Salam
Alhamdullilah, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) menghantar 1 kontingen ke Kejohanan Taekwondo (WTF) Terbuka di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak. Bertempat di Multipurpose Female Sport Complex. Kejohanan ini bermula dari 7 Ogos hingga 9 Ogos 09. Iaitu dari Jumaat hingga Ahad yang lepas. Ini adalah julung-julung kali PSAS menghantar peserta ke Kejohanan terbuka di UIA. Ada diantara perserta PSAS kali pertama menyertai kejohanan dibawah undang-undang WTF ini.Sebelum menghantar peserta, seperti biasa semua kumpulan mengadakan latihan sebagai persiapan. Begitu juga dengan PSAS yang mana mengadakan latihan pada 3 ogos malam selama 4 malam untuk kejohanan ini. Pelajar senior baru balik dari cuti semesta daaaa. PSAS baru buka...
Walaubagaimanapun pertandingan sebenarnya bermula pada 8 Ogos. 7 Ogos adalah hari pendaftaran untuk semua kontigen, pengambilan berat badan, taklimat untuk pengurus pasukan dan jurulatih, mesyuarat para juri dan cabutan undi. 8 Ogos bermulanya pertandingan dan upacara perasmian kejohanan.
Petandingan yang melibatkan peserta PSAS bermula pada hari akhir iaitu pada 9 Ogos. Peserta PSAS terlibat dalam kategori terbuka yang mana disertai oleh peserta dari ATM, UKM, UPNM, KLUIC, Negeri Sembilan, Punjab - India (belakang baju ada tulisan PUNJAB), UniKL dll.
Sebelum pertandingan berlangsung tu, sir yang menemani kami ini datang lewat sedikit, biasalah naik kenderaan sendiri. Setibanya di Komplek Sukan ini terus sir mencari pasukan PSAS. Sepanjang perjalanan mencari pasukan PSAS itu, sir memerhatikan kebanyakkan para peserta dari kontingen lain sedang membuat sesi pemanasan badan dan teknik tendangan "turning" gaya WTF guna kaki belakang. Hampir semua gaya yang sama. Bila jumpa peserta PSAS, kelihatan peserta PSAS sedang membuat latihan "Choping Kick". Ini memang lain macam ni...
Hampir semua para peserta PSAS melepasi peringkat awal. Sir yang turun padang sekali itu kelihatan seronok benar apabila choping Amir kena betul-betul dikepala lawannya. Begitu juga dengan Naim dengan choping kicknya yang mengenai kepala lawannya dalam 7 atau 8 kali!! Choping kepala orang memang la bagus, cuma bila dah penat benar, buat sepakkan pun terkena punggung orang. Adoiyaiiiii., kan dah banyak Warning?... Sepak Pinggang keatas la dik. Ada peserta yang sir pesan jika jumpa peserta dari ATM, ATM ini askar, pesertanya lasak-lasak belaka. Kalau buat choping tu, kasi benam kepala peserta ATM tu ke bawah.
Tetapi biasalah namanya pun latihan selama 4 hari dan para peserta yang rata-rata kali pertama menyertai kejohanan dibawah undang-undang WTF ini. Sudah semestinya keputusan tidak sama dengan peserta yang menjalani latihan 2 bulan ye tak? Begitupun keputusan tidaklah begitu teruk. Kalah di separuh akhir dan akhir pun disebabkan keletihan. Stamina tidak sempat diusahakan. Skill banyak yang tidak keluar.
Jadi keputusannya PSAS membawa pulang
1 Emas - Khairiah Auni
3 Perak - Amalina, Shima dan Mohd Naim
3 Gangsa - Tan, Arfi dan Badriah
Kepada para pemenang tahniah diucapkan. Yang kalah kita cuba lagi di lain masa. Insyallah, dimasa-masa akan datang kita akan hantar lagi peserta ke kejohanan Taekwon-do di UIA ini.1 Emas - Khairiah Auni
3 Perak - Amalina, Shima dan Mohd Naim
3 Gangsa - Tan, Arfi dan Badriah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan