Selasa, 27 Januari 2009

Semoga Cepat Sembuh!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ahad, 25 Januari 2009

2 orang pelatih PERTAMA-MGTF PERAK baru-baru ini telah terlibat dalam kemalangan motosikal berhampiran Kg Lubok Salak-Kg Kelawar. Mangsa telah dijumpai terbaring manakala adiknya mengerang kesakitan telah dijumpai oleh sepasukan RELA Negeri Perak yang diketuai oleh Pegawai Kanannya dan anggota yang lain, dimana mereka pun dalam perjalanan pulang drp kenduri yg sama.


Adiknya, Mohd Nor Syafiq juga pelatih senior PERTAMA, mengalami kecederaan di muka dan tangan serta menerima beberapa jahitan telah mendapat rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Tg Malim. Manakala Wahid telah mengalami patah tulang selangka kanan, retak bahu kiri dan patah pergelangan kiri telah dibawa ke Hospital Slim. Pegawai Perubatan bertugas mengsyaki mangsa mungkin mengalami pendarahan dalaman…so Wahid telah dibawa ke Hospital Ipoh dan diletakkan di Zon Kritikal (Bukan Zon Bebas Cukai tau..)

Sepanjang di Hospital beliau ditemani oleh Sir Ewan, Abg Zul, Syeema, Amin dan Faris serta ahli keluarganya yang lain.. Beberapa rakan pelatih lain turut menerima bersms mengenai perkembangan terkini.

Terima kasih kepada Ust Mansur di atas SMS (Seni Beladiri )beliau dan juga panggilan dr Kulim serta Master Amir atas keprihatinan tuan-tuan.

* Mohd Nor Wahid merupakan pemenang pingat Gangsa Team Sparring Kejohanan Taekwon-Do Kebangsaan MGTF 2008 dan 2 Pingat Gangsa acara Pattern ind dan Sparring Ind Kejohanan Wajadiri Kebangsaan P.Pinang 2008

Bersama-sama kita doakan mudahan saudara kita segera sembuh…. Amin..

Ahad, 25 Januari 2009

Harian Metro Lagi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdullilah... Keluar akhbar lagi!

Untuk makluman gambar ini keluar di Harian Metro ruangan Arena. Tarikh dan hari adalah seperti yang tertera pada atas gambar. Siap nombor mukasurat lagi.
Sebenarnya ada Sir tu dia bagitahu kemungkinan akan keluar berita di Kosmo dalam minggu yang sama la dengan Harian Metro ni keluar. Sorang sir tu tunggu punya tunggu, belek punya belek Kosmo. Tak keluar-keluar. Takde rejeki kots?... Okla sir tu amik masa bertenang. Maleh la nak belek-belek akhbar kat Kedai Mamak tu.. Belek bape kali belek, bukan nak beli pun. hihi

Nak jadi cerita, sir yang selalu belek akhbar tu sedang bersarapan dengan family dier di sebuah Restoren, dia pun dengan cara tak sengaja mengambil Harian Metro di restoren tu (tak kan nak rembat kat restoren lain pulak?) dan membelek dari belakang, biasa orang buka dari depan, sir ni lain sikit, dia suka belek dari belakang.. Sampai mukasurat 34, Ting!! Jumpa kelibat Team Perak. Langsung di SMS nya kepada sir-sir dan team members yang lain tentang khabar gembira ini. Masuk surat khabar tu. Sekali sekala nak rasa glamer gak. Ahaks..

Tetapi yelah sarapan pun dah pukul 10 pagi, jadi ada sir yang dapat SMS tu dengan tenang pergi kedai mamak beli akhbar Harian Metro. Jadi adegan merempit, tak sempat mandi pagi dan tak sarapan tu makna kata kena "CUT" la. hihi. Sir yang meng"SMS" itu pun pergi kedai mamak dan membeli juga akhbar tersebut. Cuma adegan belek membelek tiada la.

Gambar dalam akhbar ini adalah sama seperti terbitan pada 9 Disember 08 yang lepas.

hehe Sama Kan?

Kepada pelatih-pelatih PERTAMA, insyallah jika ada kesempatan kita akan keluar lagi di Akhbar. Hujung Bulan Febuari akan diadakan KeJohanan Taekwon-do Terbuka UiTM Pulau Pinang, jadi kepada para pelatih, jika memberangsangkan. Kita keluar Akhbar lagi! Insyallah

Khamis, 22 Januari 2009

MRSMF - 21 Januari 09

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Alhamdullilah. Semalam dengan keadaan cuaca yang baik. Kelas Taekwon-do MRSMF sesi tahun 2009 kali pertama telah diadakan. Kami, segerombolan (wah... pergi ramai-ramai ke?) telah turun untuk sesi latihan kali pertama ini. Memandangkan ini kali yang pertama dan tambahan pula setelah lama cuti sekolah dan cuti latihan taekwon-do, dekat 2 bulan tu. Maka sesi latihan kali pertama ini dijalankan secara ringan-ringan. hehe

