Khamis, 5 Mac 2009

PERTAMA di Kejohanan UiTM Pulau Pinang

GABUNGAN PERTAMA MGTF DAN PSAS TG MALIM BOLOT KEJUARAAN

Gabungan Persatuan Taekwon-Do (MGTF) Tanjong Malim atau PERTAMA MGTF dan Politeknik Sultan Azlan Shah Tg Malim membuat kejutan dengan merangkul 60 pingat untuk muncul Juara peringkat sekolah-sekolah dan Naib Juara Keseluruhan di belakang penyandang juara Islamic Taekwon-Do Academy Kulim pada Kejohanan Taekwon-Do Jemputan Kebangsaan 2009, Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang yang berlangsung pada 28 Feb hingga 1 Mac baru-baru ini.

Pasukan Taekwon-Do Tanjong Malim terdiri daripada pelatih Program Pembangunan Taekwon-Do Sekolah-Sekolah Tanjong Malim antaranya pelatih dari SK Methodist, SK Tg Malim, SK Slim, SMK Khir Johari, dan pelatih Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang.

Kejohanan tersebut anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Kelab Taekwon-Do Uitm dengan kerjasama Persekutuan Taekwon-Do Global Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pengajian Tinggi.

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah UITM Pulau Pinang Prof Madya Ahmad Ismail dan En Abd Razak Timbalan Presiden MGTF telah disertai lebih 500 peserta daripada akademi, sekolah-sekolah kementerian pelajaran malaysia, institut pengajian tinggi dan persatuan negeri seluruh Negara.

Menurut Timbalan Pengerusinya Pn Joyce Lee Panjalingam, kolaborasi antara pasukannya dan Politeknik Sultan Azlan Shah membuktikan keunggulan dengan merangkul 24 pingat emas, 10 perak, dan 26 gangsa menerusi acara individu Pattern, sparring dan sparring berpasukan. Lebih mengejutkan Tg Malim Berjaya mengumpul 20 pingat emas pada hari pertama kejohanan dan kejutan kedua pasukan blackbeltnya bagi kategori Sparring berpasukan lelaki berjaya menggondol pingat emas.

Pihak persatuan amat berbangga dengan pencapaian cemerlang dan semangat juang yang ditunjukkan pelatih-pelatih, malah mendapat pujian syabas dan tahniah daripada Presiden MGTF Lt Kdr Master Amir Md Noor.
Antara pelatih yang menyinar seperti Danial 2 emas, Anuar 2 emas, Zubair 3 emas, Hazwani 2 emas, Ameera 2 emas, Ashikin 2 emas dan seluruhnya merakamkan penghargaan kepada pegawai pasukan mereka iaitu pengurus pasukan Sir Azhari Omar, Ketua Jurulatih Sir Mohd Azrul izwan Anuar, Sir Ariffin Suratman, Puan Radiah dan En Hafis atas komitmen mereka,

Bagi pihak kontinjen kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mohammad Reffel dari Mentari Ria Resources, Lee-Panjalingam, En. Khairuddin Lim, En. Mahadzir, En. Shaheri, En Shuhaili, En.M.Redzuan, En Mohd Nizar, En Abd Karim. En Ariffin, Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah, Master Amir Md Noor, Sir Eizam, Sir Din, Ustaz Mansur serta sokongan ibu bapa yang turut serta memimpin pasukan hingga ketahap ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih dan penyelaras Program Pembangunan Taekwon-Do Sekolah, berkata pihaknya akan terus merancang program pembangunan Taekwon-Do yang berterusan dalam melahirkan jaguh Taekwon-Do Negara.

Bersama mempromosi Malaysia sebagai Pusat Beladiri Dunia.
“BERILMU, BERAMAL DAN BERJAYA”

1 ulasan:

sidekick berkata...

Tahniah ..semoga kerja keras dan kesungguhan berterusan dan diselang-selikan dgn kejayaan ...blessing from DTA....