Jumaat, 20 Februari 2009

Mana Uniform?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Cerita tentang uniform ni, Taekwon-do (TKD) samada dari aliran WTF atau Chang-Hon memang ada uniform sendiri. Bukan sahaja TKD, malah Karate-do, Judo, Aikido, Silat dan lain-lain seni beladiri yang lain pun mempunyai uniform sendiri. Tambahan pula uniform tu ada nama panggilan dier sendiri kalu TKD dipanggil dobok, Aikido - hakama, Karate & Judo dengan Gi nya. Nama ni ikutla bahasa negara asal beladiri tersebut. Ini nak menunjukkan bahawasanya (uwahhh bahasa apa ni?), bahawasanya ahli-ahli dalam satu-satu aliran beladiri ini memang berdisplin, melalui program latihan beladiri yang dihadiri oleh pelatih dapat mencerminkan bahawa ahli-ahlinya memang dilatih untuk ikut arahan ketua, kemas, hensem (kalau Sir Tanjong Malim memang banyak yang hansem. hihi), ada bran, tiada malu-malu kucing, boleh menonjolkan bakat yang terpendam, boleh dikehadapankan dll lagi. Makna kata kesan dari apa yang kita dapat dalam gelanggang ini kita bawa keluar untuk diapplikasikan atau diamalkan.

Pada satu ketika di suatu hari latihan (mmm Cam Once Upon Time in China lak), ada bebarapa pelatih datang dengan tidak memakai uniform. Ditanya kenapa tak bawa uniform. Jawapannya adalah:-
1. Sir, Baju basah lagi la sir.
2. Saya lupa mana letak baju saya sir. (Budak ni masalah betul la, agak-agaknya dia selalu mandi lupa sabun badan dia kuts. hehe)
3. Sir, baju baru la sir, sayang nak pakai.
4. Baju lupa nak basuh la sir. ( Adoiiii... Latihan seminggu sekali, takkan balik latihan tak boleh basuh. Ni wat deodoran dalam bilik apo?)
5. Adik saya pakai baju saya sir, dia wat tido. (Tak dapat den nak nolong....)
6. Sir saya baru balik dari luar terus ke tempat latihan, tak sempat balik rumah ambil baju. (Yo la tau awak ni memang semangat sangat ni sampai uniform pun tak sempat ambil..)
7. Saya tadi rasa-rasanya dah masuk dlm beg, bila sampai, saya tengok takde pulak (Haaa... Tu Jin Toncet yang pakai tu.. hihi)
8. Sir, Baju ada dalam beg sir, cuma belt tak bawak sir.
9. Saya baru bangun tidur tadi sir, ambil beg terus datang latihan. Rupa-rupanya saya ambil beg lain sir.
10. Saya tertinggal beg saya sir.
11. Tadi saya dah letak atas meja sir, datang kucing di kencingnya baju saya sir. (Ini kucing nak kena mandi bunga ni.. hehehe)
12. Sir, Baju saya kena curi orang sir. Habis semua kat ampaian rumah saya kena curi.
13. Saya tengok orang lain tak pakai, saya pun tak pakai la sir.
14. Dll.

Bila masuk Point no 12 tu, ia memang terjadi terhadap seorang pelatih PERTAMA yang mana uniformnya memang kena curi bersama-sama dengan pakaian yang lain. Dengan lain perkataan semua yang ada diampaian hilang dikebas pencuri. Apa punya pencuri? Baju budak-budak mau ambil ka? Tak sekolah apa? Apa yang terjadi kepada pelatih tersebut? Pelatih itu tetap datang latihan TKD, walaupun hanya dengan memakai kemeja T. Nak buat camne, uniform tiada. Bagus!! Tetap bersemangat walaupun baju dikebas orang. Walaubagaimanapun, Alhamdullilah pelatih ini membeli juga sepasang uniform. Point No 1 pun ada terjadi. Yang lain-lain tu... Tanya Sir Iwan la.. hehe

Jadi, TKD atau seni beladiri yang berasal dari Timur ni memang menitikberatkan displin dan pemakaian uniform dalam gelanggang. Sudah semestinya para pelatih me'wajib'kan atas diri sendiri memakainya semasa kelas. Sudah pasti jurulatih PERTAMA juga sememangnya me'wajib'kan pemakaian uniform semasa kelas dijalankan.

Terima Kasih.

2 ulasan:

Adam A. berkata...

Normallah pelajar2 bg alasan2 yg sebegitu, uniform basah, emak letak belt ntah kat mana, uniform kena curik.. .. ..

Dan seperti biasa aku pun suruh mereka balik jer laaa.. .. .. bukan tak kesian, kena terapkan disiplin bahawa dubok adalah penting dipakai semasa latihan.

Dan bagi saper2 yg lupa bawa belt, aku sentiasa bawa spare white belt dalam beg. Istilah takde belt tu takleh diterima. So pakailah white belt tue walaupun hang tue red belt.

Tanpa Nama berkata...

Senang je, cuba satu hari bawak anak murid tgk wayang dan paksa mereka pakai baju melayu songkok sampin sekali. Mereka berani?

Atau ajak mereka pi jumpa awek mereka tapi paksa dia pakai baju singlet berlubang berkain pelekat dgn tali pinggang besar ala maidin tu. hendak ke dia?

Moral of the story.begitula adat kelas. Berpakaianla secara bersesuaian menurut disiplin keadaan. Takan nak panjat gunung pakai kain pelekat!!!!