Ok la sebelum cerita pasal latihan ni, elok rasanya cerita mengenai Taekwon-do di MRSMF ni.. MRSMF ni adalah singkatan dari Maktab Rendah Sains Mara Felda, baru dibuka pada tahun lepas 2008. Bangunan baru, tempat baru, suasana baru & pelajar-pelajarnya pun baru. Berita tentang MRSMF ni boleh didapati disini. Pernah keluar di Utusan Malaysia, tetapi di akribnya saya cari tak jumpa. Dapat di blog lain pn jadilah. Pada permulaannya pelatih seramai lebih kurang 40 orang turun untuk latihan. Pada tahun lepas Grading Test sebanyak 2 kali telah diadakan untuk pelajar MRSM ini. Cerita mengenai grading terakhir pun telah di siarkan di blog ini.. ala yang masuk Metro Ahad tu. Jangan Jeles. baru je tak sampai setahun dah kuar paper. Ala kalau jeles pun apa salah nya?.. takde sapa nak marah pun kalau jeles. Sori gurau.. hihi

Ok.. Tentang latihan semalam, latihan dimulakan dengan pemanasan badan yang agak ringkas cuma sir yang sorang tu (ala sir malu-malu pulak taknak bubuh nama. Bubuh namakan boleh jadi glamer? hehe sorry sir.. gurau) suruh pelajar buat sit-up sebanyak 30kali. Ini membuatkan ramai yang terbaring selepas latihan sit-up tu.

Selepas sesi pemanasan badan, sedikit taklimat diberikan kepada para pelajar. Antara points yang saya ingat:-
1. Ucapan Selamat Tahun Baru 2009 & Selamat kembali ke Sekolah ( sempat gurau tu..)
2. Sijil grading yang lepas telah siap di print dan akan di serahkan pada guru penasihat pada sesi latihan akan datang. Cikgu ada mesyuarat luar kawasan, tak dapat datang.
3. Komen tentang grading yang lepas.
4. Sir memberitahu mengenai kejohanan Taekwon-do, beliau menekan sekurang-kurangnya untuk 2 kejohanan dalam setahun ini. Beliau ada cerita juga mengenai tekanan yang berbeza di masa Kejohanan, semasa grading, semasa gaduh & semasa latihan. Sir menambah tekanan masa grading pun berubah bila beralih tempat. Contohnya grading di tempat sendiri tidak sama dengan tempat lain seprtimana yang dilakukan pada grading akhir 2008 yang lepas. Sir bagitau kalau ada jemputan tidak kira dari WTF kem ke atau ITF kem ke atau MGTF kem ke, cukup bajet kita jalan!! Yang bagusnya para pelajar memaklumkan bahawa Kejohanan Taekwon-do MRSM akan diadakan pada bulan April nanti.
5. Yuran masih sama.
6. Jika ada kelapangan masa mungkin akan diadakan latihan bersama antara MRSMF dan PERTAMA MGTF.

Kemudian bermulalah latihan asas.. dah lama rehat, jadi kena buat la yang asas semula. Cuma sir tekankan leg-raising dengan melakukannya sebanyak 40 kali kiri dan 40kali kanan. perghhh banyak tu.. Kemudian sesi latihan sparing dan diakhiri dengan sesi self-defence. Dalam sesi self-defence ini, sir membuat ulangkaji tentang teknik yang lepas dan menambahkan 2 teknik yang ringkas. Sesuai untuk pelajar. Pukul 5 pm kelas bersurai.

Sekian untuk tatapan kali ini.

Khamis, 15 Januari 2009

Kelas 10hb Januari 09

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah…dengan keadaan cuaca dan bulan yang baik ini, bermula sudah latihan Taekwon-Do kali pertama bagi sesi 2009. Kehadiran pelatih-pelatih dan sambutan pelatih baru amatlah menggalakkan dan memberangsangkan (bukan rangsang atau berahikan ok?!) hehehe...

Namun terdapat beberapa kekangan dari segi masa dan waktu dimana sebahagian lagi pelatih lama belum mendaftarkan diri…apepun Terima Kasih kepada ibu bapa yang telah memaklumkan lebih awal mengenai ketidakhadiran pelatih2.


Antara sebab-sebab tak dapat hadir…

1. Sebahagian besar pelatih Power Ranger kids telah dihadapkan ke Tok Mudim(baru sunat mase itu bulan 12).

2. Sebahagian besarnya juga dikalangan anak2 pensyarah dan staf2 UPSI dimana pada bulan ini terdapat program yang melibatkan badan kebajikan staf dan anak2 kakitangan.

3. Ada yang tukar sekolah/berpindah.

4. Sesi sekolah dah bermula…menurut Sir Ewan semasa meeting aritu kebetulan dibawanya Takwim Sekolah dan PPD…Ayamakkk banyaknyer program sekolah…maka hari ni ada Kem Bestari Solat.. dan yang mengharukan, ade jugak adik2 yang cilok balik awal b`coz nak datang Taekwon-Do… Semangat tu... Semoga semangat yang berkobar-kobar itu dapat diteruskan sampai bila-bila. Insyallah


Walaubagaimanapun kehadiran tetap ok… Pelatih Blackbelt hampir kesemua turun, 4 orang lagi…next week. Pelatih colorbelt hampir 50 orang, majoritinya hadir dengan semangatnya.

