Jumaat, 7 Januari 2011

Latihan Bermula....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pertama sekali ingin kami kata Selamat Tahun Baru 2011 & Selamat Kembali Ke Sekolah.

Pengumuman!!

Setelah selesai sudah menjalani cuti akhir tahun yang panjang dan sesi persekolahan pun telah bermula, maka dengan sukacita di umumkan kelas Taekwon-do akan dimulakan dalam bulan Januari 2011 ini.

Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim (SKTM)
Hari: Sabtu
Tarikh: 8 Januari 2011
Masa: 9 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna SKTM

Pembangunan Pelajar Sekolah Rendah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Hari: Sabtu
Tarikh: 8 Januari 2011
Masa: 3.15 petang
Tempat: Bangunan IPSI, UPSI

Para pelatih yang lama boleh datang pada masa dan hari yang ditetapkan. Kepada para pelatih yang baru, kedatangan anda dialu-alukan.

Terima Kasih

Ahad, 31 Oktober 2010

PENGUMUMAN TERKINI!!

UJIAN TALIPINGGANG TELAH DITUNDA PADA 20 NOVEMBER 2010 ,SABTU JAM 9 PAGI. BERTEMPAT DI BANGUNAN IPSI, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS DIATAS SEBAB2 YANG TAK DAPAT DIELAKKAN. DIHARAP SEMUA PELATIH DAPAT TERUSKAN LATIHAN DAN PERSEDIAAN.
(kesulitan amat dikesali harap maaf)

Selasa, 28 September 2010

PENGUMUMAN

KEPADA SEMUA PELATIH GABUNGAN PERTAMA , SEMUA KELAS LATIHAN TELAH BERMULA 26.10.2010 HINGGA NOVEMBER 2010. SETIAP SABTU.( RUJUK JADUAL LATIHAN MELALUI JURULATIH ANDA).
UJIAN TALIPINGGANG DIJANGKA DIADAKAN PADA 14 NOVEMBER 2010(AHAD), 9 PAGI BERTEMPAT DI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG. HARAP MAKLUM.
* kehadiran yang tidak menepati standard 4 kali kehadiran sebelum ujian akan ditangguhkan daripada menduduki ujian.

TERIMA KASIH.

Selasa, 27 Julai 2010

Kejohanan Seni Mempertahankan Diri 2010

Salam

 Skuad TAEKWON-Do MGTF Perak

Alhamdullilah PERTAMA sekali lagi berpeluang menyertai Kejohanan Seni Mempertahankan Diri 2010 (SMD 2010) yang berlangsung di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. SMD 2010 berlangsung dari 22 Julai - 25 Julai 2010. Lebih kurang 12 displin seni beladiri berkampung di ibu negeri Perak ini. Antaranya adalah
1. Taekwon-do MGTF
2. Taekwon-do ITF
3. Silat Seni Gayong Malaysia
4. Silat Cekak Malaysia
5. Silat Kegayongan Acheh Helang Putih
6. Wushu
7. Ghosin-Ryu Karate
8. Shito-Ryu Karate
9. Silat Lincah
10. Chenshin Taiji Quan dll

Kumpulan Teknikal - Memudahkan dan Meringankan kerja-kerja semasa Kejohanan Berlangsung. Tahniah!

Sebelum itu pemilihan  telah di jalankan memandangkan ramai fighters PERTAMA telah tamat pengajian. Biasa la People come and go. Ada mula ada akhir. Ada siswa baru, ada siswa lama. Ada yang baru masuk, ada yang telah tamat belajar, berhijrah atau kembali ketempat asal pula. Kita kena buka lembaran baru. Buka cerita baru, sejarah baru..

Tak dapat bergambar dengan DYAM Raja Dihilir pun tidak mengapa.. Bergambar dengan Kereta pun ok lah

SMD 2010 telah di rasmikan oleh D.Y.A.M. Raja Jaafar bin Raja Muda Musa merangkap DYAM Raja Di Hilir Perak pada Jumaat 23 Julai 9 malam. Pada pengamatan saya, upacara perasmian ini di jalankan dengan cara yang ringkas tetapi padat. Tidak meleret-meleret. Bagus juga memandangkan ada peserta yang keletihan.

Untuk displin Taekwon-do MGTF, pertandingan telah dijalankan di Dewan Serbaguna Sekolah Perempuan Raja Taayah. Agak besar juga dewan ini. Lengkap dengan Surau sekali. Cuma alangkah baiknya jika acara yang melibatkan MGTF ini di jalankan di hypermarket atau supermarket seperti Shito-Ryu dan Ghosin-Ryu karate yang berlangsung di hypermarket yang terkenal. Ini secara tidak langsung memberi iklan secara percuma  sekaligus menaikkan imej dan nama  terhadap pertubuhan itu. Walaubagaimanapun, insyallah di masa-masa akan datang, MGTF berpeluang untuk  melangsungkan acara pertandingan di hypermarket. 

