit tapi qualiti, tapi payah nak ramai apatah lagi berkualiti.

p/s ramai sgt master, susah nanti..macam dua MB

Tanpa Nama berkata...

sedikit tambahan, yg lama tak berlatih tidak semesti mereka tidak berminat dan gantung "boot". Hakikat yg perlu disangka baik adalah mereka ini mempunyai cara lain untuk menyumbangkan, iaitu boleh jadi wang, memberi sokongan, dll. Fitrah manusia tidak la semuanya sama dan jgnla disalah ertikan diamnya senior bererti mereka tidak lagi ada minat.