Sebahagian dari pelatih Talipinggang Kuning

Sesi latihan dimulakan dengan taklimat kepada semua pelatih termasuk ibubapa, mengenai perjalanan jadual latihan dan prosedur kelas. Turut hadir Prof Madya Dr Kamarulzaman selaku Penasihat. Terima kasih Prof kerana sudi hadir.

Sebelum bersurai diadakan sedikit sesi Free Sparring sebagai pendedahan untuk pelatih-pelatih baru. Hampir semua terlibat dalam sessi ini. Berbagai gaya dikeluarkan seperti sempoi, Tai Chi, dan yang macam Power Ranger pun ada... Cuma gaya Naruto belum keluar lagi.

Saya Hensemkan?

Jumaat, 9 Januari 2009

Terima Kasih JBS Perak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kami menerima warkah ini Disember lalu, selepas balik dari Wajadiri Kebangsaan 08 di Pulau Pinang. Surat penghargaan rupa-rupanya. Alhamdullilah...Terima Kasih diucapkan kepada JBS Negeri Perak di atas penghargaan ini. Tidak lupa juga ucapan Tahniah dan Terima Kasih kepada pelatih-pelatih Taekwon-do Tg Malim MGTF yang mewakili Perak. Semoga kejayaan anda yang lepas dapat memangkin semangat rakan-rakan yang lain.
Semoga dengan berkat kegigihan warga PERTAMA Taekwon-do MGTF, usaha murni dan kerjasama dengan JBS Negeri Perak dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang. Terima Kasih Sekali lagi.

Isnin, 5 Januari 2009

Sila Tuntut Sijil...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Sebelum meneruskan tajuk diatas, elok kami nyatakan mengenai PERTAMA. Untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul. Mungkin kami tidak nyatakan awal-awal lagi rasanya. Pada post yang ke 2, ada dinyatakan bahawa PERTAMA di tubuhkan atas rasa tanggungjawab yang diberikan oleh Presiden MGTF sendiri iaitu Master Amir Md Noor untuk menubuhkan persatuan bagi memayungi dan memantau sebarang aktiviti-aktiviti Taekwon-do MGTF di Negeri Perak ini. Bermula dari 2006 di Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim hingga sekarang, semua ujian peningkatan talipinggang dikendali oleh Presiden MGTF Master Md Noor. Bahkan ujian peningkatan Talipinggang Hitam pun dilakukan oleh Tuan Presiden. Boleh rujuk pada posting sebelum ini. Ujian kenaikan Talipinggang tahun ini juga akan dilakukan oleh Tuan Presiden, Insyaallah. Contoh sijil yang mengandungi Nama Master Amir Md Noor akan di'paste' dibawah.

Ok, kita kembali kepada tajuk asal. Memandangkan musim persekolahan pun sudah bermula. Maka dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa kelas PERTAMA Taekwon-do MGTF untuk tahun 2009 akan bermula pada

Hari: Sabtu
Tarikh: 10 Januari 2009
Masa: 3 petang
Tempat: Bangunan IPSI, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim

Di samping itu juga kepada para pelatih yang belum mengambil sijil anda sila ambil/tuntut sijil anda pada hari tersebut.

Ini contoh sijil Talipinggang Hitam 1st Dan yang telah difotostat. Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar.

Mengapa Para Pelatih PERTAMA Perlu Menuntut Sijil Masing-masing?
1. Kebanyakkan para pelatih ini terdiri dari pelajar IPT, Sekolah Kebangsaan atau Rendah, jadi sijil-sijil ini menunjukan bukti keaktifan para pelatih dalam Kokurikulum(Taekwon-do,) bukan hanya Taekwon-do sahaja, bahkan saya percaya aktiviti luar yang lain juga mempunyai sijil penyertaan sendiri.
2. Pemangkin semangat pelatih bahkan berbaloi dengan usaha gigih selama ini. Sebagai bukti juga jika para pelatih ingin melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Sijil ini merupakan MERIT kepada permohonan anda.
3. Tambahan pula ditandatangani oleh :

Lt. Commander Master Amir Md Noor SMS, AMP
8TH DEGREE BLACKBELT
WORLDMASTER INSTRUCTOR/EXAMINER
PRESIDENT MGTF
merangkap
PENGARAH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN DASAR
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

4. Sesetengah ibu-bapa memang suka menggantung sijil-sijil anak-anak di rumah. Sebagai hiasan, bukti bahawa anak mereka aktif dan berjaya dalam bidang yang diceburi. Jika ada tetamu datang, bolehlah menunjukan sijil-sijil tersebut. Ibubapa sendiri merasa bangga jika tetamu menatap sijil walaupun tetamu tidak memujinya.
5. Sebagai memenuhi saranan Master Amir sendiri yang menyatakan di Ujian Talipinggang yang terakhir 9 Nov 08 yang lalu. Beliau mengatakan bahawa pelajar yang telah MENJELASKAN YURAN dan menduduki grading adalah berhak untuk menuntut sijil mereka.
6. Dll

Sekian BuaT Paparan masa ini.