Pada Hari Sabtu pagi lebih kurang 10 pagi, Grandmaster Dato Sabree Salleh hadir dan memberi sedikit pesanan kepada para peserta dan hadirin sekelian. Antara yang disentuhnya adalah Seminar beladiri yang lepas dan yang akan datang, kejohanan-kejohanan MGTF dll. Kemudian sesi bergambar di adakan.

Kejohanan di teruskan hingga ke petang. Alhamdullilah Pasukan Perak berjaya memperbaiki prestasi dari tahun lepas dengan pungutan pingat 3 Emas, 1 Perak dan 4 gangsa. Pasukan Perak berada di tangga ke dua di belakang Skuad Pahang.
Kepada peserta yang berjaya diucapkan tahniah. Yang tidak berjaya semoga dapat berusaha dengan lebih gigih lagi. Untuk mendapat kilauan emas memang sukar, untuk mempertahankan kilauan emas adalah lebih sukar.

Semoga Pasukan Perak  lebih maju dan Berjaya di mana-mana kejohanan pada masa akan datang! Insyallah!
Amir:  Emas - Sparring Kategori Middleweight Lelaki. Sudah berubah nampaknya. Dari juara tempat ke 3 ke pemenang pingat emas. hehehehe
 Norfaizah: Emas - Sparring Kategori Middleweight Perempuan.

Norapida: Emas - Sparring Kategori Lightweight Perempuan
Azizah: Perak - Sparring Kategori Microweight Perempuan
Fakrul Faiz: Gangsa - Sparring Kategori Lightweight Lelaki
Nazreen: Gangsa - Sparring Kategori Microweight Lelaki. Datang dari jauh tuuuu.. Sanggup menunggang motorsikal lebih kurang 400km dari Kuantan semata-mata untuk menyertai SMD 2010 ini. Di Kuantan beliau sedang menjalani Latihan Industri.
Helmi: Gangsa - Sparring Kategori Hyperweight Lelaki. Ini bidan terjun punya peserta. Nasib baik dia tidak terjun hotel... hehehehehe.

 Wahid - Gangsa - Acara Pattern. Ni adik Sir Ewan nih... hehehehe


Terima Kasih

Isnin, 28 Jun 2010

Kejohanan Kebangsaan

Salam

Alhamdullilah, Segala puji bagi Allah SWT, pada kejohanan kebangsaan 2010 telah berlalu dengan baik sekali tanpa insiden-insiden yang tidak di ingini.

Setelah berkampung selama lebih kurang 2 minggu. Maka dengan muka gembiranya para peserta Perak mendapat baju jaket untuk kejohanan. Jaga elok-elok baju tu. Mahal tuh.. hehehe

Ada Sir kata sapa dapat emas maka dengan baju jaket boleh dibawa pulang. Jika mendapat pingat Perak boleh dibawa balik tetapi dengan syarat 'hidung'nya harus dikerat dahulu.. Aduh sadisnya.. hehehe


Alhamdullilah, Seperti tahun lepas pasukan Perak menghantar 2 pasukan. Tahun ini Pasukan Perak menghantar 2 pasukan juga. Tahun lepas pasukan ke 2 hanya disertai oleh peserta lelaki sahaja. Kali ini pasukan ke 2 di sertai oleh peserta perempuan.


Pengurus pasukan Perak bersama penyumbang-penyumbang pingat.
Dari kiri: Badriah, Naim, Pengurus dan Arfi.

Pengurus Pasukan bersama dengan pemenang pingat emas Lightweight

Pencapaian pingat pasukan Perak:-

Perak A : 1 Emas, 2 Gangsa
Perak B: 1 Emas, 2 Perak

Semoga pada tahun-tahun akan datang pasukan Perak akan lebih menyinar lagi.

Isnin, 31 Mei 2010

Pengumuman - Kelas Batal & Latihan Pusat

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dengan ini di umumkan bahawa:-

1. Kelas Pada Sabtu ini 5 Jun 2010 DIBATALKAN disebabkan oleh Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipetuan Agung.

2. Latihan Pusat untuk Skuad Perak ke Kejohanan Kebangsaan 2010 akan bermula pada 7 Jun 2010, Hari  Isnin. Kepada para pelatih yang telah dipilih sila hadirkan diri anda di Pusat Sukan PSAS pada Hari Isnin Jam 8.30 pagi.

Harap Maklum

Isnin, 10 Mei 2010

Ujian Kenaikan Talipinggang

Salam

Alhamdullilah, pada 25 April 2010, hari Ahad bertempat di Bangunan Ipsi di UPSI telah diadakan ujian kenaikan talipinggang kali pertama untuk tahun 2010.

Hampir 90 orang pelatih Taekwon-do PERTAMA yang terdiri dari pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, Sek Keb Methodist Tg Malim, Sek Men Keb Methodist Tg Malim, SMK Khir Johari, Program Pembangunan Pelajar Sekolah Rendah UPSI, Politeknik Sultan Azlan Shah dan Maktab Rendah Sains Mara Felda.

Ujian dikendalikan oleh Master Dr. Amir Mohd Nor.8th Dan Blackbelt, President MGTF/ Vice President GTFInternational merangkap Timb Ketua Pengarah JPP Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia